|
|
|
April 5th, 2010
05:14 pm - SELAMAT TINGGAL
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA BLOG INI. TERMASUK KEPADA PEMBACA YANG BERSUSAH PAYAH KLIK BLOG INI DAN MENDAPATI TIADA APA=APA YANG BARU. MULAI MINGGU MINGGU LALU, SAYA MENGGUNAKAN APLIKASI FACEBOOK UNTUK LUAHKAN PERASAAN SAYA. SANA LEBIH HEPENING. RAMAI KAWAN SEPERTI NAJIB TUN RAZAK, MUHYIDEEN YASSIN, SITI NURHALIZA JADI FRIENDS SAYA.
DAN FRIENDS DI SANA TAKLAH SEGANAS DAN SEJAHIL PEMBACA ESP AGEN PEMANTAU BLOG. SO .. AGEN PEMANTAU BLOG KAU JANGAN PANDAI-PANDAI ADD SAYA AS FRIENDS. YOU NEVER BE MY FRIENDS.
DAN SEBAGAI PENUTUP ELOKLAH SAYA AMBIL RISIKO INI DENGAN MENYATAKAN AYAT YANG DAH LAMA TERPENDAM DALAM HATI SEJAK BEBERAPA LAMA.
JIKA ADA GADIS YANG INGIN SAYA AMBIL JADI TEMAN HIDUP ... AHH LEBIH BAIK SAYA KATAKAN ISERI, BELIAU ADALAH SEORANG GADIS CINA. YA ... IT'S YOU
WALAUPUN YOU KINI BERADA DI KUALA LUMPUR NAMUN ' I LOVE YOU AND I WANT TO MARRY YOU!
SAYA BENAR-BENAR IKHLAS INGIN MENGAMBIL YOU MENJADI TEMAN HIDUP SAYA. BIARLAH KEHADIRANMU DAPAT MENGUBATI HATI YANG SEJAK LAMA KESEPIAN. SAYA MEMANG SEPI. SAYA MEMANG SUNYI. SAYA PERLUKAN TEMAN. DAN ALLAH TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK BAHAWA YOU YANG PALING SESUAI MENJADI QUEEN DALAM HIDUP SAYA INI.
DOA SAYA SETIAP KALI SELEPAS SOLAT MOGA ALLAH BERIKANMU PETUNJUK, DILEMBUTKAN HATI, DILAPANGKAN FIKIRAN, DAN DISATUKAN KAMI SEBAGAI PASANGAN HIDUP APABILA TIBA HARINYA. MOGA ALLAH MEMPERKENANKAN DOAKU INI. AMINNNN.
BEVEE .... I LOVE YOU
|
March 14th, 2010
05:02 pm - LOKASIf TERCANTIK DI CHUNG HUA 12 Mac 2010 Jumaat
Dalam banyak-banyak lokasi di sekolah ini, sudut pertemuan di antara blok G dan blok C memang 'eye catching'. Warna -warni berinformasi. Sedang sudut lain sama saja tak ada perubahan, semakin lesu dan layu adalah. Tapi disini ada saja penambahbaikkan. Saya harus rasa jeles tahap ayam dengan penghuni bilik kaunseling ini. Mereka memang kreatif. Ada saja benda baru di sini. Bermula daripada tiada apa-apa hinggalah macam-macam ada. Dari lantai ke siling, dari tiang ke dinding, dari luar ke dalam dan dari realiti ke dimensi baru.
Nah inilah buah tangan kreatif 2010 guru kauseling Chung Hua
Saya harap usaha unit kaunseling mewujudkan lorong anti dadah ini akan melayakkan mereka memenangi pertandingan hiasan anjuran AADK nanti. InsyaAllah
Sebelum saya pulang, nampak pula dekor tiang bendera ini. MELAMPAU !
