?

Log in

No account? Create an account
BINTANG TAK BERGELAR - RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 19th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
06:10 pm - BINTANG TAK BERGELAR



14 November 2009 0700 - 1100 Sabtu



salah seorang pembaca blog ini ( ada dalam foto ) kata ' dia kena scroll jauh ke bawah sebelum jumpa muka dia dalam foto.. nah! saya letak atas sekali... puas hati eh?

Ha... hari ini baru grand. Pengerusi sekolah Tan Sri Ting dan Tan Sri Chai datang untuk memeriahkan majlis penyampaian hadiah. Untuk hari ini anugerah bertaraf bintang akan diberi.



pelajar dan guru mula memenuhi dewan sejak awal pagi




daftar dulu kemudian duduk diam-diam. jangan balik awal kerana ini majlis untuk awak




berbunyi saja gendang , mereka di dewan dah bersedia... eh! biar sajalah angpau itu Tan Sri. pura-pura tak nampak boleh saya sapu nanti.

Macam biasa kedatangan mereka berdua disambut oleh paluan gendang tarian singa.




lama tak nampak Mdm Voon - sedang disemat rozet oleh Piggy




tolong aaa .. jangan buat cerita Tan Sri Chai tak mahu pandang Emily Chin semasa bersalam. saya hanya miss micro second untuk rakam senyuman panjang mereka berdua bersalaman. Chat sekejap dengan pengawas sekolah

Kemudian memeriksa barisan kehormatan pasukan beruniform, menyaksikan persembahan brassband. Wah.. ada konduktor baru ( apa gelaran dia yang sebenar?) menggantikan Ga Li. Perempuan juga. Tapi saya lebih suka penampilan Ga Li. Dia tinggi dan cantik!! Haha....



diiringi Lt Amri, Tan Sri Ting diperkenalkan dengan komandan perbarisan





saya harap diapun sehebat Ga Li dalam brassband dan akademik




persembahan hebat daripada team gendang. perasan tak garisan retakan pada simen gelanggang itu? itulah bahana paluan berpuluh biji gendang




haa... baru nampak Raja Anwar.. mana dia pergi ya




kalau semalam Anna berbaju merah, hari inipun baju merah juga. Kau beli baju daripada Redmummy ke Anna
oh ya.. wong pun cantik berbaju merah - itu kebaya nyonya kan?

Ini sambutan di dewan. Salam sana salam sini. Kali ini Tan Sri Ting agak terlupa nak bersalaman dengan Suhaimi. Selalu saya nampak dia salam dan chat dengan abang janggut kita ini. Dan saya tunggu aksi itu tiap kali majlis seperti ini berlangsung. Tiada pula. Agaknya kalau dia tahu Suhaimi tak lagi bertugas di Chung Hua tahun depan, mahu dia ajak Suhaimi minum teh!



bersalaman dengan guru dan ibu bapa

Nampak tak kerusi baru itu?. Nampak mewah dan mahal. Berapa ya kosnya? Tak hairanlah mengapa kerusi itu jadi sasaran pelajar untuk bergambar kenangan.



sofa lama kalau nak jual, saya mahu beli - kalau murah le

Sebelum acara bermula, mari kita merayau dalam dewan ini. Lihat apa yang ada.. JOM!



97% dewan dipenuhi guru dan pelajar



punyalah pemalu Yeo Yun.. tunduk sampai mencecah lantai. Kalau score A, saya berikan hadiah. dapat PA, B pun saya beri sesuatu. Nampak pensil panjang semeter yang mereka pegang? : hadiah daripada Azmira




potong kek dan cemolot! no komen ..... err kek itu memang sedap




ucapan perasmian

Sebagai pembuka acara, tarian selamat datang dipersembahkan. Apa nama tarian ini Jimny?

