?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 3rd, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:20 am - TETAMU DATANG TETAMU PERGI
 

21 September 2009   Sepanjang minggu 

 


 

 

Selepas seminggu berhari raya... barulah ada peluang nak update. Tiga hari curi wifi sm sains kerana masalah dengan internet. Rupa-rupanya si apple ini ada masalah. Bawa jumpa technician di apple store Bintang Plaza. Klik sana, drag itu, cucuk sana, cucuk sini. Oklah.



anak bulan 3 Syawal

Masih lagi cerita Hari Raya di kampung

 

Tanpa perlu dimaklumkan rumah terbuka, Hari Raya memang rumah terbuka kepada tetamu yang  datang berkunjung. Saudara dekat atau saudara jauh. Yag lama tak ditemui atau yang biasa berselisih bahu di pasar.


 

sama saja besarnya saiz si Kaiz dengan adik saya!

Tahun ini, kami menerima tetamu raya paling awal. Ketika saya pulang pada 18 September, dia pun nak datang sama. Tetamu adik saya. Boyfriend dia yang dikenali dalam internet. Chating  room. Wah! Beranilah budak sekarang datang berkunjung dan tumpang bermalam di rumah kawan perempuan. Saya belumlah berani tahap itu. Dah dia nak datang, takkan nak dihalau pula.

Maka tidurlah dia dirumah ini semalaman. Esok petang baru dia balik. Banyak makanan yang ibu saya bekalkan. Ahh.. adik saya dah sibuk nak tunang dan kahwin. Abang dia masih steady lagi. 

Mungkin dah sampai masa saya buat keputusan berani mati. Melamar seseorang untuk sudi jadi isteri saya. Yang ada hanyalah satu nama. Gadis cina dari Miri!

   

kawasan halaman yang lapang memang seronok main bunga api

Raya kedua, Kak Intan dan keluarga datang. Tidur di sini dua malam. Suaminya yang bekerja dengan jabatan imegrisen Putrajaya bawa bunga api ( rampasan agaknya) yang telah disimpannya selama dua tahun. Nak main di sana, tentu timbul syak jiran tertangga. Jadi, bawalah ke sini, kami main beramai-ramai pada malam itu.   

         

yang nyalakan mercun , bapa budak. yang melihat anak-anak dia. siapa sebenarnya yang gian nak main mercun ni?


  

foto kenangan

Abang Din, besan kepada Kak Intan dari ..... juga datang satu keluarga.

   

Raya ke 3 makcik Salmah kawan ibu saya membuat kunjungan balas. Buat mee goreng malam itu.

 


jamuan mee goreng lagi. orang bujang baju biru itu malu kalau fotonya di ambil. alahh kau macam artis pula

 
 

Pada 27 September, kawan bapa saya, Pak Cik Ramli pula datang penuh satu van. Dia dah nampak senang sekarang apabila anak-anaknya dah bekerja. Seorang jadi jurutera Air Asia. Ingat lagi masa saya kecil, kehidupannya amat susah. Satu motor naik empat orang -dengan anak-anaknya. Sering pinjam duit bapa saya. Tapi anak-anaknya rajin belajar. Dan sekarang, susah payah mendidik anak supaya belajar dengan tekun dah terbalas. Motor buruk berganti van suzuki. Tiap bulan anak-anak kirim duit. Itulah berkat kalau ikut nasihat ibu bapa.




Pak cik Nordin adik bapa saya datang dan isteri no 3 juga datang. Siapa tah nama bini dia. Mami panggil si gedik. Tak lama kemudian busu saya dan syafiq datang juga. hahaha.... si shafik kena basuh dengan bapa saya gara-gara tindakan budak darjah 5 ini lari dari rumah. Bapa saya nampak dia dengan baju dan beg sekolah menyelinap di lorong ke rumah ibu saudara dia yang hanya beberapa meter dari  rumah saya. Kau Syafiq.... kecil-kecil lagi dah pandai lari dari rumah!

 

tiga budak kecil itu sudah menunjukkan gila membaca macam saya. kata ibunya dia kena beli children ensiklopedia untuk anaknya yang gila membaca. bertuah kau mail dapat anak bijak nanti 

Malam sebelum saya pulang Mak Cik Semah dan Mail sekeluarga datang. Saya sedang sibuk packing. Pintu pagar dah tutuppun. Ingatkan tiada orang nak datang. Ada juga.

Sahabat saya Zainurin tidak kunjung tiba hingga hari Ahad. Tak sempat nak datang agaknya. Banyak rumah pak saudara dia nak kunjungi. Hei Yen... kalau terbaca blog ini... tinggalkan pesan ya!



Yang ini kawan-kawan Nadia datang nak duit raya. Bagilah seorang singgit. Nadia saja saya beri RM 10 sebab dia anak yatim.. 

 

Oh ya.. tiap kali tetamu datang, ibu saya pening nak sediakan makanan apa. Mami yang tangan kanannya tak cergas lagi - minor stroke - susahlah nak masak yang berat. Jalan penyelesaian.... mee!. Makanan kegemaran saya. Adalah tiga hari rasanya makan mee saja! Mee goreng, mee kari,mee hailam, bihun goreng, soo hon sup....



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: colddemam
Tags:

 


> Go to Top
LiveJournal.com