?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 3rd, 2009


Previous Entry Share Next Entry
09:37 am - ORANG JAUH DILUPA JANGAN
 

28 September 2009  0800 Ahad


  

penuh satu kotak kuih dan keropok

Hari ini balik ke Miri. Dan ini yang saya bawa sebagai buah tangan untuk mereka yang disayangi dan diingati di Miri. Keropok geragau dan bauhulu penuh satu kotak untuk 4S5 dan L6. Untuk rakan baik saya Lu saya bawakan bauhulu. Begitu juga Nizam dan Johnatan -kerana hantar dan ambil saya di airport.

 

shopping bag untuk Bevee - use less plastic bag

Tapi paling istimewa ialah Bevee.... saya berikan beg jut tesco dengan kandungannya sekali!. Er.... Abby dan Pinggy pun dapat juga. Pongge tiada - dia makan bauhulu ke?


Yang ini khas untuk saya. Masak lemak tempoyak. Baunya...... mengancam jiwa.
 

Mr Thoo tanya adakah saya ada bawa sedikit kuih raya untuk dia. Saya jawab TIDAK! Kau kedekutlah Thoo....  nangka dan cempedak tak pernah nak sedekah kawan-kawan. Nak juallll saja !!

Amy... kau lupa seseorang lagi?

Siapa?

Siapa lagi kalau agen suruhanjaya pemantau blog. Kau tak bawa kuih raya untuk mereka?

Hahaha.... kirim salam saja! Jangan kata kuih, serbuk kuihpun tiada untuk mereka.

Dan sorry Doris Ting, tiada rendang kali ini. Mana ada orang buat rendang selepas seminggu raya kecuali di rumah terbuka

.

kempunan Doris nak makan rendang ayam kampung yang nyaman ini.


P/S: saya rasa gembira apabila keropok geragau dan rempeyek berjaya dihabiskan 4S5 dalam tempoh singkat. Cuti semester lalu saya bawa bauhulu. Pun habis juga. Dan begitu juga bauhulu untuk L6. Semua dapat merasa kecuali Candy - siapa suruh kau tangkap ular pada kelas petang?


Current Location: Malaysia,Miri
Current Mood: lovedloved
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com