?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 21st, 2009


Previous Entry Share Next Entry
09:56 am - JANGAN PISAHKAN KAMI


16 November 2009 0900 Isnin





dua background di gunakan. Dalam perancangan untuk tambah lagi 3

Sesi fotografi. Sesi ini atas saranan Adeline Pui untuk rakan-rakan di 4S5. Katanya tahun depan mereka mungkin tak sama kelas lagi. Memang ada pertukaran kelas setiap kali tamat peperiksaan semester. Mana yang cemerlang akan ditempat kan di kelas gemilang. Yang biasa-biasa akan kekal bersama teman di kelas lama.

Walaupun masih satu sekolah dan boleh bertemu tapi ikatan erat yang telah terjalin sejak sekian lama sukar untuk dipisahkan. Perasaan seronok kerana dapat bersama teman di kelas yang sama, duduk bersebelahan, satu kepala pula.... semua orang mengalaminya semasa sekolah dulu.

Di kelas baru mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan ‘persekitaran’ baru. Walaupun kelas baru hanya sebelah kelas lama! Ya... saya memang faham perasaan mereka.

Saya angkut peralatan fotografi ke dewan. background, studio flash, kabel, stand. Tak lupa, kamera.



jika cahaya cukup ... foto pun cantik


Masalah utama ambil foto di dewan ialah angle dan cahaya. Dalam dewan agak gelap. Di luar cahaya matahari begitu kuat. Ke arah manapun saya letakkan background, cahaya luar mencuri masuk - enter frame- dari sudut kiri atau kanan. Jadilah foto macam ini. Memang tak puas hati.


nampak tak cahaya silau yang mencuri masuk pada bahagian kiri dan kanan foto? background 9' tak sesuai untuk group seramai ini

4S5 ada 35 orang. Untuk letakkan mereka sebaris di depan background sepanjang 20’ memang mustahil. Penyelesaian - formasi diamond. Memanglah susah nak susun mereka. Selalunya ambil foto sebaris. Kali ini ada 5 baris pula.



aksi bebas diketuai Ing King (depan) dengan saiz XXL hingga Poh Chingpun hilang di belakangnya . saya suka foto blur akhir. nampak macam hantu naik ke langit!

Saya gunakan tangga untuk sesi fotografi ini supaya 35 orang itu dapat dimasukkan ke dalam frame. Memang dah lama nak gunakan teknik ini. Cuma peralatan lampu masih tak cukup untuk menerangi group seramai ini. Apabila studio light dah ada nanti, selesailah masalah itu. Itu tahun depanlah. Berapa ribu aa harganya?



gaya serius macam agen sulit . cahaya cerah dari luar menyebabkan ada bayangan stand pada background. wah! mereka memang hebat bergaya depan kamera!


Jika ramai lagi, carilah tangga paling panjang yang disimpan En Tuah untuk digunakan. Berdirilah saya nunn 20’ atas sana. Rasa macam jurufoto National Geographic pula. Jangan ingat jadi jurufoto hanya cukup dengan satu kamera saja. Banyak lagi aksesori diperlukan supaya foto dihasilkan menarik.



adeline Pui ada gaya jadi pilot atau CSI

Terima kasih 4S5. Terima kasih juga kepada Adeline Pui dan rakan yang membantu memasang peralatan fotografi. Juga kepada Cikgu Fakarudin - guru kelas. Semua foto ini telah diupload di Facebook untuk mereka tag.



ALIEN !



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: creativecreative
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com