25 Februari 2010 1000 Khamis
Dalam satu promo CNY di tv, Maria Tunku Sabri - pengacara Jalan-jalan Cari Makan berkata “ CNY diraikan dengan kuih bakul dan yee sang”
yang susun limau itu ialah Thoo. gemerlepan percikan bunga api menguasai ruang angkasa Miri sepanjang CNY
Tak hairan mengapa dia berkata begitu. Dia kan hebat dalam hal makan-makan. Tapi realitinya CNY tidak bermakna tanpa angpau, limau mandarin dan kemuncak kegembiraaan ialah mercun!!
Tahun harimau ini memang saya tak berhajat nak raikan CNY seperti dulu. Duduk rumah saja.Adalah satu jemputan itu saya cuba untuk hadiri. Memang saya sampai di rumahnya. Tapi apabila memasuki pagar terbuka luas dan semua pintu tertutup hati saya secara tiba-tiba turut tertutup sama. Selepas berdiri beberapa ketika melihat pintu tertutup dan mendengar suara gelak ketawa dari dalam rumah agam itu, saya pulang...
Jadi, tahun ini tiada limau mandarin ketika CNY - yang diberi di sekolah tak ambil kira.
Ada dua jamuan di adakan di sekolah sempena CNY. Satu dianjurkan komiti bilik guru dan satu lagi unit kaunseling ( 3 Mac ) ... err CNY dah habiskan?
air tangan ibu guru dan guru dara memang tiada tandingan. Lelaki pakai baju kuning itu ialah
food tester rasmi - perhatikan tangan kanannya
sambal dan sos cecah yang paling sedap dalam dunia daripada Chef Zakinah. Terangkat telinga kalau
makan sos dan sambal itu. Itu tangan food tester sedang uji tahap halal makanan
kek dan ayam goreng
antara tugas tambahan yang amat disenangi semua - memasak dan makan
terima kasih kepada mereka yang menyediakan hidangan yang enak ini
tepat jam 1000, semua menjamu selera. antara yang kelihatan ialah Pn Marina Tan. Kalau tak sempat makan
boleh tapau.
rakan baik saya, Jonathan sedang menikmati makanan tanpa menghiraukan mak mentua sedang lalu di belakang
- kau nak makan sepiramid limau tu ke John ,melampau eh!
Pada 3 Mac, jamuan di bilik kaunseling pula. Kebetulan pada hari itu ialah birthday Wong CK yang ke rahsia ( saya pun tak tanya). Kalau tahu kena pula beri hadiahkan? Kalau dari luar memang nampak seperti semua guru ada masalah hari ini dan perlu dikaunselingkan. Bersusun kasut di luar.
Kali ini memang terpaksa makan kerana ada menu kegemaran saya - mee. Tak tahulah mengapa saya suka sangat dengan segalam macam jenis mee. Baik mee goreng, mihun, soo hoon, laksa dan lain-lain kecuali spaghetti. Mak saya kata, saya dah macam cina kerana suka sangat makan mee.
mereka memang ada masalah - perut lapar yang minta diisi dengan makanan lazat ini
tempahan khas dari penyedia makanan di Kolej TDHB - terima kasih Jimry
Dan itulah dua jemputan jamuan CNY yang saya hadiri. Hmm... bilalah dapat ke rumah Bevee semasa CNY? Saya masih mengharap..