?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 6th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
07:01 pm - MELENTUR BULUH
 

29 September - 1 Oktober 2009    0700 - 1600


 

panas berpayung, hujan berpayung - sediakan payung sebelum hujan .... payung XXXL

Kejohanan olahraga bawah 13 tahun di stadium Miri. Acara tahunan. Saya tak turun tiap petang seperti tahun-tahun lalu. Sudahlah panas berdenting, nama pun tiada dalam  senarai petugas. Mana boleh lari tangkap ular untuk ke padang. Dulu-dulu, zaman pemerintahan abad yang lalu memang boleh. kali ini saya gunakan elemen malas nak pergi sebagai alasan. 

Jagalah sekolah yang semakin sunyi. Aneh sungguh. Guru yang terlibat sekitar 30 orang dan pelajar ( petugas) kira-kira 200 orang ( kiraan kasar) dan atlet lain. Tapi sekolah seperti dilanggar garuda. Sepi sana sini. Terjejas pendapatan makcik kantin

Hari Khamis - 1 oktober lebih teruk, ada kelas tinggal 10 orang dan kurang. Apabila ditanya, jawabnya mereka ke stadium. Stadium apa, buka facebook, ada nama mereka di dalam!

Hingga saya terima panggilan telefon daripada seorang ibu mengatakan anaknya cuti belajar di rumah kerana anaknya beritahu cikgu tak masuk kelas untuk beberapa hari. Cantik sungguh!!

 

satu-satunya lelaki kalis hujan ialah Jenang (kibar bendera putih) - dia memang membesar di stadium ini sejak
di chung hua lamaaaaaa dahulu

Petang itu saya jenguklah ke stadium. Saya juga perlukan bahan untuk entry terbaru. Saya bawa camelbak. Saja nak uji alat ini di tengah panas membahang. Tapi hujan turun pula semasa tiba. Aisyeeh!! Adalah dua tiga orang tegur, apa benda yang berada di belakang saya. Apabila di beritahu itulah ‘water bottle’ mereka minta buktikan. Kagumnya saya kerana berjaya kagumkan orang lain.
 

2009 Camelbak Classic 2ltr

camelbak - bonggol unta

Beberapa acara akhir dimulakan selepas hujan. Lari berganti-ganti.

        

jenuh gadis penyampai pingat nak menunggu peserta terakhir 4 x 400 sampai ke garis peamat. walaupun corot tapi semangat kesukanan tetap unggul!

Beralih dari kehangatan di padang, lens difokuskan di grand stand yang rasanya memberi ‘shoot’ lebih menarik. Sorakan bersemangat para penonton, kibaran bendera sekolah berlatarbelakangkan astaka, gurau senda penonton sebagai pengisi keboringan semasa selingan acara dan foto candid lain. Lihatlah sendiri.

    

grandstand ini memang dikuasai penyokong chung hua. orang lain hanya mampu melihat. apa kata mereka ya?


    

1 Bendera 1 Semangat UP! UP! CHUNG HUA!


  

tercabar melihat bendera Chung Hua berkibar, sekolah saingan ketat ini turut mengibarkan panji-panji mereka. satu hari nanti saya yakin grandstand utama itu akan mereka rampas untuk diduduki penyokong mereka. Awas Chung Hua!! - pasti ada yang panasssss dengan andaian ini. hahaha


  

lepak menikmati suasana hangat stadium


    

keazaman atlit di balapan turut dikongsi bersama para penyokong fanatiknya. kalau dah pegang kepala macam itu tentu anda tahu apa keputusan di garis penamat.


  
    

memang gamat stadium dengan suara jeritan, laungan dan pekikan penyokong. walaupun ada berbadan kecil tapi suaranya ......... wao lau! 100dB! - khas untuk gadis kecil di kiri 

   

apalah yang 'digoreng' Fakharudin hingga Anna tertawa guling-guling. ohhh!!! jelesnya aku lihat... HAHAHA!!

Penyampaian hadiah tidaklah segah yang saya harapkan. Tiada piala yang besar-besar seperti MSSM Miri. Pingat saja. Para petugas khas di balapan turut menerima t-shirt biru. Nampak cantik pula.

     
 

Sekolah mana jadi juara ha? Sesiapa yang baca akhbar tempatan tentu sudah tahu. Tapi yang pastinya acara olahraga antara sekolah di miri ini akan lebih sengit apabila mentor bertemu mentee. 2010 pasti merupakan cabaran paling sengit akan di hadapi Chung Hua.

    

penyampaian hadiah secara sederhana tapi bermakna

Malangnya saya tidak ada lagi di sini untuk membuat laporan bergambar saat-saat dramatik itu untuk anda semua. Baca akhbar online saja lah ya!!



Current Location: Malaysia, Miri
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com