Amy (buragas72) wrote,
Amy
buragas72

ADEHHH!!! MY KAKI...

 

27 Jan 2009 0800 Rabu



Adehhhhh!! Tumit kaki sakit lagi. Macam nak putus urat kentut apabila menjejakkan kaki ke bumi.

Beberapa hari ini tumit saya sakit kembali. Kecederaan lama berulang lagi. Entah bila nak sembuh agaknya. Disember setahun lalu, sakit juga selepas berjam-jam ukur jalan di KL. Cuti penggal disember lalu pun sakit lagi. Juga selepas ukur jalan di KL. Balik ke Miri, tumit itu masih sakit juga.

Ingatkan dah pulih. Tapi jangkaan saya salah. Menjelang petang itu, sakitnya memang tak tahan. Terpaksa bertongkat payung apabila berjalan. Leceh! Tapi jika dibandingkan dengan sakit lutut yang pernah saya alami dulu, sakit tumit kaki masih boleh dianggap ringan. Terpaksalah ambil cuti sakit dua hari.



Kalau lutut yang sakit ... Allah hu Akhbar! Buat apapun tak jadi. Lurus kaki .... sakit. Bengkok kaki ... sakit. Nak berakpun ... sakit. Jadi, terpaksalah beli alas tumit RM 28 ini . Kuranglah tekanan pada tumit apabila berjalan.


Dan dalam keadaan ini, saya rasa boringlah apabila ada yang bertanya ‘ kau sakit apa’, ‘Amy sakit ke’. Saya jawab ‘ biasa je, tak ada apa-apa’ . Bagi rakan rapat, saya jelaskan apa yang berlaku. Tapi untuk Bevee, penjelasan memang terperinci! Kerana saya tahu dia ‘care’ akan saya. Orang lain sekadar bertanya ingin tahu. Kemudian , blah!

Sekarang masih lagi terasa kesakitan itu jika berjalan laju atau berlari. Hmm .. terpaksalah saya bersara daripada aktiviti lari berlari. Jadi, janganlah rasa aneh kalau ternampak saya berjalan seperti ketam.


Tags: amy
Subscribe

  • DI MANA KASUT ANDA?

    30 Oktober 2009 1315 Jumaat Ingat lagi kisah anjing hitam yang hobinya curi kasut itu. Nah inilah anjingnya. Tengok matanya. Memang…

  • I'M FREEEEEEEE !!!!

    29 Oktober 2009 1100 Khamis Lama tak menulis, rasa gatal pula tangan ini... Yeaahhhhh!!!!! SIAP AKHIRNYA!! hampir semua meja…

  • PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

    Tiga minggu lalu 0615 Selasa tak panjang jodoh kaki saya dengan kasut ini Selepas bersiap untuk ke sekolah, saya melangkah ke pintu.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic
    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments