?

Log in

No account? Create an account
CUTI MASIH JAUH - Part 4 - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 8th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
04:00 pm - CUTI MASIH JAUH - Part 4
 

3 November 2009  0730 - 1030 Selasa

  

cabaran peluh manis di sepanjang jalan
 

Eco Sweet Challenge. Menikmati keindahan alam dari Chung Hua ke Luak Bay berpatah balik melalui Bumiko dengan cara berjalan kaki err kalau bertenaga, jogging.

  

jimny memberikan taklimat keselamatan kepada peserta. walaupun surat kebenaran telah disign ibu bapa namun tanggungjawab keselamatan tidak terlepas begitu saja daripada bahu guru.  
 

Inilah aktiviti pada pagi ini untuk pelajar tingkatan 3. Ada lebih kurang 18 team bersaing. Mana-mana yang lemah lutut duduk rumah membesarkan perut dan buat koleksi tahi mata. 

  

pelepasan senyap - tiada tembakan pistol. turut kelihatan ialah Ahmad Nizam dan Robert  ( sori aaa kecil sangat dalam foto ini ) bertindak sebagai pegawai keselamatan
 

Larian dilepaskan pengetua sekolah. Ada foto menarik sebelum pelepasan. Tak mahulah saya letakkan di sini. Kepala agen suruhanjaya pemantau blog bukannya sama dengan kepala pembaca setia saya. Nanti mereka akan buat tafsiran sendiri ikut suka hati  mereka dengan hanya lihat foto itu. Saya simpan dalam dalam facebook untuk tatapan friends.  Hehe...

    

saya terfikir juga nak tumpang CBR 750 tu untuk ambil foto tapi tak berani
 

Aktiviti ini diawasi dua pegawai trafik dari Unit Polis Traffik Miri. Juga pasukan JPA 3. Terima kasih ya encik. Tiada sebarang insiden berlaku sepanjang acara ini berlangsung. Maksud saya, insiden yang melibatkan manusia dan mesin. Alhamdulillah.  Kalau ada, jadi bahan beritalah tiap hari di TV

Saya dibantu oleh Lo King Wei yang menjadi pembonceng. Tak kanlah saya nak bawa pembantu perempuan ambil foto pula. Nak gunakan kereta sedikit leceh terutama kalau nak memasuki lorong sempit sepanjang laluan larian. Samalah macam Tour de France, jurufoto semuanya naik motosikal. Semua foto yang menunjukkan pelajar berlari di jalan raya adalah rakaman King Wei. Terima kasih ya. Saya akan ingat untuk berikan dia sesuatu nanti. 

Ada dalam perancangan nak beli  sport cam yang dipasang pada helmet untuk tugasan ini pada suatu hari nanti. Tentu cool!

Dan lihatlah foto-foto seterusnya.

    

sebagai keselamatan tiada sesiapa dibenarkan berlari di atas jalan raya - semua peserta mematuhinya. mendaki bukit tg lobang memang melelahkan ....


  

pit stop pertama di bus stop ... hai anna ( anna jong) bas tak sampai lagi ke?


  

pit stop ke-2 di rumah kedai Kg Luak. Di setiap pit stop mereka dikehendaki melakukan satu tugasan yang dikhaskan seperti push up.. yang ini Amazing Race tak buat!


 

pit stop 3 di Bumiko. mana rumah qi min agaknya, yang pagar cat biru itu ya?


        

saya tunggu mereka di jalan utama tak nampak bayangpun. rupa-rupanya mereka ikut jalan kampung. lebih selamat. 


  

ingatkan ada air di pit stop rupanya kena push up pula... adoi!


      

sempat lagi posing di bumiko sebagai team pertama yang jauuuuhhh mendahului team lain. kau memang kuatlah!


  

menikmati pemandangan tanjung lobang dari atas bukit di bumiko 


    

peta laluan yang diberi agak ringkas hingga menyebabkan beberapa team tersasar mengikut laluan lebih jauh. banyak simpang di kawasan ini. nasib mereka tak sesat sampai ke bekenu, niah atau bintulu ! walaupun letih masih bersemangat untuk beri pose menarik kepada King Wei .... air muka mesti jagakan .. kan...


  

ke hulu dan ke hilir Jimny dengan skuternya untuk memastikan tiada pelajar tercicir, tersesat dan masuk longkang atau hilang balik ke rumah - bagi yang tinggal di sekitar kawasan ini.  inilah antara tugas guru yang tak nampak atau diketahui 'orang lain' .  sekarang saya dah beritahu. anda dah pun tahu.... OK?
 

        

team pertama satu  kilometer di depan , team lain baru memasuki simpang tanjung lobang - bumiko. relax .... biar lambat jangan sesat. penat sangat duduk tepi jalan ( jangan kena cium dek kereta) minum air, tambah angin. kemudian lari semula. ketika saya tinggal di Bumiko lamaaaaa dulu, adalah saya jogging sampai tanjung. Rasanya itulah kali akhir saya jogging selama tinggal di miri.. hahaha ...
 

 

yang melambai dalam bas adalah petugas pit stop 1 dan 2
 

Sampai ke sekolah saya terus cari airrrrrr!!! Panasnya walaupun hanya duduk atas motor.  Sekejap lagi ada projek buat mee maggi di bilik masakan untuk satu pertandingan fotografi bernilai RM 20 000  ! Nah lihat teaser berikut..
 

 

agaknyalah kalau saya hantar foto ini , boleh menang RM 20 000 tak?
HAHAHA .....!!!


FYI: masih ada dua post sebelum program Pasca PMR menutup tirai dengan rasminya. Tungguuuuu  !!

 

Current Location: Malaysia,Miri
Current Mood: refreshedrefreshed
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com