?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 7th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
07:17 pm - MENCARI AMAL
 

4 Oktober 2009  0630 - 1400 Ahad

 
 

Jualan Amal Tahunan - ( Ejaan rasmi: JUAL AMAL TAHUNAN.- banyak amal dijual pada hari ini). Adakah anda perasan bahawa ejaan JUAL  pada kain pemidang itu nampak macam tak kena.  JUAL ialah bahasa pasar sama maksud dengan berjual, menjual. Amal bermaksud perbuatan baik yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

Jadi JUAL AMAL bermakna barangan yang diniagakan pada hari ini ialah AMAL. Bukannya makanan. AMAL tidak boleh dijual. Memang tak ada tempat jual AMAL pun di dunia ini. Yang berhak menilai AMAL hanya ALLAH. Di balas dalam bentuk PAHALA dan DOSA.

JUALAN bermaksud barangan yang dijual atau didagangkan. Kata ini lebih menepati konsep perniagaan 56 kelab dan persatuan pada hari ini. Kalau nak JUAL AMAL , minta saja mereka beri jualan secara percuma!

 


Saya fikirkan kesilapan pandang ini hanya berlaku pada kain pemidang tahun ini. Tapi melihat semula pada foto dua tahun lalu, rupa-rupanya sama juga. Dan mungkin akan kelihatan sama pada tahun-tahun mendatang. Mahal lah kalau nak tukar baharu hanya kerana  JUAL telah menceraikan 'AN' nya.

    
 

Selepas tertangguh akibat serangan H1N1, acara tahunan ini berjalan lancar. Walaupun langit nampak mendung dan berangin. Alhamdulillah,  awan mendung hanya menjenguk bandaraya miri tanpa berniat mencurahkan kandungannya di sini. Awan hitam berlalu umpama bangau terbang lintas.

  

langit mendung tidak menghalang bangau keluar mencari makanan - bermakna jualan amal boleh diteruskan ...

      
 

Tidak seperti kebiasaan, Presiden sekolah Tan Sri Ting dan Tan Sri Chai tiba begitu awal. Jam 7 dah tiba. Mereka berdua ada tugasan lain yang perlu dihadiri di Kuching pada pagi itu. Tidak hairanlah jika kali ini mereka tidak sempat nak pergi ke setiap stall bersalaman, membeli makanan sedap dan menghulurkan kupon kepada persatuan dan kelab terlibat. Selalunya mereka akan menghabiskan masa lebih sejam di sini. Setiap gerai akan dilawatinya. Kalau ada juadah yang lazat, mereka akan beli. 

   

gerai terakhir disinggahi ialah kelab diketuai Johnatan ( kau kelab apa John?) sebelum beliau beredar. apa nak buat. beliau ada tugasan lain di Kuching. Terima kasih ya Tan Sri

Tapi terima kasih daun keladi kerana merasmikan JUAL AMAL ini ketika pengunjung lain masih belum bersarapan di rumah.

    

tempat rehat seperti dolphin menjadi tumpuan untuk pengunjung makan-makan. kalau ada remah makanan berilah sikit kepada ikan di dalam kolam itu


 
  

penggunaan plastik masih menjadi pilihan utama. mungkinkah pada suatu hari nanti, pengunjung kena bawa kontena sendiri atau makanan dibungkus dalam bekas mesra alam
 

Apa tema utama foto JUAL AMAL kali ini. 2007 saya fokus pada penyediaan, makanan, jualan, belakang tabir, pengunjung ( all out), 2008 fokus pada warna-warni dan close up . 2008 ....... hingga jam 0800, saya masih buntu. Nak ambil foto apa ya?

    

telatah kanak-kanak comel yang sempat dirakamkan. si baju purple ini berjalan tak pandang kiri kanan hingga kehilangan ibunya seketika.


