?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 14th, 2009


Previous Entry Share Next Entry
03:49 am - SENTUHAN AKHIR
 

12 Oktober 2009  Isnin

   

board tambahan pada bahagian belakang sedang dipasang - byk informasi mahu diperlihatkan
 

Menjelang kedatangan panel penilai KOKO, guru dan pelajar begitu sibuk menyiapkan beberapa projek untuk ‘menyambut’ kedatangan mereka. Sejak sebelum cuti Raya lagi beberapa ‘persiapan’ telah mula dibuat.

  
    

 
 

Yang paling ketara ialah penambahan papan kenyataan untuk setiap persatuan dan kelab di blog G. Kiri kanan laluan ini penuh dengan notis dan maklumat. Menambah lagi maklumat yang sedia bergantungan di siling loroang ini sejak sekian lama. Kalau anda membaca setiap maklumat yang ditampal di sini. mungkin 30 minit atau lebih baru anda sampai ke penghujung lorong ini. Begitu banyak yang perlu diperlihatkan untuk tatapan umum.

   

Laluan ini diberi nama baru, ‘ KORIDOR INFORMASI’ menggantikan nama lama tak rasmi, ‘LORONG DADAH’.

   

Setiap persatuan dan kelab dapat satu slot . Bergantung pada ‘besar’ atau ‘glamer’ kelab dan persatuan itu. Kelab dan persatuan cap nyamuk dapatlah ruang sekangkang kera.

  

dapatkah anda mengesan kesalahan tatabahasa pada tajuk pemidang itu?


  
 

Memandang elemen teras KOKO di Chung Hua ialah kelab olahraga, merekalah yang mendominasi semua ruang di papan kenyataan baru di blok G. Tapi di sebelah belakang inilah. Berapa kangkang kera besarnya.

  
 

Untuk kelab fotografi ini yang saya pamerkan. Khuatir juga nak display foto yang lebih menarik. Nanti kena curi pula. Foto yang cantik-cantik saya simpan untuk tatapan diri sendiri. Kalau letak foto Griz pasti kena kebas!

    

   

bukan semburan kabut denggi tapi semburan air tekanan tinggi
 

Selain papan kenyataan baru di blok G, dinding blok yang dah kusam juga diberi nafas baru. Cuci bersih. Hilang segala kekotoran yang menghuni dinding itu sejak 2002 lagi. Nampak lebih berseri selepas di mekap.

   

selepas dicuci tapi opss terlepas pandang one spot .....


  

hanya yang sebelah kanan ini yang degil benar kekotorannya. breeze, fab, trojan, daya ... semua tak jalan...
 

Namun kesibukan yang paling nyata tapi tak kelihatan ialah di dalam bilik gerakan. Bilik dokumentasi yang dikendalikan kawan baik saya, Johnatan. Ratusan fail, ribuan kertas, puluhan piala dan ribu raban men hours dihabiskan untuk memastikan semua dokumen lengkap untuk diperiksa panel penilai yang datang.

Guru biasa yang memang dah sedia sibuk dengan tugas harian - tambah tertekan dengan tugasan tambahan ini. Mujurlah ada GSTT. Pada bahu merekalah terpikul amanat yang berat ini. Membantu pihak sekolah menyiapkan segala macam dokumen yang diperlukan. Kalau guru lain cuiti masa Hari Raya, mereka datang ke sekolah. Kalau sekolah ini berjaya memenangi anugerah KOKO Kebangsaan nanti, merekalah yang patut terima pujiaN terlebih dahulu. Terima kasih GSTT. Dan Mr Phang juga. Harap tak nipis rambut dia akibat beban tugas yang beribu kg ini. 

Ambil cuti rehat lepas ini ya Phang!

  
  

  

syarikat pembuat banner untung besar kali ini 
 

Gelanggang bola keranjang Yu Lan juga diberi touch up. Panel papan baru menggantikan yang lama dipasang pada tingkap dan di cat putih.  Kemudian pasang baner besar visi dan misi.

      
 

Beberapa banner tambahan yang memaparkan kegemilangan atlet turut dipasang. Menambahkan koleksi yang sedia ada. Chung Hua memang tidak ketandusan atlet kebangsaan. Kalau nak di bannerkan semuanya, seluruh blok akan bergantungan dengan banner!

      
 

Cogankata keramat Chung Hua yang digunakan selama ini turut diabadikan pada dinding. Ha... kalau ada sekolah lain nak ambil kata keramat itu, bolehlah berbuat demikian - kalau anda beranilah. 

  

oooo, milik persatuan/kelab ini rupanya tapi mengapa selalu orang lain yang tolong kemaskan ...?


  

lembu punya susu sapi yang dapat nama
 

Taman mini yang dianak angkatkan kepada kelab dan persatuan di beri tanda nama. Barulah tahu taman mini atau pokok bunga kelab mana yang hidup segan mati tak mahu. Yang selalu saya lihat menguruskan pokok bunga ini ialah tukang kebun sekolah. Patut diberi satu sudut taman dan letakkan papan tanda ‘ Taman Pekerja Sekolah’

  
 

Mercu tanda Dolphin dan Cup dicuci bersih dan dicat baru. Nampaklah serinya.

  
 

Mari kita lihat di dalam dewan pula. Sabtu lalu rakan baik saya, Nizam dan isterinya, Penny sepanjang hari berada di dewan ini. Ahadpun dia datang. Menyiapkan bulletin board untuk mempamerkan foto sejarah dan kejayaan sekolah. Mereka berdua saja yang menyiapkan kerja ini. Jika anda lihat betapa cantik dan kemasnya hasil akhir board berkenaan , ingatlah nama Ahmad Nizam dan Penny.


 

    

pelajar lain juga tolong tampalkan foto dan artikel
 

Inilah hasil kerja keras mereka. Sedia untuk ditatap pada Selasa nanti.

    

cantikkan hasil akhir meja makan .... untunglah nizam dapat penny.... haha..  
 

Dewan ini juga akan berfungsi sebagai bilik makan. Tiga meja bulat disediakan. Makanan pastinya datang daripada dapur Chef Zakinah. Tak payah catering. Pelajar Chung Hua boleh buat semuanya. 1st class lagi.

Ahh lupa pula. Ada satu jabatan yang kesibukannya dibayangi persediaan kelab dan persatuan lain. Kesibukannya tak kelihatan melalui gantungan banner dan lekatan maklumat. Kesibukan mereka hanya boleh dikesan melalui hidung  - bau. Tanpa penyertaan mereka, panel penilai tiada hati nak beri markah tinggi walaupun mereka ada hati nak buat demikian.

  

juadah lazat dari dapur chef zakinah sedang dihantar ke dewan
 

Tambat hati suami dengan makanan. Tambat hari panel penilai KOKO dengan makanan. Itulah sumbangan terbesar, termahal dan terpenting pasukan masakan yang diketuai Chef Zakinah! Menyediakan juadah tengah hari yang sedap, enak dan lazat kepada 5 tetamu VIP kita. Moga mereka memberikan point paling tinggi yang dibenarkan bagi membolehkan CHUNG HUA mendapat Anugerah Nasional  yang berprestij ini

  

Anugerah tertinggi dalam sektor pendidikan negara yang diterima setakat ini. masih ada banyak ruang pada dinding blok A untuk dilakarkan anugerah lain bagi tempoh 50 tahun akan datang!
 

YEAAHH   CHUNG HUA BOLEH!!



Current Mood: exhaustedexhausted
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com