Amy (buragas72) wrote,
Amy
buragas72

RAYA BERSAMA CHICHI DAN CHACHA

 

24 September 2009  1840 Khamis

 

chacha dan suami sedang makan angin di halaman

Chichi ada bini. Chacha namanya. Dipungut Nadia di pasar malam. Nadia memang suka kucing. Kucing sebelumnya bapa saya buang. Itu hobi dia sejak dulu - program penempatan semula kucing yang melanggar peraturan disiplin.

    
 

Putih gebu Chacha. Apa tidaknya, hampir habis syampu kucing yang saya beli ditenyeh pada si Chacha. Pantang kotor sikit, mandi. Ada kutu sikit, mandi. Ada tompok hitam pada badan, mandi. 

  

kucing paling mewah di dunia - keding
 

Setiap hari Chichi akan membawa bininya jalan-jalan di sekitar kebun. Panjant pokok kelapa, sembunyi sana. lari sini. Dan apabila lapar, datang kerumah untuk makan friskie bersama. Chichi dah tak lalu nak makan nasi dan ayam lagi. Friskie itulah kegemarannya kini.

 
  

chichi sedang menyoal siasat tetamu kecil yang sesat ke rumah 

Namun, ada somebody yang jeles lihat perhubungan Chacha dan Chichi. Siapa lagi. Kedinglah. Selalu saja bergaduh dengan Chichi tiap kali Chichi balik dari rumah Chacha. Bapa saya kata, Keding pegawai pencegah maksiat!

    

keding juga soal siasat si kecil ini dengan cara lebih brutal. tampar dulu tanya kemudian!
 

Garang betul kucing tua ini. Nak hidup seekor je. Nak dibuang terasa sayang. Sebab satu ketika dulu, Keding pernah di buang. Tapi kembali semula seminggu kemudian. Kata orang-orang tua, kucing yang pandai cari jalan pulang selepas di buang, kucing itu membawa tuah. Sehingga kini, saya tak tahu apa tuah yang si Keding ini bawa. Menghabiskan beras dan friskie tiap bulan adalah!!

 


Tags: simanja
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic
    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments