?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 12th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
06:41 pm - RIMUP 1 MALAYSIA
 

10 Oktober 2009   0730 - 1100 Sabtu


 

putih kosong tanpa sebarang kata aluan
 

Sehari sebelum itu , saya dihampiri oleh salah seorang agen suruhanjaya pemantau blog. Dia memberitahu saya bahawa esok ada RIMUP. Dan jika saya ada kelapangan dia minta saya datang.

  

pelajar dari st joseph ( betulkan sy kalau silap) dah datang
 

OK! . Tanpa sebarang kata, saya setuju.- saya memang perang dingin dengan anggota suruhanjaya pemantau blog ini. Sampai bila? Sampai bila-bila. Apapun mereka bukannya saudara saya yang akan terputus hubungannya secara automatik jika tak bertegur sapa lebih daripada tiga kali.

  

sila daftar di sini sebelum masuk
 

  
 

RIMUP kali ini disertai oleh dua sekolah jiran. St Joseph dan St. Columba. Tahun lalu ada pembabitan dari Kolej TDHB. Mungkin PMR masih belum tamat, jadi mereka tak sertai kali ini.

   

modul yang menjadi pilihan kali ini 
 

RIMUP kali ini menggunakan modul dalam gambar di atas  . Patutpun tiada permainan moden seperti bola sepak dan bola keranjang seperti tahun lalu. Untunglah mereka dapat main dalam dewan ber aircond dan ber karpet biru. Kalau pergi sekolah lain, mimpilah kau. Hanya Chung Hua yang mampu  menyediakan kemudahan taraf dunia seperti ini kepada pelajarnya.

Ceh! Kalau puji-pujian seperti ini masih nak dihentam oleh agen suruhanjaya pemantau blog yang buta hati.... tak tahulah nak cakap apa. Mungkin mereka lebih cekap mengesan tompok hitam kecil pada selembar kain putih.

     
 

Persembahan pembukaan daripada group gendang tradisional cina. Bergegar dewan dengan paluan gendang yang bergemuruh. Terasa tekanan pada jantung. Jadi, saya keluar. Peh! bagaimana mereka boleh tahan dengan bunyi itu. Kalau di ruang terbuka masih boleh tahan. Dalam ruang tertutup seperti dewan ini, khuatir pula ada lampu siling atau cermin dinding yang retak. Untunglah cermin made in Italy - sama jenis yang digunakan di KLIA - mampu bertahan impak gelombang bunyi yang hebat itu.

    

bukan kerana malu atau silauan flash tapi melihat persembahan tarian dan gendang  di belakang
 

Semua aktiviti di adakan dalam dewan yang nyaman ini. Tak keluar peluh pun. Hanya ketiak saja yang basah! 

Main takraw. Perempuan pun ikut sama.

    

my fav - wajah takraw. tak sangka dapat shoot seperti ini
 

Main teng-teng. Untung kau orang . Zaman saya dulu kami main di halaman rumah pada waktu petang. Kawasan terbuka bukannya selesa macam ini 

    
 

Main galah panjang. Game paling enjoy kerana boleh melibatkan seramai mana pemain. Lebih enjoy daripada PSP yang bersifat individulistik dan pasif dalam aspek sosial.


    

Main congkak. Ada sesiapa yang lihat belakang congkak?

  

satu-satunya yang tak unik tentang congkak ini ialah papannya daripada plastik. saya dulu pakai lubang dalam tanah saja!
 

Main kompang. Pak pum pak pum

    
 

Latihan seni tari - lelaki tarian iban. Next time kita buat zapin, ronggeng dan joget lambak ... ok?

  
 

Latihan seni tari - perempuan .. tarian ... apa tah

    
 

Ceramah. Hmmm ..... rasanya ini yang paling boring. Duduk dan dengar orang bercakap. Tapi nilai maklumat yang mereka dapat mungkin lebih tinggi daripada rakan-rakan di dewan.

    
 

Menghampiri jam 1100, ada pegawai dari Jabatan Pendidikan datang untuk melihat perjalanan aktiviti ini. Ambil foto. Berbual dengan pelajar. Amri ada sebut namanya tapi tak jelas pula. Salah tulis nama dia pula nanti

    
 

Majlis penutupan ringkas saja. Perhatikan hadapan pentas yang kosong tanpa sebarang banner atau pemberitahuan aktiviti. 

   
 

Majlis bersurai dengan acara makan tengah hari. Saya tak ambilpun bungkusan makanan itu. Memang sejak Januari saya tidak ambil sebarang makanan berat pada tengah hari. Sori ye Wong!

  

makanan tengah hari - saya hanya ambil nasi 3 minggu sekali. kau makanlah ya

 



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: listlesslistless
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com