?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 11th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
10:42 am - CUTI MASIH JAUH - Part 6 FINAL
 

9 November 2009  0730 - 1030 Isnin

 

 
 

Acara ke 19 dalam tentatif program Pasca PMR - penutupan  rasmi.

Sejak bermulanya program Pasca PMR pada 14 Oktober pelbagai aktiviti telah diadakan. Selain bermatlamat mengurangkan gejala ponteng selepas PMR ( yang cuti berterusanpun ada) , program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang ...... eh aku ke orang yang kendalikan semua ini? HAHA!!. Manalah aku tahu perincian program Pasca PMR ini.

Saya kan ambil foto saja. Skip maklumat yang saya sendiri tak pasti. Kalau nak tahu lebih lanjut log in blog kaunseling.Baca sendiri. Harap dah updated.

  
 

Penutupan hari ini diakhiri dengan pertandingan akhir karaoke. Barisan juri yang dipilih memang unik. Lihatlah sendiri. Saya tanya kepada mereka, siapa yang ada latar belakang muzik ( tak termasuk dengar muzik). Zero! Hebat ooo guru baru  ini, pandai dengar lagu Cina.

  

baru je dua minggu sampai dah kena jadi juri karaoke - kau berilah apa-apa nombor selain 0
 

 Tataplah foto yang tak kontroversi ini....

 

lagu evergreen seluruh dunia


   

lagu Indon yang meloyakan telinga


  

alaaa .... amoi cantik tarik suara je adalah boy beri bunga - bunga bakong!


   

duet yang menjadi 

  

jantan pun beri bunga kepada jantan! haha!

     

Penyampaian hadiah kepada pemenang pelbagai acara sepanjang minggu ( bulan) PASCA PMR. nak tahu apa hadiahnya?

  
  

junk food... namun yang menarik perhatian saya adalah cara pembungkusannya yang indah/menarik. kalau saya yang buat, beri terus dalam balang atau bungkusan asalnya. dalam kotakpun ok juga. Why? Selamatkan bumi, kurangkan plastik bag/sheet dalam kehidupan ...

 

    

pertabalan King dan Queen PASCA PMR.  Nizam selaku pemegang mahkota raja-raja menabalkan perlantikan mereka
besar power kau, Nizam....


  

bersanding eh! bersemayam di singgahsana keemasan di hadap rakyat jelata yang gembira dengan upacara ini... apahal King nampak macam tak gembira menerima kehadiran Queen? 


  

wahhh!!! ada kek pula. dari oven Ma Baker


  

King potong kek tapi Queen macam nak pukul sesuatu ..... pukul lalat?

Tamatnya PASCA PMR, mereka yang terlibat bolehlah menarik nafas lega. Take a break ..... errr rasanya macam tidak. Tentu ada lagi program yang mereka rancang dalam senyap. Terima kasih Wong, Anna, Anwar dan Jimny dari unit kaunseling. Kalau tiada program Pasca PMR , tentu saya mati kutu nak tulis apa dalam journal. 

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

 

bilalah si amy nak naik pelamin?



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: shy
Tags:

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

Comments:


From:(Anonymous)
Date:November 11th, 2009 11:56 am (UTC)
(Link)
ckg Amir ada lagi lorong anti dadah....esok penilaian ari km org upgrade dia bertambah cantik lagi....klu tak ada apa2 nak tulis blh jer tulis pasal lorong anti dadah.....

> Go to Top
LiveJournal.com