Amy (buragas72) wrote,
Amy
buragas72

SENTUHAN SYAWAL


29 September 2009 0900 Selasa

 



sebelum syawal

Kolam mini dah bertukar!! Magic sungguh Syawal ini. Seminggu cuti, kolam mini dah jadi taman mini. Air berganti tanah. Longgakan batu menjadi pokok, pasu lesap entah ke mana. Bagaikan ada tanah runtuh yang menutupi kolam mini. Apa yang berlaku?



selepas syawal

Sumber sulit menyatakan perubahan ini bukannya magic Hari Raya. Tetapi ada unsur-unsur ( lihat jadual unsur) khianat yang engga didedahkan. Oklah. Biarlah rahsia itu kekal rahsia. Saya pun tak mahu korek. Nanti digelar mat kepoh pula.

  http://www.emocutez.com

Kalau sebelum ini saya terbayangkan itik kuning berenang di permukaan kolam mini sambil diberi makan Anna. Kali ini tanaman tak komersil menjadi hiasan permukaan taman. Halia bara, keladi, pokok kecil entah apa namanya ini menjadi pilihan.



Eh... kalau tanam cili lebih menarik haa Raja?. Ada nilai estetika dan komersil. Mana-mana pelajar yang melampau degil dan jahil tu, kita cilikan saja dia!



kraft batu - kalau bevee yang beri sentuhan tentu batu ini nampak lebih 'hidup'

2 Oktober - Khamis.. batu-batu kusam itu diberi sentuhan panca warna. Cantik nampaknya. Macam dalam taman bunian PUteri Gunung Ledang.




mempalitkan kreativiti ke atas batu - batu purple lebih menarik tapi tiada pula.....




cantik, berseri dan hebat. apa pula perubahan selepas ini. sila rujuk majalah Anjung Seri untuk rujukan

Dah siap nampak lebih berseri. Sesuai dijadikan background untuk sesi foto. Dan saya tahu siapa model yang sesuai!!!

Hahaha....


 http://www.emocutez.com                                          http://www.emocutez.com
Tags: sekolah
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    default userpic
    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments