?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 15th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:51 pm - DI SINI TIADA JUAL DADA(H)!



12 November 2009 1120 - 1230 Khamis




transformasi seperti kamar pengantin baru berlaku hanya dalam semalam. hebat!

Malam sebelumnya saya terima mesej daripada salah seorang guru kaunseling yang malu memperkenalkan diri dalam post comment blog ini. Dari gaya bahasanya saya fikir sipemalu itu mungkin Jimny atau mungkin Anna atau tak mungkin Raja Anwar dan ada kemungkinan Wong CK. Katanya kalau saya dah habis modal nak tulis pasal Pasca PMR bolehlah tulis pasal lorong anti dadah.




cahaya merah romantik memberi imej cool ruang ini




bukan sebahagian daripada bahan pameran di lorong ini

Ha.... kan saya dah cakap ( tulis) sebelum ini, unit kaunseling memang ada buat projek rahsia. Berbeza dengan projek mega lain yang ada notis kuning, minta guru buat dokumentasi , ada sambutan meriah di bilik VIP, kaunselorpun sibuk dengan persiapan sambutan. Kedatangan panel penilai untuk pertandingan lorong antidadah peringkat sekolah sepi tanpa tingkah gendang dan perbarisan . Senyappppp saja.



jangan lupa pandang atas untuk menyelami maksud tersirat




rokok terbesar dan terpanjang di Malaysia mungkin dunia. sebatang cukup menampung gian setahun

Hanya mereka inilah yang tahu dan terlibat sama. Sejak pagi mereka dah bersiap. Lorong antidadah dah jadi macam laluan ke kamar pengantin. Ada umbaian hijau di lelangit lorong ini dan ‘gerbang’ di koridor informasi.



lihatlah seperti di taman Puteri Gunung Ledang dengan pasu bunga berskirt dan berblanket sementara lelangit pula berkelambu hijau. kau punya kamar beradu tentu cantik berseri macam ini kan Anna, kan ...kan..

Err ..... maklumat antidadah pun termasuk dalam informasikan? Kan?

Macam ‘maklumat’ tambahan ada di sini. Yang paling hebat ialah ‘mayat’ penagih dadah. Kau langgar dia ya Anna? Sampai hati kau . Dah lah langgar mati mayat hidup ini. Kemudian display pula depan pintu makmal!



CSI Chung Hua : Anna sedang membuat pemeriksaan terhadap mayat hidup yang entah dari mana datangnya.



HAHAHA!!!

Saksikan liputan semasa panel penilai datang pada hari itu.



WAH KAGUMNYA AKU! mungkin itulah yang dikatakan en anthony ( baju biru) kepada anna, wong dan jimny ketika melihat 'wallpaper' antidadah




en zuraimie dan en anthony dari jabatan pendidikan miri




presiden dan pengerusi ( betul ke jawatan ini) sedang menyampaikan penerangan. gaya mereka seperti menyertai pertandingan debate ala parlimen. ada markah ooo 'lisan' ini.




'KAMI BERIKRAR AKAN MENJAUHI DADAH ..... ' bacaan ikrar daripada AJK SLAD. gaya peluk tubuh membayangkan betapa seriusnya wanita itu fokus kepada ikrar yang dibacakan !


sesi lawat lihat informasi yang terdapat pada lorong anti dadah. lihat bukan sebarang lihat ... kita mungkin dapat satu lagi anugerah/hadiah besar hasil usaha unit kaunseling. jadi jangan gatal tangan 'mencemarkan' tempat ini dengan dekorasi yang bukan-bukan. OK?




oh ya.. tiada dalam foto ialah Raja Anwar. apa agaknya yang menarik perhatian en anthony pada poster itu.

Kalau usaha ini mencapai kejayaan, orang yang tak berkenaan dan tak nampak batang hidung semasa unit SLAD dan gurunya berhempas pulas melengkapkan lorong antidadah, jangan pula berlagak seperti ‘lembu punya susu, sapi yang dapat nama’

Pn Bhelv meramalkan unit kaunseling dan SLAD pasti menang punya!!

Diharapkan paparan maklumat dan grafik disepanjang lorong 50 kaki ini dapat menghindari pelajar daripada jadi macam manusia ( err ... itu patung kan) di bawah ini.



bangkai bernyawa yang banyak terdapat di lorong hitam 'kami tak hisap dadah. kami telan pil ( ectasy)'
'samalah tu ngong!


JAUHI DADAH SEPERTI JAUHI DEDAH!



Current Location: Malaysia, miri
Current Mood: relievedrelieved

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

Comments:


From:(Anonymous)
Date:November 18th, 2009 09:13 am (UTC)
(Link)
Menurut penilai hari tu....dia kita ada harapan untuk menang tapi tak pasti samada johan, naib johan atau tempat ketiga.....harap2 dapat johan... untuk pertandingan di peringkat negeri pula nanti.......

> Go to Top
LiveJournal.com