?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

March 7th, 2010


06:27 am - HARGA KESEJUKAN




Panassss! Cuaca terasa panas. Aircond di staff room yang dipasang sejak 2004 nampaknya dah sampai tarikh lupusnya. Asyik tak berfungsi. Dan yang untung ialah mereka ini. Servis aircond. Hari ini - 5 Mac, kami diberitahu bil bulanan elektrik sudah mencecah RM 16 000 - sebulan? . Mak oooooiii!! Siapa nak bayar tu? Err.. cikgu sekalian, apa kata kita buat kempen satu hari tanpa aircond? Atau pasang saja kipas angin atas tiap meja dan buka tingkap untuk bayu laut memupuk lembut pada wajah-wajah yang berpeluh dan merah seperti udang dibakar.

Mrs Tooo Hotttt! ( dia sering cakap begitu walaupun suhu masih biasa di Malaysia ini) tentu semakin hottt pada minggu ini. Hehe...

Mengambil kira kepemimpinan melalui teladan, saya cadangkan aras dua kurangkan pemasangan aircond. On dua unit dah cukup. Yang lain buka tingkap. Nanti kami ikutlah. OK tak?




Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: hothot
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

09:10 am - LIMAU KEEMASAN TANPA ANGPAU
 


25 Februari 2010 1000 Khamis


Dalam satu promo CNY di tv, Maria Tunku Sabri - pengacara Jalan-jalan Cari Makan berkata “ CNY diraikan dengan kuih bakul dan yee sang”


Tak hairan mengapa dia berkata begitu. Dia kan hebat dalam hal makan-makan. Tapi realitinya CNY tidak bermakna tanpa angpau, limau mandarin dan kemuncak kegembiraaan ialah mercun!!

Tahun harimau ini memang saya tak berhajat nak raikan CNY seperti dulu. Duduk rumah saja.Adalah satu jemputan itu saya cuba untuk hadiri. Memang saya sampai di rumahnya. Tapi apabila memasuki pagar terbuka luas dan semua pintu tertutup hati saya secara tiba-tiba turut tertutup sama. Selepas berdiri beberapa ketika melihat pintu tertutup dan mendengar suara gelak ketawa dari dalam rumah agam itu, saya pulang...

Jadi, tahun ini tiada limau mandarin ketika CNY - yang diberi di sekolah tak ambil kira.

Ada dua jamuan di adakan di sekolah sempena CNY. Satu dianjurkan komiti bilik guru dan satu lagi unit kaunseling ( 3 Mac ) ... err CNY dah habiskan?


Makanan memang kelas terutama di bilik makan. Peh! memang mengancam. Saya hanya ambil dua biji limau dan sepotong kek. Makanan lain semuanya jenis berat. Sejak setahun lalu saya tidak ambil makanan berat pada tengah hari. Makan nasi pun hanya sekali seminggu. Mari kita lihat apa makanan yang tersedia untuk perut yang dah berkeroncong sejak pagi.

Pada 3 Mac, jamuan di bilik kaunseling pula. Kebetulan pada hari itu ialah birthday Wong CK yang ke rahsia ( saya pun tak tanya). Kalau tahu kena pula beri hadiahkan?  Kalau dari luar memang nampak seperti semua guru ada masalah hari ini dan perlu dikaunselingkan. Bersusun kasut di luar.

Kali ini memang terpaksa makan kerana ada menu kegemaran saya - mee. Tak tahulah mengapa saya suka sangat dengan segalam macam jenis mee. Baik mee goreng, mihun, soo hoon, laksa dan lain-lain kecuali spaghetti. Mak saya kata, saya dah macam cina kerana suka sangat makan mee.

Dan itulah dua jemputan jamuan CNY yang saya hadiri. Hmm... bilalah dapat ke rumah Bevee semasa CNY? Saya masih mengharap..

Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: hungryhungry
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


Previous Day [Archive] Next Day

> Go to Top
LiveJournal.com