Amy (buragas72) wrote,
Amy
buragas72

ULANGAN 1997?

 
2 Mac 2010   0640 - 1710  Selasa


 

Ingat lagi tragedi jerebu seluruh negara pada 1997? Nah, pagi ini seperti ulangan pada setiap pagi - tak ingat pula bulan berapa - tahun
berkenaan. Jerebu terhad melanda bandar Miri. Atau lebih tepat sekitar Boulevard hingga Luak dan kawasan sewaktu dengannya.

Sudahlah pada pagi itu, tekanan air rendah di Holiday Park akibat paip pecah di Jalan utama. Saya terjaga pada 0330. Air paip slow sangat. Sah! Tentu ada paip pecah. Saya ambil tong beras besar untuk tadah air. Siap mandi lagi pada jam 0400. Jam 0600 terus tiada air  Angin je yang keluar.

 

Err.. jiran saya entah mandi ke tidak pagi ini.. Wangi semacam je datang ke sekolah. Hehe...

Ketika melalui luak, suasana dah jadi putih. Busuk pula tu. Jerebu dah datang. Had penglihatan terhad sejauh 100m. Bangau yang selalu terbang pada pagi itu tak kelihatan. Sesat entah ke mana burung putih itu.

 

keadaan semakin pulih walaupun ramai yang mengharapkan CUTI! 

Nasib masih nampak kawasan sekolah. Putih je kelihatannya.

Menjelang jam 0710 keadaan semakin pulih. Barulah nampak kren di atas bukit dan langit biru. tempat lain tak tahu pula.

Ada lah student malas mana tah,- bukan dia saja, si gurupun sama - bertanya tak ada cuti ke hari ini. Ceh! Cuti aja yang kau orang ingat. Jerebu cenonit macam itupun nak cuti. 

Siapalah yang bijak sangat mencipta jerebu pada hari ini... Menyusahkan orang dan burung je..

 

pemandangan pagi rabu - masih jerebu. atas dari pujut lagi teruk

Dan sehingga Rabu, jerebu masih tak reda lagi. Terpaksalah hidu bau busuk asap kebakaran ini sepanjang hari. Baju pun dah berbau; Hilanglah semerbak wangi perfume!



aksesori wajib minggu ini - facial mask

 
Tags: jerebu
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic
    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments