?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 13th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:55 pm - KOKO MEGI P.A


10 November 2009 0730 - 1200 Selasa

Projek Maggi, sidang akhbar dan pemburu info. Itulah 3 perkara yang berlaku pada hari ini. Saya sumbatkan semuanya dalam satu post.

1. KEJAYAAN BERSAMA




Warkah Anugerah yang menjadi buruan sejak sekian lama akhirnya dalam genggaman juga

Pada Ahad lalu, SMK Chung Hua telah diberi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan bagi kategori sekolah dalam bandar. Anugerah prestij ke - dimenangi sehingga kini. Majlis dilangsungkan di Pahang. Mr Phang dan pengetua menghadiri majlis itu.



kiri - piala finalis ( 5 finalis seluruh negara) dan piala kemenangan . rekabentuk yang cantik

Nampaknya usaha berterusan selama 2 tahun untuk memartabatkan sekolah dalam bidang koko telah mencapai matlamatnya. Saya tahu setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang kemenangan ini. Perbezaan pandangan perlu dihormati. Bukan menyerang orang yang mempunyai pebezaan pendapat hinggakan orang itu naik malas mengemukakan pendapat/pandangan.



dipamerkan di atas pentas ketika perhimpunan di dewan

APA HAL NAK BERI PANDANGAN KALAU TIDAK DIHARGAI/DIPANDANG SEPI ( sebab tak secocok dengan aliran pemikiran orang lain)

Eh! saya seperti Dr. MARZA pula!!! hahaha ....

Sekitar sidang akhbar pada pagi itu. Sepatah apapun yang dinyatakan Tan Sri Chai saya tak faham. Press release yang diberikanpun dalam tulisan Cina : kalau ada goggle translater tiada masalah. Sempat tanya kepada penerima piala ini sendiri, Mr Phang. Dapatlah korek sedikit info. Tapi saya tak mahu tulis di sini. Dalam paper tentu lebih detail dan RASMI.



sidang media diberikan oleh Tan Sri Chai Yu Lan. Err... mengapa bukan Mr Phang?






banyak pose yang dikoreograf. kalau nak masuk paper cukuplah satu halaman!

Ketika lalu di blok A, mata saya mencari-cari kalau-kalau WALL OF FAME telah tertera kemenangan terkini ini. Belum lagi. Tapi saya yakin ia akan ada!. Tak percaya, tunggulah.

P/S : Penghargaan sewajarnya diberi kepada PK KOKO iaitu Mr Phang atas kesungguhannya menggerakkan banyak porogam dokumentasi KOKO hingga 'membuka mata' panel penilai bahawa SMK Chung Hua layak menerima anugerah ini. Tanpa anugerahpun kita dah memang GEMILANG DAN TERBILANG. Tapi pengiktirafan ini akan meletakkan SMK CHUNG HUA setaraf dengan sekolah TERBILANG lain. Jika ada sesiapa di Kementerian Pelajaran tak tahu di mana letaknya SMK CHUNG HUA , MIRI selepas ini ....... MELAMPAU !!

PHANG you the best ..... walaupun kami 'terseksa' nak memenuhi date line yang ditetapkan!

2, PEMBURU MAKLUMAT

STPM diambang pintu. Debaran menanti paper pertama pada hari peperiksaan semakin dirasai. Pemburuan maklumat masih berterusan. Di bilik komputer, saya menemani Crazy Zing, Viper Roland dan Called United Jiun memburu saki baki maklumat sebagai persediaan PA.

berkampung di makmal komputer mengoggle dan mengyahoo sepanjang pagi. Terima kasih Mr Liew Sai Poh kerana membenarkan kami pakai bilik ini. guru lain belum tentu nak beri tanpa soal siasat yang menyakitkan telinga

Tak sangka pula mereka ada catat semua isu yang pernah dibincangkan dalam kelas. Tak duga pula mereka digging dan google lebih banyak maklumat. Ah.... bangganya lihat kesungguhan mereka.

maklumat ini akan dikumpul sebelum diberikan (email) kepada semua rakan sekelas. satu usaha yang patut dipuji. sumbangan kecil untuk kejayaan bersama - boleh masuk IPT sama-sama nanti.

Semoga berjaya. Tak dapat 4A+ , apa-apa A atau B dah memadai. Yang penting dapat masuk U.

Terkini: keesokan harinya Viper Roland terlibat dalam satu kemalangan dengan penunggang motosikal. Tak parah cuma patah tulang kaki ( penunggang itu lah). Khabarnya Viper Roland hanya minta gantirugi RM 2 .... oh! mulianya hati!

3. PROJEK MEGI



maggi mee cepat dimasak sedap dimakan

Ganjaran RM 20 000 dalam pertandingan fotografi + esei pendek tentang resipi maggi, Eh! Best ini. Tapi nak pakai resipi apa?



itu tangan Zakinah sedang perah limau dalam resipi istimewanya ini

Tak jadi masalah. Menggunakan kekurangan manusia dalam mengawal diri apabila mendengar tawaran RM 20 000, saya berjaya ‘meracun’ fikiran beberapa rakan yang pakar memasak untuk membantu saya dalam projek ini. Mereka menyumbang beberapa resipi yang tak pernah didengar dan diketahui ( resipi rahsia 7 keturunan) . Terima kasih Pn Zakinah dan Nizam.



nizam menyumbangkan dua resipi .... pandai masak oooo nizam. bukan megi saja yang lainpun dia pandai.

Kalau menang nanti, kita buat jamuan. Jamuan Megi!!



seperti praktikal kursus hospitaliti dan kulinari




Aw dan Adeline Chua jadi pembantu. foto kanan: outlet Arfa Batik caw Miri open now!

Gambar yang anda lihat ini bukan foto terpilih untuk pertandingan. Takut ada yang grab foto itu dan submit untuk peraduan .



food tester - punyalah sedap hingga tak dapat nak tutup mulut!




pernah anda cuba resipi ini? sedapppp ooooo!!!



disahkan halal oleh food tester .... cubalah! err mana resipinya?




sedap ke .... macam tak sedappp je




ramainya food tester atau sengaja nak makan free?




siapalah yang tak kecur air liur dengan hidangan ini walaupun sekadar megi. baunya wow! rasanya puh!

P/S : Jika resipi ini terpilih antara BEST OF 30 , jangan lupa vote dalam facebook atau web maggi ya?



Current Location: Malaysia, Miri

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com