?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

March 6th, 2010


06:30 am - ADEHHH!!! MY KAKI...
 

27 Jan 2009 0800 Rabu



Adehhhhh!! Tumit kaki sakit lagi. Macam nak putus urat kentut apabila menjejakkan kaki ke bumi.

Beberapa hari ini tumit saya sakit kembali. Kecederaan lama berulang lagi. Entah bila nak sembuh agaknya. Disember setahun lalu, sakit juga selepas berjam-jam ukur jalan di KL. Cuti penggal disember lalu pun sakit lagi. Juga selepas ukur jalan di KL. Balik ke Miri, tumit itu masih sakit juga.

Ingatkan dah pulih. Tapi jangkaan saya salah. Menjelang petang itu, sakitnya memang tak tahan. Terpaksa bertongkat payung apabila berjalan. Leceh! Tapi jika dibandingkan dengan sakit lutut yang pernah saya alami dulu, sakit tumit kaki masih boleh dianggap ringan. Terpaksalah ambil cuti sakit dua hari.



Kalau lutut yang sakit ... Allah hu Akhbar! Buat apapun tak jadi. Lurus kaki .... sakit. Bengkok kaki ... sakit. Nak berakpun ... sakit. Jadi, terpaksalah beli alas tumit RM 28 ini . Kuranglah tekanan pada tumit apabila berjalan.


Dan dalam keadaan ini, saya rasa boringlah apabila ada yang bertanya ‘ kau sakit apa’, ‘Amy sakit ke’. Saya jawab ‘ biasa je, tak ada apa-apa’ . Bagi rakan rapat, saya jelaskan apa yang berlaku. Tapi untuk Bevee, penjelasan memang terperinci! Kerana saya tahu dia ‘care’ akan saya. Orang lain sekadar bertanya ingin tahu. Kemudian , blah!

Sekarang masih lagi terasa kesakitan itu jika berjalan laju atau berlari. Hmm .. terpaksalah saya bersara daripada aktiviti lari berlari. Jadi, janganlah rasa aneh kalau ternampak saya berjalan seperti ketam.



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: sicksick
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

09:01 am - HELLOOO!

Hujung Februari 2009
 
 
 

Nampak phone itu? Itu bukan public phone tapi internal phone. Kalau orang aras dua nak cari guru tak payahlah mereka turun ke bawah. Hubungi saja staffroom. Di makmalpun ada phone itu.

Setakat ini saya belum nampakpun orang aras satu gunakan phone itu untuk hubungi mana-mana sambungan. One way saja. Aras dua ke aras satu atau ke makmal.



tangan siapa yang nak angkat gagang phone?

Oh ya.. bilik Jonathan di bilik gerakan tiada talian ini. Kalaulah ada apa-apa berlaku kepada dia semasa tinggal seorang di sana, tak siapa yang tahu. Kasihannya kau John.

P/S : Ada sesiapa nak pohon jawatan telefonis untuk staffroom?








Current Location: Malaysia, Miri
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


Previous Day [Archive] Next Day

> Go to Top
LiveJournal.com