?

Log in

No account? Create an account
ALOOO!! CAN YOU HEAR ME? - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 14th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:56 pm - ALOOO!! CAN YOU HEAR ME?




4 November 2009 1500 - 1740 Rabu

Petang ini satu persidangan video antarabangsa melalui Skype di adakan antara 4 sekolah yang terlibat dalam program BCCC . SMB Chung Hua dan SMK Baru di Miri, sekolah apa tah di Chieng Mai, Thailand dan Burlegh College dan Garendon High School, Loughborough, kedua-duanya di Leicestershire nuuun England sana.




sidang akhbar

Dah capai tahap antarabangsa rupanya Chung Hua ... Hebatnya.

Dengan mata luyu dan kuyu saya hadiri juga sidang media ini. Dah janji dengan Sii Ling untuk buat liputan. Ikutkan jadual, sidang video akan tamat pada jam 1900. Wat! Itu dah lepas maghrib... Sori aaa. Benda lain saya boleh tangguh. Solat yang wajib , minta maaf saja.



wartawan tempatan buat liputan termasuk dari TV10 ( video cam)

Masa yang panjang memang tak dapat dielakkan kerana lokasi geografi yang berbeza. Eh... nasib BCCC. Diandaikan ada program CCCC ( Canada) dan USCCC ( Amerika), bermalamlah kita orang di sekolah!.

Sidang akhbar diadakan untuk mewar-warkan program ini. Lepas sidang akhbar sesi bergambar. Biasalah ini.



terselit antara pakaian warna-warni ini adalah baju melayu dan baju kurung

Nampak tak pakaian student yang macam nak buat konsert sekolah atau nak sambut Tahun Baru Cina? Tema sidang video kali ini ialah tentang culture. Syukur juga mereka pilih sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ada banyak benda warna-warni nak ditunjukkan. Apatah lagi 99% yang terlibat adalah pelajar Cina. Kalau buat tema sambutan Hari Raya, tentu Sii Ling suruh saya pakai baju melayu dengan kain samping!



memang kalerful


Dan bagaimana nak gambarkan/ceritakan tentang elemen terpenting Hari Raya iaitu puasa kalau sendiri tak tahu tentang tujuan puasa yang sebenar? Hari Raya bukan sekadar nak tayang baju baru dan makan-makan.



Haniken dan Liew tak senang duduk untuk mengatasi masalah 'line' yang kerap off line. "Alooooo, kalau dengar jawablah, tak dengar taip saja mesej.... Alooooo!!!

Di bilik komputer pakar teknikal Haniken dan Liew Sai Poh berhempas pulas sejak pagi lagi menyiapkan talian komputer. Cucuk sana, klik sini, delete itu , on itu, off ana dan anu..

Ingatkan semuanya berjalan lancar. Wartawan juga mungkin berharap seperti ini. Namun kuasa internet bukan Chung Hua yang kawal, TM yang punya. Faham-faham sajalah talian streamyx .



semua orang dah siap nak lihat video conference tapi line yang kelabu asap mengecewakan kami semua, termasuklah wartawan. Err... boleh minta pasang satelit disc 3 meter tak?

Ada imej, tiada suara. Ada suara , imej kaku. Chieng Mai bercakap, Chung Hua tertanya. Bersilat Haniken cuba mengatasi keadaan. Gagal juga. Wartawan pun nampaknya tak boleh nak tunggu lama. Mereka pun ada dateline. Mereka terpaksa pergi. Kalau nak tunggu sidang video sebenar tak tahu jam berapa.

Dan lihatlah foto semasa sidang video yang diadakan. Ayat paling kerap saya dengar ialah “ Can you hear me?”



audio tak bagus tapi teks masih berfungsi. Hmm jadilah Skype sms pada petang itu


JALUR GEMILANG dan sarung ketupat gergasi di Chiangmai?. salah satu tradisi Long Kratong ialah 'belon' udara panas mini yang dilepaskan ke angkasa. perhatikan bendera malaysia dan thailand pada 'belon' itu ( mungkin bendera chung hua pun ada juga) . Sampai sekarang belon itu belum sampai ke sini lagi. sesat entah ke mana

part paling best ... amoi cantik menari tarian tradisional yang tak tahu apa namanya. kalaulah line bagus tentu seronok menikmati persembahan khas mereka sempena BCCC ini. sayang sungguh! Bagaimana kalau konsert 2010 ada tarian begini dan minta winnie dan shi ming pakai costume itu . Wah!!! gempak.. gempak !! hahaha!!

perasaan malu masih menebal ketika skype dengan rakan di luar negara. soalan yang ditanya terlalu mudah. bagaimana agaknya kalau mereka dipertemu secara live? tentu meriah . banyak belanja juga. lupa pula saya nak beri alamat blog ini. tak faham BM? tak apa... lihat foto saja


dua guru, dua sekolah, dua negara bertemu di skype.... seorang jurufoto ( amy)






tapi apabila line agak bagus .... semua berpusu-pusu nak dengar dan lihat rakan antarabangsa mereka. baru terasa keseronokan skype. kau buat apa adila. nak skype dengan kakak di St Mary?

Jam dah menunjukkan 1740 , kami masih chat dengan Leicestershire. Mereka baru bangun pagi, Itu yang nampak mengantuk saja. Saya tak mampu tunggu hingga majlis penyampaian cenderahati. Terus belah. Sampai rumah tepat 1800. Ada 10 minit sebelum Asar tamat. Nasib sempat solat.

Err.... khabarnya foto penyampaian cenderahati tak menjadi - gelap! bukan salah saya aaa Sii Ling ..



selingan waktu menunggu line pulih -






Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: pleasedpleased
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com