?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 22nd, 2009


Previous Entry Share Next Entry
09:46 am - SUPERMODEL ME



16 November 2009 1500 - 1630 Isnin





eh .. bahasa apa itu?


Secara tak rasmi hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi pelajar. Yang di tingkatan 3 lama dah cuti. Pelajar yang nak ambil SPM dan STPM dari minggu lalu sudah study leave. Rabu ini bermulalah peperangan mereka selama 3 minggu. Tinggallah beberapa kerat dari peralihan, tingkatan 1 , 2 dan 4. Itupun jumlah kedatangan memanglah merosot. Rasa macam pusat tuisyen pula.

Bagaimana nak menarik perhatian pelajar datang sekolah menjelang cuti?Itu bukan fokus catatan hari ini.



huuu .. haniken, kalau model cantik sampai bengkok badan cari angle yang bagus! haha...

Saya fikir dapatlah rest petang ini. Charge bateri kamera dan flash untuk majlis makan malam penutup 2009. Pagi tadi ada pula sesi fotografi dengan 4S5 . Tentu bateri dah low.

Tak dapat pula rehat. SL minta saya ambil foto satu lagi aktiviti BCCC yang dianjurkan pelajar 1A. Pertunjukkan fesyen.



show mini, penontonnya mini juga

Pertunjukkan fesyen dibuat di dewan. Ada tiket utuk menyaksikannya. Kalau di buat pada waktu persekolahan biasa tentu hebat sambutannya. Yang ini dibuat pada waktu petang hari akhir ( tak rasmi) persekolahan. Mungkin modelnya malu dengan response yang bakal mereka terima... agaknyalah.

Fesyen petang ini ditaja pelajar sendiri. Dari baju, aksesori, muzik, mekap, koreografer, konsep, catwalk bla.. bla... . Ada fesyen tradisional Cina, India, Sukan, Ada juga tarian dan taridrama. Mari kita lihat fesyen show mini ini.



tarian ... apa namanya ni tanggo agaknya




drama lagu berdasarkan lagu Michael Jackson ...All I wanna say is that They don't really care about us All I wanna say is that they dont't really care about us .... tahu sajalah lagi si Mikel ini susah nak tangkap liriknya




fesyen Melayu ... model sedang bersalam dengan Abby. miss u Abby..




pakaian tradisi Cina . yang pakai baju merah itu memang ada gaya model




opss tanggal pula kasut ini. mesti kasut pinjam . hahaha....




yang baju putih itu memang mirip pelakon filem Hindi




fesyen sukan tenis, badminton dan golf. Err ada ke pemain golf bawa club macam cangkul?




susahnya nak ambil foto mereka kerana catwalk macam cheetahwalk. lajuuuu!!! saya tunggu di kanan mereka belok kiri, saya tunggu kiri mereka pusing belakang. Jadi mangsa gelak saja.... hahaha...




barisan model yang mengambil bahagian pada petang itu




persembahan orkestra Cina ... lagilah mengantuk saya dibuatnya.


Habis saja acara ini, terus balik ke rumah. Charge bateri. Tidur sebentar. Dua jam itu sebentar ke. Bangun tepat jam 1800.

Sambung lagi untuk annual dinner pula.





Current Location: Malaysia,miri
Current Mood: sleepysleepy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com