Current Location: Malaysia, Miri
|
08:40 am - BERAKHIRNYA PENANTIAN BERMULANYA PERJUANGAN
5 Mac 2010 0730 - 0900 Jumaat
Hari yang menggembirakan bagi lepasan STPM 2009. Dermawan yang pemurah dan penyumbang utama kepada pembangunan sekolah ini, Tan Sri Ting Phek Khiing memberikan sumbangan peribadinya kepada pelajar STPM yang mendapat result cemerlang tahun lalu.
Tak lupa juga 3 pelajar batch pertama dan kedua yang kini sedang melanjutkan pelajaran di IPT turut menerima sumbangan RM 10 000 sebagai geran tahunan. Mereka ini telah mendapat 4A dalam STPM 2007 dan 2008. Beritahu saya sekolah mana di Malaysia ini yang bekas pelajarnya menerima sumbangan peribadi begini selepas menamatkan pengajian mereka. Juga beritahu saya dermawan mana di Malaysia ini yang ada menyediakan geran kewangan tahunan sebanyak ini untuk pelajar cemerlang sekolah yang mereka pilih. Tak ada kan? Yang ada hanyalah di SMK Chung Hua , Miri. Up! Up! Chung Hua!
Tan Sri diwakili anaknya Rita Ting.
Oh ya... ibu bapa Qi Min, Samuel Wong dan Patrick Chin turut hadir bagi menerima sumbangan bagi pihak anak mereka. Cukup ke RM 10 000 itu Qi Min? Tukar dengan USG tinggal berapa ya. Belajar rajin-rajin ya. Selalunya saya hubungi Qi Min melalui facebook saja.
Foto lain dalam majlis ini telah saya facebook kan.
Diharapkan insentif ini dapat membakar semangat pelajar STPM 2010 untuk mencatatkan kejayaan yang lebih cemerlang dan luarbiasa lagi. Tak perlu bimbang dengan sumber kewangan. Penuhi syarat 4A, RM 10 000 menanti anda tiap tahun.
Siapa yang akan score kali ini ya? Sebastian Lim atau Lee Shing Yee. Hmm... mungkin juga Doris Ting!
Dan sebagai penutup kegemilangan Chung Hua, keputusan SPM 2009 yang diumumkan pada 11 Mac lalu juga menjanjikankejutan. Untuk kali pertama dalam sejarah, dua pelajar dari sekolah ini dan juga seluruh Sarawak telah mencatatkan 12A+ . Christine Wong Siaw Wei dan Chiew Ah Hui. Yang saya kenal sangat hanya Christine sebab selalu baca blognya yang berkulat itu.
Nine S’wakian straight A+ scorers in SPM
March 12, 2010, Friday
KUCHING: Sarawak has nine straight A+ scorers in last year’s Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.Two scored 12A+, two scored 11A+, three obtained 10A+, and the remaining two scored nine A+.
They were among those who passed the examination with flying colours.
A press statement from the State Education Department, disclosed that 33,283 candidates (91.51 per cent) obtained their SPM certificates. As the national rate was 90.8 per cent, this meant that the state has done better by 0.71 per cent. The nine outstanding students (in descending order) are Chiew Ai Hui (SMK Chung Hua Miri) (12 A+), Christine Wong Siaw Wei (SMK Chung Hua Miri) (12 A+), Roland Teo Yii Lin (SMK St Joseph, Kuching) (11A+), Voon Fui Kiun (SMK Sungai Tapang, Samarahan) (11A+), Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching) (10A+), Amir Hakim Aminuddin (SMK St Joseph, Kuching) (10A+), Choo Mei Theen (SMK St Teresa) (10A+), Nuru Nabilah Mohd Sufian (Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching) (9A+), and Ellhia Shaikin Sudin (SMK Kidurong, Bintulu) (9A+).
The total number of students who scored at least A- in all subjects was 497 out of 40,408 who took the examination. A total of 37,019 (91.61 per cent) were from national schools, 161 (0.4 per cent) were MRSM candidates, 488 (1.21 per cent) were from private schools and 2,740 (6.78 per cent) were individual/private candidates.
