?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 11th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
06:42 am - JAMUAN RAYA
 


9 Oktober 2009  0940 - 1200 Jumaat

 

Jamuan Hari Raya - terhad pada jemputan. 



 

bukan sesuatu yang biasa apabila kasut-kasut ini parking di depan bilik agama

Minggu lalu ada kutipan dana untuk jamuan ini. RM 5. Saya langsung tak perasaan tentang jamuan ini hinggalah nampak ramai yang berekrumun dalam bilik agama. Kasut panca warna ini menyedarkan diri ini bahawa ada sesuatu berlaku di dalam sana.

  

durian daripada kebun di FB


Apatah lagi dengan bau durian dan satay yang menusuk hidung. Mesti ini durian daripada kebun Barn Buddy Suhaimi!

Rupanya ada notis kuning pemberitahuan tentang jamuan terselit didinding yang memang dah penuh dengan pelbagai notis menjelas kedatangan pelawat ( baca: penilai anugerah KOKO). Ha... ingatkan titah watikah daripada aras dua.

  

anna dan rakan sedap makan hingga tak mampu nak angkat muka!


Selain daripada guru dan pelajar muslim, guru lain juga dijemput sama. Makan free siapa yang tak mahu. Termasuklah Anna yang sedang dalam percubaan menambah berat badannya sedaya upaya memenuhkan pinggan kertas nipis itu dengan segala juadah berkolestrol dan berlemak tinggi. Cepat membesar kau nanti Anna!

 

makanan yang cukup untuk satu kompeni

Di koridor, Adeline Chua  dan Belinda Kwan yang terliur lihat satay minta saya ambilkan. Kasihan kau berdua. Nak datang ke rumah saya masa Hari Raya memanglah mustahil. Ada jamuan Raya di sekolah - limited only. Memandangkan saya tak ambil makanan berat dalam waktu begini, saya penuhkan pinggan kertas itu dengan 4 cucuk satay - orang lain nak makan juga - dan kek lapis. Berikan kepada mereka. Makan di kelas. Jeles je member lain lihat mereka makan satay!

  
 


Entah mengapa sejak habis Ramadhan ini selera makan saya tak aktif pula. 


 


Current Location: Malaysia, Kuching
Current Mood: fullfull
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com