?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 9th, 2009


Previous Entry Share Flag Next Entry
10:59 pm - CUTI MASIH JAUH - Part 5
 

2 November 2009     0730 - 1350  Isnin

   

 

Masih belum ada tanda-tanda aktiviti Pasca PMR akan tamat. Bertambah hebat adalah. Kali ini pertandingan sukan pula. Futsal dan bola keranjang. Acara bola tampar digugurkan kerana tak cukup peminat.

Perlawanan melibatkan SMK Chung Hua, St Joseph, St Columba dan Kolej TDHB

  
 

Mari kita ke gelanggan bola keranjang. Game ini memanglah ramai pemain dan peminatnya. Lihat saja di sekolah ini ada tiga court bola keranjang. Pemain hebat Miri juga ada di sini. Ini antara foto yang dirakamkan pada hari itu.

      

tak banyak aksi seperti dalam filem Kungfu Dunk

 

Chau Kiet Luan 1.jpg 

kalau ada yang mampu buat macam ini tentu cool!!!

 

Bagi saya, tiada apa yang menarik dari sudut fotografi... banyak tayangan ulangan. Drible bola. lontar sana lontar sini ... score .. priiiitttt!!. Boring meh! Tapi foto yang ini lain daripada biasa.

    

ada sesiapa nak makan aiskrim itu?
 

Memanglah teruk kau amy! Bad news is a good news ..... Harap kaki dia cepat pulih dadapat bermain seperti biasa.

Siapa juara perlawanan ini? Entah .... saya tak tahu.... sori ya

   

jejaka hensem yang menjadi pengulas sukan. best juga suara macho kau itu ....
 

Di padang, perlawanan futsal yang hebat sedang berlasngsung. Melibatkan pemain lelaki dan juga perempuan. Ada pula juruheboh yang memberikan ulasan live ala DJ. Entah apa-apa ulasan DJ. Macam syok sendiri pula.

      

wajah-wajah yang bersidai tepi padang sebelum perlawanan berlangsung
 

Ah lantaklah. Jadi enjoy. Mari saksikan beberapa foto menarik dalam pertandingan futsal lelaki.

  

team Chung Hua bersedia menggempur lawan


    

kalau saya tunggu dari pagi sampai tengah hari tentu banyak aksi dapat dirakamkan ... tapi kebanyakkannya akan sama seperti ini. lainlah kalau ada aksi bakar kerusi , baling mercun macam di Stadium Bukit Jalil. tapi sebab utama ialah saya ada kelas dan panassssss!!!!


 

dan ini foto paling menarik ... bola melekat pada kepala . rakaman 1 dalam 1000
 

Pemain perempuan tak kurang hebatnya. Lihatlah ramai penyokong sedang gelak ketawa di tepi padang melihat permainan mereka yang penuh bergaya. Sekali pandang nampak macam permainan kejar bola beramai-ramai. 

   

terhibur dengan persembahan futsal perempuan ..
 

Sekali tendang ... off side. Sekali lempar ... off side. Saya yang bersedia dengan kamera diangkat aras mata mula rasa sakit. Masih belum nampak apa-apa aksi yang menarik. Penat lah. Panas pula tu.

      

  

nampak lemah lembut tapi di padang .... garang ooooo!!!
 

Di jangka acara ini habis sekitar jam 1200. Tapi 1240 acara futsal masih berlangsung. Perlawanan akhir. Bola keranjang dah lama habis. Mereka dah menunggu di dewan untuk penutupan dan penyampaian hadiah punyalah lama.

Lama sangat nak tunggu, saya bungkus semua peralatan studio flash ( nak uji sebelum digunakan pada majlis penyampaian hadiah pada 13/14 November ini). Ada kelas petang pula nanti. 

Foto penyampaian hadiah tiada. Sori lah. Mana boleh escape kelas petang. Tapi  apabila tahu yang menyampaikan hadiah ialah agen suruhanjaya pemantau blog ..... heh . untung juga tak pergi ambil foto


Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: sleepysleepy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com