- petikan akhbar Borneo Post
Tahniah Christine. Dia sekarang di Taylor Kolej KL. Selain dua orang yang paling cemerlang, 44 orang lain turut mencapai straight A's. Semua foto mereka terpapar di akhbar tempatan pada jumaat lalu. Pada hari itu juga RM 50 saya terbang tetapi dapat selamatkan RM 10. Ini semua gara-gara cabaran yang diajukan kepada pelajar terajin 5A4 tahun lalu. Sim Yi Yi saya cabar kalau dapat 1A, saya akan beri RM 50. Dua A pun RM 50 juga. Dan untuk Simon Wong, RM 10 kalau lulus 1 subjek. Simon sekadar berjaya mendapat straight G!
gembira, sedih, suspen dan no feeling ketika mengambil result masing-masing di dewan sekolah. Sy tak tapat ambil group foto straigth A kerana terperangkap ketika mengawasi exam di 5A3. Tiada guru masuk untuk ganti saya. Berjanggut tunggu di sana hingga miss event ini. Sori ya Phang! Bagi kategori sampah hanyut, mereka memang hanyut ke tengah laut. Padan muka kau! HAHAHA!!!
Current Location: Malaysia, Miri
|
March 7th, 2010
09:10 am - LIMAU KEEMASAN TANPA ANGPAU
25 Februari 2010 1000 Khamis
Dalam satu promo CNY di tv, Maria Tunku Sabri - pengacara Jalan-jalan Cari Makan berkata “ CNY diraikan dengan kuih bakul dan yee sang”
Tak hairan mengapa dia berkata begitu. Dia kan hebat dalam hal makan-makan. Tapi realitinya CNY tidak bermakna tanpa angpau, limau mandarin dan kemuncak kegembiraaan ialah mercun!!
Tahun harimau ini memang saya tak berhajat nak raikan CNY seperti dulu. Duduk rumah saja.Adalah satu jemputan itu saya cuba untuk hadiri. Memang saya sampai di rumahnya. Tapi apabila memasuki pagar terbuka luas dan semua pintu tertutup hati saya secara tiba-tiba turut tertutup sama. Selepas berdiri beberapa ketika melihat pintu tertutup dan mendengar suara gelak ketawa dari dalam rumah agam itu, saya pulang...
Jadi, tahun ini tiada limau mandarin ketika CNY - yang diberi di sekolah tak ambil kira.
Ada dua jamuan di adakan di sekolah sempena CNY. Satu dianjurkan komiti bilik guru dan satu lagi unit kaunseling ( 3 Mac ) ... err CNY dah habiskan?
Makanan memang kelas terutama di bilik makan. Peh! memang mengancam. Saya hanya ambil dua biji limau dan sepotong kek. Makanan lain semuanya jenis berat. Sejak setahun lalu saya tidak ambil makanan berat pada tengah hari. Makan nasi pun hanya sekali seminggu. Mari kita lihat apa makanan yang tersedia untuk perut yang dah berkeroncong sejak pagi.
Pada 3 Mac, jamuan di bilik kaunseling pula. Kebetulan pada hari itu ialah birthday Wong CK yang ke rahsia ( saya pun tak tanya). Kalau tahu kena pula beri hadiahkan? Kalau dari luar memang nampak seperti semua guru ada masalah hari ini dan perlu dikaunselingkan. Bersusun kasut di luar.
Kali ini memang terpaksa makan kerana ada menu kegemaran saya - mee. Tak tahulah mengapa saya suka sangat dengan segalam macam jenis mee. Baik mee goreng, mihun, soo hoon, laksa dan lain-lain kecuali spaghetti. Mak saya kata, saya dah macam cina kerana suka sangat makan mee.
