?

Log in

No account? Create an account
CUTI MASIH JAUH - Part 1 - RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 5th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
10:11 pm - CUTI MASIH JAUH - Part 1
 

14 Oktober 2009  0700 - 1200 Setiap hari

 

   

pemandangan tiap pagi semasa PMR
 

Peperiksaan PMR telah lama berlalu. Mesin scan kertas jawapan objektif bekerja bagai nak gila ‘menebuk’ lubang jawapan 24 jam. Penilai jawapan subjektif berperang dengan skrip siag dan malam. Sementara guru yang mengajar tingkatan 3 dah boleh menarik nafas lega ( tak juga). Dan pelajar tingkatan 3 semakin tak berminat nak ke sekolah ‘belajar’. Jadi apa mereka buat?

    

semua ini hanya tinggal kenangan - bye bye buku teks dan rujukan.
 

Ponteng selepas tamat PMR seperti tak dapat dielakkan. Kedatangan 100 % nampak seperti mustahil terlaksana. Tak tahulah saya apa hukuman - kalau ada - diberi kepada mereka yang terbabit. Itu bukan hal saya!

    

sedang tekun dan khusyuk dengar taklimat daripada guru menengah atas tentang subjek pilihan pada tahun depan. Err mengapa kerusi depan tetap tidak jadi pilihan dalam majlis seperti ini?
 

Walaupun apapun, 4 guru kauseling menjadikan semua pelajar tingkatan 3 sebagai anak angkat . Ramai tu. Setiap hari pelajar tingkatan 3 berkampung di dewan. Di kawal selia oleh 4 guru kaunseling. Terima kasih ya... Susahkan nak kawal beratus orang yang pelbagai karenah memeningkan kepala. 

  

sambil dengar taklimat mereka berbincang tentang hala tuju dan masa depan untuk tahun depan - hebatnya!
 

Apa yang mereka buat dalam dewan.? Biarlah foto dalam post ini berbicara. Malaslah nak buat review. Nanti terlebih cili, ada yang terasa pedas pula. Eh! Kalau dah makan cili, memanglah pedas. Cili tak pedas hanya cili jeruk!

  

sesi motivasi dan teknik belajar
 

Ceramah dan taklimat. Ah! betapa seronoknya mendengar kata-kata nasihat, panduan, arahan, suruhan dan ajakan sepanjang hari. Telinga ditusuk dengan penerangan apa yang akan mereka hadapi pada tahun depan. Subjek apa yang akan mereka ambil. Bagaimana nak memilih subjek yang sesuai dengan keputusan PMR nanti.

  
 

Lebih lama mendengar lebih khusyuk lagi. Banyak ilmu yang mereka peroleh. Tiada apa nak difikirkan. Duduk selesa. Tempat sejuk. Tiada buku teks. Tiada suara guru marah-marah. Tiada kerja rumah. Balik awalpula. Ahhh ... betapa nikmatnya hidup tanpa belajar apa-apa!!!

Dapat duit dan makan pula.... Enjoynyaaa!!

  

ilmu penting - catat nota. tak tahu apa sebenarnya kegunaan hammer ini. sebagai penindih kertas atau ABM. atau nak 'pakukan ' pelajar supaya melekat di dewan sepanjang sesi taklimat/ceramah
 

Ada lagi beberapa sesi ceramah dan taklimat kepada mereka di dewan dan apd. Saya tak buat liputan semuanya. Yang pasti waktu luang selepas PMR terisi dengan aktiviti berfaedah. Pihak sekolah telahpun memainkan tanggungjawabnya dengan apa jua cara bagi memastikan pelajar tingkatan 3 ‘melekat’ di sekolah sehinggalah cuti semester ke dua bermula dengan rasminya. Kalau mereka tak datang, jangan pula salahkan pihak sekolah. Tapi kalau ada ibu bapa yang masih salahkan sekolah, elok benarlah mereka tempatkan anak mereka di sekolah yang dianggap menyeronokkan anak mereka.

atau JANGAN SAMBUNG SEKOLAH SINILAH! 



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: sleepysleepy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com