?

Log in

No account? Create an account
FIRST POSTING IS LAST POSTING - RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 3rd, 2009


Previous Entry Share Next Entry
07:27 pm - FIRST POSTING IS LAST POSTING
 

31 Oktober 2009  0800 - 1130 Sabtu

  

geng 13 - 1 
 

Guru baru. Benar-benar baru. Berkilat. Memancar. Bagai kereta baru keluar dari kilang pemasangan. Sedia untuk berkhidmat. Di mana saja. Baik di bandar. Mahupun di penghujung dunia. Atau tempat jin bertendang. Asalkan ada petrol. OK lah itu.

 

3/4 Mohd 

Ada sesuatu yang menarik dengan kedatangan tenaga pengajar baru ini. Yang pertama ialah nama mereka. Daripada empat jejaka fresh ini, empat daripadanya bernama Mohd. Menambahkan bilangan Mohd - Mohd yang sedia ada. 

 

siti, nurul dan nur - boleh buat geng nasyid!
 

Yang perempuannya, masih freesh juga ( tak tahu sampai bila ?) Dua bermula dengan nama Siti, tiga dengan nama Nurul dan dua dengan nama Nur/Nor.

  

Nurulhuda Abdullah ( Kedah) dan Nurul Huda Arifin ( Kelantan)

  

Nurulhajar Hasan ( Terengganu) dan Ainul Zarina ( Kelantan)

 

Menambahkan lagi koleksi Siti dan Nur sedia ada di sekolah ini. Kalaulah mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan nama penuh, pasti pelajar akan ingat nama pertama saja. Yang juga bermakna menyukarkan kami di staff room untuk mengenal pasti Mohd atau Nor atau Siti yang mana satu?

  

Noraida Baharudin ( Kelantan) - Ernani 2 dan Nur Azren ( Terengganu) 

  

Siti Rasyidah Abdullah ( Kelantan) dan Siti Rohaiza Ishak (Perak)
 

Andik pun dipanggil sebagai Andy, Noraina dikenali sebagai cikgu putih yang cantik !!! Hahaha!!!

Konfius!  Konfius!

  

Mohd Hafiz (Terengganu) dan Mohd Amin ( Kedah)

  

Mohd Faisal Halim ( Kelantan) dan Mohd Khairudin Salleh ( Terengganu)
 

7 Daripadanya berasal dari Kelantan dan Terengganu. Tak hairanlah guru dari Kelantan dah buka kaunter pembelian tiket bas untuk ke Kelantan! Hmm.... penuh Air Asia dan bas ekspress ke pantai timur semenanjung dengan guru dari Chung Hua tiap kali cuti semester nanti. 

Jangan tanya siapa saya berkenaan - saya lebih suka chinese girl!

Kedua ialah orientasi untuk mereka. Sekarang ialah waktu peperiksaan dan  lepas itu waktu senggang sebelum cuti. Pasti tiada kelas untuk mereka mencurah khidmat bakti pada ketika ini. Orientasi di adakan oleh guru-guru kanan bagi memperkenalkan mereka dengan budaya hidup Chung Hua yang ..... ( hanya sesama kita yang mengerti). Biarlah mereka mengetahuinya nanti melalui pengalaman merentas masa.

Ada yang bertuah dipilih untuk ‘mengenali kekuatan unggul ‘ Chung Hua dalam sukan dengan diletakkan sebagai petugas semasa sukan olahraga Miri peringkat umur yang berlangsung dari 4 - 6 November ini. Ahhh ... legalah siapa yang digantikan itu. Selamat berpanas ya cikgu!!

Daripada saya yang dah berkarat dan berdebu di Chung Hua ini, saya ucapkan SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS

FIRST POSTING IS YOUR LAST POSTING 

( itu kata hikmat Dr Fong semasa saya mula-mula sampai dulu - tapi saya fikir ia dah jadi macam sumpah - curse - pula.... Argghhhh!!!!  mami.... aakmu nak pulangggg!!!)



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: annoyedannoyed
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com