Dan itulah dua jemputan jamuan CNY yang saya hadiri. Hmm... bilalah dapat ke rumah Bevee semasa CNY? Saya masih mengharap.. Current Location: Malaysia, Miri Current Mood: hungry
|
06:27 am - HARGA KESEJUKAN
Panassss! Cuaca terasa panas. Aircond di staff room yang dipasang sejak 2004 nampaknya dah sampai tarikh lupusnya. Asyik tak berfungsi. Dan yang untung ialah mereka ini. Servis aircond. Hari ini - 5 Mac, kami diberitahu bil bulanan elektrik sudah mencecah RM 16 000 - sebulan? . Mak oooooiii!! Siapa nak bayar tu? Err.. cikgu sekalian, apa kata kita buat kempen satu hari tanpa aircond? Atau pasang saja kipas angin atas tiap meja dan buka tingkap untuk bayu laut memupuk lembut pada wajah-wajah yang berpeluh dan merah seperti udang dibakar.
Mrs Tooo Hotttt! ( dia sering cakap begitu walaupun suhu masih biasa di Malaysia ini) tentu semakin hottt pada minggu ini. Hehe... Mengambil kira kepemimpinan melalui teladan, saya cadangkan aras dua kurangkan pemasangan aircond. On dua unit dah cukup. Yang lain buka tingkap. Nanti kami ikutlah. OK tak?
Current Location: Malaysia, Miri Current Mood: hot
|
March 6th, 2010
09:01 am - HELLOOO!
Hujung Februari 2009
Nampak phone itu? Itu bukan public phone tapi internal phone. Kalau orang aras dua nak cari guru tak payahlah mereka turun ke bawah. Hubungi saja staffroom. Di makmalpun ada phone itu. Setakat ini saya belum nampakpun orang aras satu gunakan phone itu untuk hubungi mana-mana sambungan. One way saja. Aras dua ke aras satu atau ke makmal.

tangan siapa yang nak angkat gagang phone? Oh ya.. bilik Jonathan di bilik gerakan tiada talian ini. Kalaulah ada apa-apa berlaku kepada dia semasa tinggal seorang di sana, tak siapa yang tahu. Kasihannya kau John.
P/S : Ada sesiapa nak pohon jawatan telefonis untuk staffroom?
Current Location: Malaysia, Miri
|
06:30 am - ADEHHH!!! MY KAKI...
27 Jan 2009 0800 Rabu
Adehhhhh!! Tumit kaki sakit lagi. Macam nak putus urat kentut apabila menjejakkan kaki ke bumi.
Beberapa hari ini tumit saya sakit kembali. Kecederaan lama berulang lagi. Entah bila nak sembuh agaknya. Disember setahun lalu, sakit juga selepas berjam-jam ukur jalan di KL. Cuti penggal disember lalu pun sakit lagi. Juga selepas ukur jalan di KL. Balik ke Miri, tumit itu masih sakit juga.
Ingatkan dah pulih. Tapi jangkaan saya salah. Menjelang petang itu, sakitnya memang tak tahan. Terpaksa bertongkat payung apabila berjalan. Leceh! Tapi jika dibandingkan dengan sakit lutut yang pernah saya alami dulu, sakit tumit kaki masih boleh dianggap ringan. Terpaksalah ambil cuti sakit dua hari.
Kalau lutut yang sakit ... Allah hu Akhbar! Buat apapun tak jadi. Lurus kaki .... sakit. Bengkok kaki ... sakit. Nak berakpun ... sakit. Jadi, terpaksalah beli alas tumit RM 28 ini . Kuranglah tekanan pada tumit apabila berjalan.
Dan dalam keadaan ini, saya rasa boringlah apabila ada yang bertanya ‘ kau sakit apa’, ‘Amy sakit ke’. Saya jawab ‘ biasa je, tak ada apa-apa’ . Bagi rakan rapat, saya jelaskan apa yang berlaku. Tapi untuk Bevee, penjelasan memang terperinci! Kerana saya tahu dia ‘care’ akan saya. Orang lain sekadar bertanya ingin tahu. Kemudian , blah!
