?

Log in

No account? Create an account
KERA HILANG PERIUK - RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

December 6th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
07:47 pm - KERA HILANG PERIUK



26 November 2009 Khamis







bukan tangan saya yang asah pisau itu - bapa saya. ayam untuk rendang



Dah lebih seminggu tak post apa-apa entry. Capaian berukband di sini sama seperti ASTRO ketika hujan. Terputus dan lembab. Nak baca email sendiripun jenuh menanti. Ketika menaip ini, di luar hujan lebat sejak pagi. Biasalah hujung tahun.

Esok Hari Raya Qurban. Hari ini sembelih ayam. Ayam kampung . Nak masak rendang. Ha.. teringat pula pesanan Doris yang teringin sangat nak makan lauk rendang ayam. Kalau dekat , bolehlah saya kirimkan untuk dia.



makcik melah tumpang sembelih ayam




masih sempat berjalan walaupun leher hampir putus ....akhirnya tumpas jua




ayam kampung sedap masak rendang kerana dagingnya tak mudah hancur macam ayam daging

Untuk rumah ini, ayam dah disembelih sejak awal lagi. Tapi digerai ayam Haru, satu-satunya gerai jualan ayam di kampung ini, orang datang membeli ayam dari pagi hingga ke malam. Pasti dia berbau ayam ( bau duit) sepanjang hari itu. Rezeki hari raya.




periuk kerapun boleh dibuat sarung ketupat

Satu kelainan berbanding Raya Puasa yang lalu, adik saya buat ketupat pulut periuk kera. Entah kera mana yang bagi dia periuk , tak tahulah saya. Comel kan ketupat ini. Pasti banyak kera yang marah-marah kerana periuk mereka kena curi setiap kali tiba musim perayaan!




rendang ayam - dua tiga kali setahun masak masakan ini. jom makan!

Ibu saya macam biasa masak rendang ayam kampung. Baunya memang sedap! Saya makan untuk doris ok?

Bevee makan ayam?







Current Mood: cheerfulcheerful
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com