?

Log in

No account? Create an account
SEBALIK TABIR - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 15th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
07:42 pm - SEBALIK TABIR




12 November 2009 1330 - 1700 Khamis




tiada dalam foto - Pn Sulan yang menentukan pentas dan backdrop secantik yang anda lihat pada hari itu

Seminggu lagi sebelum sesi persekolahan 2009 melabuhkan tirai. Ahhh nikmatnya tak terkata. Entah mengapa saya tak rasa sedih dan terharu nak berpisah dengan form 5 tahun ini. Malah tak rasa perlu nak jumpa mereka, bersalaman, ambil foto dan mengucapkan kata semangat. Malah terasa amat lega nak berpisah dengan mereka. Sesiapa yang mengenali 5A4 tentu arif dengan maksud saya.


jabatan resepsi menggulung sijil - merekalah paling sibuk di belakang tabir. tanpa mereka penerima anugerah akan pulang dengan tangan kosong. tanpa mereka pentas nampak suram dan lesu

Tapi tahun lalu amat berbeza. Tahun ini juga saya tidak buat apa-apa jamuan untuk tingkatan 5 seperti yang selalu saya adakan sejak 5/6 tahun lalu. Ya... saya satu-satunya insan yang ada buat jamuan untuk student sebagai menghargai mereka. Tradisi yang diwarisi semasa di sekolah menengah lama saya dulu. Masih ada lagikah tradisi itu kini? Setiap hujung tahun pelajar tingkatan lima dan enam akan buat jamuan perpisahan untuk guru mereka. Dan ambil foto kenangan. Nostalgia sungguh.



penerima sijil dan anugerah kecemerlangan yang hadiri ada petang itu mendengar taklimat

Petang ini diadakan raptai penyampaian hadiah. Ada dua sesi . Satu untuk sesi Jumaat dan satu lagi sesi Sabtu. Berbanding dengan tahun lalu, raptai kali ini lebih lancar, cepat dan menepati masa. Mungkin AJK belajar daripada pengalaman tahun lalu - protokol diubah beberapa kali pada saat akhir hingga jemu pelajar dan guru menunggu.



nah! ambil kau. pancaran flash dari tengah dewan cukup kuat untuk menerangi setiap pelusuk dewan walaupun dengan kuasa tahap 1.2 saja. tapi saya tak sedar bateri transmiter nyawa-nyawa ayam...

Saya ambil kesempatan menguji studio flash dalam raptai ini. Daripada terperam dalam kotak berbulan-bulan, baik saya pakai. Nah ! Kau silau mata sesiapa di pentas apabila flash 600 watt memancar. Baru clear foto walaupun diambil dari jarak jauh. Lihat photo test berikut...





Emcee menunjukkan cara terbaik/tersopan menerima sijil daripada VIP - tunduk, jalan 7 langkah, senyum, tangan kiri ambil sijil, tangan kanan salam dan cari kamera (jurufoto), klik! dan berdiri di belakang ...




kerjasama dan perbincangan untuk menjamin kelancaran majlis besar pada esok hari




raptai persembahan pentas




nyanyian lagu kebesaran diiringi brassband dan koir sekolah

Antara paling sibuk menyediakan persiapan penyampaian hadiah ialah ‘adik’ saya, Piggy. Ya , saya ada dua adik di sekolah ini. Perempuan. Tak tahulah saya berapa kilometer adik saya ini berjalan keluar masuk dewan. Entah apa yang dibuatnya. Saya yang melihatnya pun rasa letih. Dari mula saya sampai pada jam 1400 hinggalah saya balik pada 1615, Piggy masih belum duduk-duduk lagi.



bilalah nak berhenti berjalan tu?

Malam nanti suruh Bevee urut kaki Piggy, OK?



http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com




Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: relaxedrelaxed

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com