?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 10th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
09:13 am
 

8 November 2009  1130 - 1230 Ahad

  

JOM! SELAMATKAN DUNIA KITA YANG SATU INI

 

350? apa benda itu. 360 saya tahu. Rancangan bercorak journalist investigation di TV3. Apabila menerima jemputan dalam Facebook tentang hal ini  google untuk mendapat lebih banyak info. Barulah tahu apa itu 350.

  

Sebastian Lim, orang kuat yang menganjurkan aktiviti ini. Kau boleh jadi aktivis alam sekitarlah Sebastian. 

 

Tingkatan 6 Rendah menjadi penganjur program 350 di Miri dengan kerjasama pihak pengurusan Bintang Plaza. Jemputan, hebahan program ini melalui fb dalam kalangan friends. Siapa kata fb sekadar untuk main Mafia War’s, Barn Buddy dan hantar cup cakes?

  

suara hati anak muda terpampang pada t-shirt
   

Generasi muda memang peka dengan perkembangan isu semasa terutama yang melibatkan diri mereka secara langsung. Tapi saya tak sangka pula, pelajar L6 turut terbabit dalam gerakan antarabangsa bagi memberi kesedaran tentang bahaya pertambahan CO ₂ . Walaupun saya agak skeptical bagaimana aksi ‘5 MINIT BEKU’ dapat memberi sumbangan terhadap pengurangan CO ₂  sehingga 350 ppm.

    

t-shirt buatan tempatan - boleh lelong di E-Bay Malaysia
 

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Pembabitan mereka memanglah nampak mudah dan remeh - hanya disertai warga Chung Hua. Pengunjung Parkson sekadar jadi pemerhati. Apa bendalah yang budak-budak itu buat agaknya?

    

jangan salah sangka aa ..... sy rakam tulisan pada t-shirt bukannya body mereka! t-shirt kiri tu boleh buat sarung nangka atau kain lap meja !!!  HAHAHA!!
 

Apabila mereka di universiti nanti, pengalaman begini amat berguna. Semangat ingin memberikan sumbangan terhadap permasalahan global. Masakan generasi muda hanya memandang dengan mata tertutup kemusnahan yang menimpa dunia ini. Masakan mereka sekadar memerhatikan kesilapan generasi kini yang 'memperkosa' bumi demi kepentingan peribadi. Daripada mereka berdemo berguling di tengah jalan raya menyuarakan bantahan lebih baik mereka meluahkan sokongan cara seperti ini. Ada aircond dan banyak tempat makan!


Foto membekukan diri selama 5 minit membayangkan sokongan mereka terhadap gerakan pengurangan karbon yang melemaskan bumi ini. Dalam masa 5 minit itu juga saya klik sana klik sini, klik di bawah, klik di atas merakam suasana beku di aras satu Bintang Plaza. Nanti kalau dah cair tak jadi pula. Ketika ini saya ambil kesempatan untuk ganggu mereka terutama Stephanie Ling yang mampu mengawal otot senyumnya selama 5 minit!


                   
  
  

puas saya kacau Stephanie supaya ketawa dalam tempoh 5 minit tapi gagal .... kalau saya cucuk pinggang dia , apa jadi ya?

 

 Pembentukan angka 350


 

ruang sempit, cahaya kurang dan warna pakaian suram gagal menonjolkan angka 350. Tahun depan kita buat tempat lebih luas pula Sebastian....


  

kesedaran tentang penjagaan alam sekitar memanglah wajar dilakukan sejak kecil lagi ...anak siapalah ini


Tahniah L6 kerana penganjuran aktiviti bertaraf dunia ini. Saya bangga dengan kesungguhan anda!





Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: accomplishedaccomplished
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com