Sekarang masih lagi terasa kesakitan itu jika berjalan laju atau berlari. Hmm .. terpaksalah saya bersara daripada aktiviti lari berlari. Jadi, janganlah rasa aneh kalau ternampak saya berjalan seperti ketam.
Current Location: Malaysia, Miri Current Mood: sick
|
March 3rd, 2010
08:25 pm - ULANGAN 1997? 2 Mac 2010 0640 - 1710 Selasa
Ingat lagi tragedi jerebu seluruh negara pada 1997? Nah, pagi ini seperti ulangan pada setiap pagi - tak ingat pula bulan berapa - tahun berkenaan. Jerebu terhad melanda bandar Miri. Atau lebih tepat sekitar Boulevard hingga Luak dan kawasan sewaktu dengannya.
Sudahlah pada pagi itu, tekanan air rendah di Holiday Park akibat paip pecah di Jalan utama. Saya terjaga pada 0330. Air paip slow sangat. Sah! Tentu ada paip pecah. Saya ambil tong beras besar untuk tadah air. Siap mandi lagi pada jam 0400. Jam 0600 terus tiada air Angin je yang keluar.
Err.. jiran saya entah mandi ke tidak pagi ini.. Wangi semacam je datang ke sekolah. Hehe... Ketika melalui luak, suasana dah jadi putih. Busuk pula tu. Jerebu dah datang. Had penglihatan terhad sejauh 100m. Bangau yang selalu terbang pada pagi itu tak kelihatan. Sesat entah ke mana burung putih itu.

keadaan semakin pulih walaupun ramai yang mengharapkan CUTI!
Nasib masih nampak kawasan sekolah. Putih je kelihatannya. Menjelang jam 0710 keadaan semakin pulih. Barulah nampak kren di atas bukit dan langit biru. tempat lain tak tahu pula. Ada lah student malas mana tah,- bukan dia saja, si gurupun sama - bertanya tak ada cuti ke hari ini. Ceh! Cuti aja yang kau orang ingat. Jerebu cenonit macam itupun nak cuti. Siapalah yang bijak sangat mencipta jerebu pada hari ini... Menyusahkan orang dan burung je..

pemandangan pagi rabu - masih jerebu. atas dari pujut lagi teruk
Dan sehingga Rabu, jerebu masih tak reda lagi. Terpaksalah hidu bau busuk asap kebakaran ini sepanjang hari. Baju pun dah berbau; Hilanglah semerbak wangi perfume!

aksesori wajib minggu ini - facial mask
Current Location: Malaysia, Miri
|
March 2nd, 2010
04:00 am - SIAPALAH PUNYA KERJA INI?
24 Februari 2010 0640 Rabu
Selamat bertemu lagi. Selepas hampir tiga bulan tak tulis apa-apa tangan ini terasa gatal nak meari semula di atas keyboard apple saya. Selama tiga bulan Mac Book ini menghadapi masalah yang berterusan. Puas dah berubat. Cara tradisional dah cuba. Cara moden pun menghabiskan duit juga. Akhirnya pulih juga. Tapi taklah 100%. Dah mula fikir nak gantikan dengan yang lebih advance lagi. I Mac 1 TB! Saya akan mula menulis mulai hari ini. Dan inilah subjek pertama saya.
mangsa tragedi - foto oleh budak besar Ing King
Entah mamat mana lantak pasu bunga yang jadi barrier sempadan blok A dengan blok B. Mana tah pergi matanya. Tak nampak pasu bunga sebesar alam ni. Khabarnya adalah sebuah kereta yang reverse dan berdegum dengan pasu bunga ini. Pasu ini jatuh dan pecah. Cermin belakang kereta itu turut berantakan.
nak diganti dengan lebih besar lagi? EH! Padan muka kau! Bagusnya, kereta itu bukan milik guru Chung Hua ataupun pelajarnya. Current Location: Malaysia, Miri Current Mood: blank
|
December 6th, 2009
|
|