?

Log in

No account? Create an account
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 24th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
06:01 pm - PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI




16 November 2009 1830 - 2200 Isnin






Majlis makan malam di Dynasty Hotel. Err ... tahun depan tak mahu tukar tempat lain ke? Jemu le menu sama tiap tahun.

Majlis ini diadakan sebagai menghargai warga guru dan staff sokongan Chung Hua yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Banyak kejayaan besar dicapai pada tahun ini. Paling besar dan prestij ialah Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan.



hadiah cabutan bertuah ... malangnya tuah saya tak sampai malam itu

Majlis ini juga sebagai perpisahan kepada 12 orang guru yang akan meninggalkan chung hua untuk selamanya. 12 guru baru ( semenanjung) + 7 tempatan akan menggantikan tempat mereka. Itu yang dapat tukarlah. Yang memohon tapi tak dapat jauh lebih banyak lagi termasuklah tukang catat ini.



deko plastik - pembaziran yang mencemarkan persekitaran

Pada mulanya saya tak mahu bawa kamera. Biarlah orang lain yang ambil foto ketika majlis. Tapi tak jadi. Rasa macam something wrong somewhere kalau tiada flash memancar daripada kamera besar dalam majlis ini. Kalau orang lain tak hadir makan malam, mungkin tak sesiapa yang perasan. Tapi kalau saya tak ada ..... eh! mana fotographer . mengapa tak datang? Gaah!



berlonggok hadiah - yang mahal yang murah semua ada

Tak payahlah nak cover dari meja ke meja. Saya dah buat cara itu semasa jamuan hari guru yang lalu. Masih muka yang sama. Cuma pakaian untuk dinner lebih bergaya berbanding pakaian semasa bertugas. Rambut masing-masing .... peh! Haruman minyak wangi semerbak menguasai ruang dewan kecil ini.



saya patut bawa diffuser supaya cahaya lebih sekata

Tema pada malam ini ialah 1Malaysia. Memang semuanya menepati konsep. Pakailah apa-apapun. Kasual, santai, macam nak kahwin, baru balik solat maghrib, jalan di pasar , first dating ..... semua fesyen ada malam itu.



terjemahan 1 Malaysia mengikut persepsi masing-masing. cepatlah hidang makanan, kami lapar tahap cipan ni!

9 guru yang akan meninggalkan Chung Hua membuat ucapan terakhir mereka. Ada yang minta maaf, ucapkan terima kasih, menahan sendu-sedan, mencurahkan isi hati, buat joke semasa memberi ucapan.



azilah ke selangor, usna dan nafisah ke telang usan dan hamidah tak ingat dah pergi mana. bolehlah bersama suami dan anak yang dirindui tiap ketika

Antara mereka ada yang hanya berkhidmat selama 2 tahun sudah minta tukar kerana kes isteri di selatan, suami di utara. Cuba bayangkan bagaimana si isteri yang baru bersalin terpaksa menjaga anak seorang diri selama 3 bulan tanpa suami di sisi. Sedih aaaa. Atau suami yang baru dikahwini dua tiga bulan lalu berada di Kelantan, isteri di sini. Ahhhh tak tahan menanggung rindu terutama malam! hehehe....



bagi dua foto kerana dia orang lama. selamat tinggal andik aka andy dalam kalangan pelajar

Yang paling lama ialah Andik. 20 tahun di sini. Lebih lama daripada saya. Dia akan pulang ke kampung halamannya di Johor ( mana daerah ya). Rasaya elok juga Menteri Pelajaran yang juga orang Johor, TPM lagi, panggilah orang-orang lama ini berkhidmat di tempat sendiri. Lama tinggal tempat orang tapi statik saja pun tak guna juga. Nak juga cari angin baru.




suhaimi dan isteri ke Selangor ( kuala selangor), hakimah pulang ke pangkuan suami di kelantan, Wee bertemu selula ibunya di Sabah dan Wan Hayati .... somewhere

Hmmm .... kalau pegawai pendidikan Melaka panggil saya pulang ... bagaimana ya nanti?



guru baru sampai minggu lalu dah dapat lucky draw..... amy habukpun tiada!