Dan majlis penyampaian hadiah pun bermula....



group photo penerima Anugerah Bintang Akademik, Bintang Perkhidmatan, Bintang Sukan, Bintang Kokurikulum,
Bintang Terbilang Akademik dan Bintang Terbilang Perkhidmatan




Adeline Chua dan Aw , penerima bintang terbilang akademik. saingan mereka Eunice tewas kali ini. next year tewaskan Aw pula, Adeline! yeah...




warga U6 yang menerima bintang-bintang dan anugerah pengetua




Ignatius Phang penerima anugerah pengetua. cuba bersungguh-sungguh STPM kali ini kalau tidak 'orang' itu dikebas orang lain di IPTA! hahaha....

Dipertengahan majlis Tan Sri Ting dan Tan Sri Chai terpaksa beredar awal. Ada urusan penting. Lagipun majlis ini tak tahu jam berapa berakhir. Beliau beredar . Majlis diteruskan lagi.

Christine Wong , student harapan sekolah turun naik untuk menerima sijil, pingat, bintang. Ha... banyak foto kau Christine. Kalah Qi Min dulu ketika di U6. Kalau Christine Wong tak score straight A, tak tahulah saya.



secara keseluruhan 5 anugerah berada dalam pelukan Christine Wong - Terbilang Akademik, Terbilang Perkhidmatan,Terbilang Kokurikulum, Terulung Keseluruhan dan Principal's Award ( Akademik). Pn Sim bawalah dia melancong kalau dapat straight A.. pergi New Zealand ke, Taiwan, Hong Kong atau Timor Leste sebagai hadiah. Tahniah Christine .... updated blog yang berdebu itu nanti ya..



chiew choon man dilambung rakan-rakan

Dah habis pun. Seperti tahun-tahun lalu, saya heret U6 untuk mengabadikan kenangan dengan latar belakang pentas . Lepas kami bergambar, ramai pula orang lain turut bergambar sama. Biasalah kan, yang berani gila buat benda-benda luarbiasa ini, si amy seorang saja.

Nah ... lihatlah aksi paparazi ketika mengabadikan kenangan akhir mereka sebagai pelajar SMK Chung Hua.



mengabadikan kenangan bersama teman tercinta ... guru juga

Akhir sekali terima kasih kepada jabatan resepsi yang tak henti-henti usung dulang berisi bintang dan piala. Tugas anda memang nampak macam mudah. Ambil piala. Simpan atas dulang. Angkat. Jalan depan VIP. Senyummmm. Dulang kosong. Ambil lagi piala.




Senangkan?. Tidakkkkk!! Tugas belakang tabir bermula berminggu sebelum acara sebenar bermula. Ketika pelajar lain dah sampai rumah, mereka masih di sekolah buat pelbagai persiapan. Yang itu orang lain tak nampak. Tapi saya nampak. Saya tahu. Untuk itu, terima kasih banyak-banyak. Nanti saya carikan ‘benda’ yang Piggy pesan.

Tak lupa juga kepada mereka di bilik masakan. Makanan yang sedap anda makan itu, merekalah yang masak. Terima kasih kepada Zakinah dan para pembantunya.



petugas belakang tabir yang memastikan tetamu tidak kehausan dan kelaparan




sambil menikmati juadah jangan lupa terima kasih kepada chefnya. dah la free jangan komen.

Jam 1100 saya ke Bintang Plaza. Ha sempat tonton 2012 jam 1145. Dah balik kampung nanti memang tiada peluang nak tonton cinema. Jauhhhh aaa bandar Melaka dari kampung saya. 45 km.

Opsss saya nyaris terlupa pasal MC kali ini. sori aaa ... simpan last sekali



Maulana dah dapat pasangan pengacara baru - suzie

Pssstt: post ini disiapkan pada hari akhir persekolahan, jumaat. sekolah sunyi daripada pelajar kecuali yang sedang ambil SPM. Cuti dah mula.... yeah yeah..




Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: relaxedrelaxed

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com