  


satu-satunya stall jualan satay menjadi tumpuan utama. laris sungguh. dua tahun lalu lebih meriah dengan adanya sayap panggang bermadu, satay dan aneka makanan yang di grill. tiada asap berkepul-kepul nampak macam tak meriah saja

Akhirnya saya buat keputusan untuk memberi penekanan pada aspek pengunjung. Semua foto dalam entry ini memberi fokus pada aspek itu. Terselit dalam fokus utama ialah jualan barang bukan makanan seperti rubik cube, basikal dan toys.

    

produk berasas herba seperti minuman dan telur mendapat perhatian utama. semuanya habis sebelum jam 1230 . saya memang suka telur herba ini. di tesco melaka hanya RM 2 untuk 3 biji


     
  
  

waaseh! berapa lama tak jumpa ha? siapa kata jualan amal tak boleh jadi tempat reunion teman yang dah menghilang


  

sikap dua pengunjung ini yang tahu kegunaan tong sampah amat di hargai. terima kasih kerana menjaga kebersihan sekolah kami


      

guna isyarat tangan ketika urus niaga? janji dapat jual
 

  

perawakan wanita warga emas ini menarik perhatian saya. dia nampak tegap dan kuat. jalannya tak goyah dan bongkok. tentu amalkan tai chi atau qi qong


   

tiga urutan foto menunjukkan kehebatan Sy Chien mempengaruhi pembeli membeli pisang yang dah masak dan masih hijau. CD itupun ada orang beli. hebatnya dia!


 

walaupun basikal tidak dikategorikan sebagai makanan, namun tidak menghalang objek ini cuba dijual. saya tak tahulah kalau ada orang yang beli. tahun lalu basikal dijadikan cabutan bertuah. tahun ini kena beli pula


  

timbunan toys dan cenderahati. lihat bear yang tergantung. adakah apa yang saya fikir sama seperti yang anda fikir


  

boling cap ayam dan pertandingan rubik cube juga diniagakan. kreatif betul kau orang


 

dan jualan akhbar
  

Dan satu dua perkara menarik seperti Raja Kari, Mr Thoo. Lamaaaa dulu dia jual aiskrim. Tapi berubah hala pada kari pula apabila mendapati jualan nasi kari ayam stall lain mendapat sambutan. Sekarang dia fokus pada kari semata. Memang sedap kari ini ..... orang katalah bukan saya

    

dalam tempoh tiga jam kari ayam Mr Thoo tinggal kuah saja. Malah kuahpun ada yang nak beli. Kuah kari cecah roti keping kosong memang sedaaaappp!


   

tahun lalu - 2008 pun dia jual kari. Tan Sri pun beli. tahun ini beliau tak sempat beli kari kerana Thoo datang jam 0800. Kari sedap memang lambat sikit siap. err Thoo itu baju rasmi untuk jual kari ke. Sama saja baju itu tahun lalu dan sekarang!

 

Jam 1200 ada cabutan bertuah. Berbanding tahun lalu yang ada hadiah besar seperti basikal, peralatan senaman dan tajaan daripada hotel. Tahun ini hadiah cabutan bertuah kecil dan comel. Selain t-shirt, hadiah utama ialah toaster dan blender. Tapi tak tahulah kalau ada penaja besar yang sudi menaja hadiah besar jika jualan amal ini diadakan mengikut jadual asal. Hanya Thoo yang tahu. Dia memang cekap cari sponsor

 

     

 

Foto lain yang berkaitan dengan personaliti seperti rakan guru,dan pelajar akan saya muatkan dalam album face book saya. Kalau anda my friend, bolehlah lihat. Yang bukan friend boleh juga lihat jika my friend tag foto itu. 

 

kira pendapatan pada hari ini.  banyak ya untung Doris .... peace!!!!

Agen suruhanjaya pemantau blog memang tidak akan jadi friend saya. Kalau mereka request pun, berjanggutlah kau tunggu!!!

HAHAHA.....


Current Location: Malaysia, Miri

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com