Sambil makan sambil diadakan cabutan bertuah. Saya tak rasa bertuah sejak lebih 12 tahun lalu. Kali akhir dapat hadiah seperti ini ketika makan malam diadakan di Gloria Hotel. Peh! zaman bila tu? Ha... masa itu Cikgu Wan Salim jadi guru disiplin. Masih saya simpan jam dinding ( dah matipun) cabutan bertuah itu.



en robert dapat tuala lap peluh kalau aircond pejabat rosak. haniken dengan bakul sampah, simpan dalam kereta




hmmm alahai senduk kecil milik maulana juga akhirnya




voon dengan bekas isi buku dan siapa pula dapat 1st prize bantal besar ini.

Ada 40 lebih hadiah cabutan bertuah. Satupun saya tak dapat! Jangan kata bantal (1st prize) , tuala kecilpun tak dapat. Memang tak bertuah sungguh. hahaha....

Bagi memanaskan acara Zakinah dan konconya merancang satu acara yang membuatkan saya angkat kaki semasa sesi pengundian . Persembahan berpasangan. Pasangan dipadankan mengikut warna baju. Kalau pakai kuning,pasanganpun kuning juga. Ramai merah malam itu.





mengepak macam kupu-kupu dalam lagu lagenda kupu-kupu. dalam video tak nampakpun kupu-kupunya




penjual kopi kuat jenama Kak Fatimah sedang buat eksperimen kepada pembelinya - nenek tua bongkok tiga

Haaa.... larilah dulu. Andik, Noriana, Zainudin, dan dua tiga orang lain keluar dan duduk di luar. Kah kah... takut dan malu kalau dapat pasangan yang .... . Kalau saya dipasangkan dengan Anna, sanggup saya. Tapi malangnya ( untung?) Anna mendapat pasangan Mahathir. Boyfriend kau tak marah ke Anna? Tapi aku jeles tau? Hahaha.....



aku jelesssssss .... tak tahulah apa benda si anna ini buat. lompat sana sini macam kena ectasy!
satu lagi foto tak sesuai untuk tatapan umum. for my eyes only

Nah inilah pasangan mee segera yang dikenakan oleh Zakinah dan konconya. Persembahan terbaik dapat baucer lunch dan dinner untuk dua orang.



learn mandarin with me




kenangan indah ketika bersama. gaya haniken itu boleh dilihat dalam post sebelum ini. kau dengan mak( pn nora) kau
ya haniken




sketsa paling boring .... buat drama berdasarkan lirik lagu mandarin yang penari baju merah banyak tak faham.
boooooo !!!!




dream ...dream.. dreammmm.dream on babe...




iklan pencuci pinggan aziah




teknik memikat amoi daripada bro Bob. pasangan ini dipadankan pada saat akhir




model terbaru Nokia N 99






mengejar bayangan sejuta wajah Camelia. Phang patut fikirkan satu slot khas untuk Fakarudin dalam konsert sekolah 2010. tiket pasti sold out tiga malam berturt-turut!




ini bukan magic show tapi langkah keselamatan dalam pesawat Air Asia. beg kamera saya jadi sasaran




pramugara air asia dan penjual kopi kuat Kak Fatimah mendapat tempat pertama dan kedua. hadianya baucer lunch dan dinner di dynasty hotel. Hmm makan lagi!

Sebelum majlis menutup tirai, ada penyampaian plak kepada guru yang akan meninggalkan chung hua. Selamat bertugas di tempat baru yang cikgu. Harap tiada yang memohon datang ke sini semula atau tak jadi pulang ( macam kes kakak seorang itu tahun lalu).



tiada dalam foto ialah rita nge ... bila-bila masa akan dapat baby pertama

Agaknya permohonan saya untuk transfer lulus ke nanti?

Bagaimana pula dengan buah hati pengarang jantung, girlfriend, orang itu ... ah sukarnya membuat keputusan. Ada sesiapa nak bantu?

Terkini : dalam staff meeting terakhir pada 21 November, Zainudin sah dapat bertukar ke st thomas Kuching. Baru dua tahun dah dpat tukar. Ikut isteri di sana. Memandangkan tiada foto dia terima hadiah saya gantikan dengan foto sensasi ini...



dapat tukar ke tidak.. dapat ke tidak ... zzzz!!



Current Location: Masjid Tanah , Melaka
Current Mood: relaxedrelaxed
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com