?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 7th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:52 pm - CUTI MASIH JAUH - Part 3
 

30 Oktober 2009  0800 - 1200 Jumaat


  
 

Ha... permainanlah yang paling menarik dalam jadual pasca PMR. Tarik tali, boling zaman batu, pancing dalam botol,lumba tarik atas guni,terompah gergasi dan tarik tali. Ada lagi tapi saya di kelas ‘mengajar’, tak dapat ambil foto. Itupun tangkap ular juga.....

    

   

ketika guru F3 enak-enak duduk di staff room menikmati aircond, si baju merah berempat ini berpelhketiak mengendalikan program pasca PMR tiap hari sejak PMR tamat.  Saya syorkan kesemua mereka diberi APC tahun depan. Opss ... amy, kau fikir kau pengetua ke?
 

Riuh rendah bunyi suara mereka di tengah padang yang panas ini. Kalau dah ramai-ramai ini memanglah sukar nak kawal. Kasihan pula saya lihat geng kauseling 4 orang itu. Jarangkan dengar suara guru kaunseling begitu  tinggi ‘menegur’ budak separuh masak ini.

 

kelapa kotai ( kering) dijadikan bola keranjang.... kalau kena kepala kau, mahu pecah ( kepala pecah bukan kelapa)
cubalah kau akur dengan arahan guru oiii budak-budak!!
 

Sekali dengar Anna marah-marah, uiiiii!!! takutnya aku. Suara besar walaupun badannya comel je. Raja Anwarpun hot juga. Masakan tak hot. Yang ambil bahagian acara ini begitu lembab respons pada arahan. Bangun malasssss je. Sigh! Macam nak tendang je burit mereka supaya cepat bergerak.  Arahan keselamatanpun buat macam tak dengar saja. Manalah mereka tak hot! Saya yang lihatpun rasa mahu baling mereka dengan kamera . Eh! tak boleh... mahal kamera ini.

  

FYI ( agen suruhanjaya pemantau blog) mereka ini sedang rehat. tiada kaitan dengan kedegilan atau kemalasan
jangan pakai sedap mulut buat tuduhan hanya berdasarkan satu foto. 
 

Apa lebih membimbangkan kalau terjadi kemalangan akibat tak dengar arahan. Guru juga dipersalahkan. Sedangkan otak mereka letak di lutut! Dan kasihan juga kepada rakan lain yang begitu taat pada arahan guru. Ternanti-nanti rakan lain bersedia untuk memulakan acara. Rasanya mereka inipun hot juga.

Dahlah panas lit! lit! DENGARLAH CAKAP GURU KAU ITU WAHAI SAYANG!!!

Lihatlah foto yang sempat di ambil pada hari itu.

        

Perlumbaan F - Guni . penuh dengan gelak ketawa terutama apabila driver semput ketika menarik penumpang yang terlebih berat. Laluan rumput pecutnya laju. sampai laluan ada tanah, sangkut!


   

brek kecemasan ABS berfungsi cukup baik cuma tiada air bag saja


     

salah step jatuh tertonggeng! haha... yang depanlah paling teruk dihentam rakan dari belakang


      

patah sayap bertongkat paruh
patah paruh bertongkat kuku
biar jatuh tersungkur berkali-kali
menyerah kalah tidak sekali hingga sampai ke garisan penamat!
UP! UP! CHUNG HUA!!


       

dipercayai permainan ini dicipta pada zaman batu akhir apabila kemahiran pembuatan tembikar mencapai kemuncaknya dan harga kelapa jatuh menjunam!. marah kerana harga kelapa murah sangat penduduk zaman itu beramai-ramai memecahkan bekas tembikar (mcm labu sayung) ketika buat demonstrasi.


   

banyak dapat ikan bang?

 
     

foto ini dirakam dari staff room. nampak topi Anna tu... mahal ! haha ...
dari mana mereka dapat tali sepanjang itu hingga lebih 50 orang dapat ambil bahagian acara yang memang fun ...
 

Boring lama sangat nak tunggu budak burit berat bergerak memulakan aktiviti, saya buang masa dengan ‘mencipta sejadah terbang’. Sekarang musim sejadah ( tikar sembahyang ) duduk seperti sedang solat. Sayapun nak cipta kegemparan terbaru. Sejadah terbang. Hehe...

     

anda ada nampak pilot 'sejadah' ini?



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: relaxedrelaxed
Tags:

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

Comments:


From:(Anonymous)
Date:November 8th, 2009 05:11 pm (UTC)
(Link)
sy menghargainya ..... manalah tahu menteri pendidikan terbaca blog ini pula
hahaha ....
From:(Anonymous)
Date:November 9th, 2009 12:37 pm (UTC)
(Link)
thanks.... ada juga org yang menghargai jasa guru kaunseling......

> Go to Top
LiveJournal.com