?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 15th, 2009


Previous Entry Share Flag Next Entry
09:00 pm - 6 JAM YANG GENTING
 

13 Oktober 2009   0800 - 1410 Selasa

  

hanya menanti tetamu datang
 

Hari yang ditunggu dah tiba. Selepas dua tahun membuat perancangan, penyelidikan, penambahbaikan, pelaburan dan entah apa lagi persiapan sulit yang saya tak tahu, maka hari penentuan dah tiba. Hari paling genting dalam sejarah moden dunia - dunia sekolah ini saja.

    

perbarisan hormat siap sedia menanti
 

Siapakah agaknya yang paling berdebar-debar, tidur tak lena,makan tak lalu dan mandi tak basah semenjak dua menjak ini. Anda boleh fikir sendiri. Saya rasa OK je!

 

video man dari tv 10 mengabadikan lawatan ini untuk dokumentasi
 

Sejak awal pagi lagi, persiapan akhir dilakukan sana sini. Macam amoi cantik nak pergi dating. Touch up sana touch up sini pada wajah yang dah memang sedia cantik.

Ada 5 panel penilai daripada beberapa negeri yang akan datang. Kedatangan mereka ini bagai menyambut kedatangan menteri. Hanya yang tiada ialah karpet merah dan bunga manggar ( ops.... dah ditiadakan atas arahan kabinet)

    
 

Tepat jam 0818 mereka datang. Di sambut mesra pihak sekolah dan pengawas. Ketua pelajar dan pengawas memperkenalkan diri dan barisan kaunselor yang lain. 

        

pakaian brassband menarik perhatian mereka kerana tak pasti kelab.persatuan apa. Pn Soh memang pandai memilih  Barisan kaunselor bersalaman dengan panel penilai

Tanpa melengah-lengahkan masa mereka dibawa melawat sekitar sekolah dengan tumpuan pada lokasi aktiviti KOKO. Seperti di padang sekolah, bilik gerakan sukan, pusat latihan gemilang Yu Lan.

  

sambil berjalan, Mr Phang dan Pengetua memberi penerangan tentang aktiviti koko sekolah. Info perlu penuh di dada sebelum mampu memberi penerangan yang meyakinkan. Jawapan juga tak boleh pakai tembak!!


  

malah kaunselor yang jadi pengiring juga telah dibekalkan dengan informasi khusus supaya dapat menjawab soalan cepumas yang ditanya. Memanglah 'saat genting' ketika itu. Suspens  oooo .

Sambil berjalan dan mendengar taklimat secara langsung daripada pihak sekolah, En Jamil    bertanyakan soalan-soalan maut kepada mereka. Kebanyakan soalan bermula dengan kata ‘berapa’. Memandangkan skrip jawapan telah dihafal sejak sekian lama, jawapan tahap A+ mampu diberi kepada panel penilai tersebut. Ini bukan kes soala bocor!

    

memerhatikan latihan atlet dari tepi padang sambil mendengar taklimat yang disampaikan. Lihatlah betapa kagumnya mereka


      

"lepas latihan mereka berehat di sini ya. sambil lihat ikan", tanya salah seorang daripada mereka


     

"adakah atlet ini juga cemerlang dalam akademik?"
"ada", kata Mr Thoo. "Itu, Judy Yong sekarang di UM dalam jurusan jururawat", sambil menunding ke arah banner Judy yang tergantung megah ( foto itu saya yang ambil)


  

diperkenalkan dengan barisan guru penasihat brassband dan kelab tarian/ kebudayaan Cina
 

Di bilik brassband dan kebudayaan mereka nampak begitu kagum dengan koleksi budaya yang ada di sana. Begitu lama mereka di situ hingga boring saya menanti bersama dengan anggota brassband yang bersedia untuk ‘mengejutkan’ tetamu tersebut. FYI - bilik yang saya nyatakan ini terletak di atas bangunan kantin. Mungkin ramai tak tahu kerana tiada papan tanda tentang kewujudan bilik ini diletakkan di luar.

      

tertarik dengan kepelbagaian warna dan costum, mereka mengabadikan kenangan
 

Mereka melihat aset ratusan ribu ringgit yang ada di dalam bilik ini. Sebenarnya saya baru saja melangkah masuk ke sini semalam. Tak tahu pula tentang bilik aircond yang cukup kuat ini. Sejuk lah! Patutlah ada banyak aktiviti angkat rak dan almari di sini beberapa minggu lalu. rupanya ada projek rahsia.

        

kagum dengan kelengkapan muzik yang bernilai ratusan ribu ringgit. juta ringgit kata mereka!
tapi awas , bilik ini dilengkapi dengan pelbagai sensor yang tidak kelihatan ...


  

dua piala kebanggaan brassband daripada penyertaan antarabangsa di Italy dan Spain
 

Pelawat dihiburkan dengan dua lagu. Rancak lagu ini. Hingga ada yang terikut-ikut dengan dentuman dan tiupan alat muzik dimainkan brassband. Nampak mereka kagum dengan pencapaian bertahap dunia  anggota brassband yang masih muda belia ini.

  

Ga Li disangka guru oleh mereka sedang memimpin persembahan muzik ini


      
  

Saya tinggalkan mereka melihat slaid dan ke bilik guru. Kerja dah selesai.

  

beredar untuk bersarapan pagi


  

laksa sarawak dan roti bakar 
 

Selepas satu jam melihat dua kegiatan KOKO barulah mereka keluar untuk bersarapan di bilik tetamu. Hidangannya ialah laksa sarawak Satu kelainan dengan pelbagai jenis laksa di semenanjung seperti laksa p.pinang dan johor.

    

brsarapan dan menandatangani buku pelawat
 

Azmira mempersudikan diri untuk disoal siasat . Soalan tiada kena mengena dengan KOKO. Soalannya - apa perasaan apabila ditempatkan di Miri, berapa lama di sini, dah kahwin ke belum, mana suami, kenapa tak nak balik ...bla ..bla...  . Saya blah ke staff room sebelum mereka tanya saya. Saya lebih lama di sini berbanding Azmira dan orang aras dua kecuali Mr Thoo.

  

'entah mengapa saya macam dah bersedia nak ditempatkan di Miri'
'saya ada dapat tukar ke tempat lain tapi saya tolak' 
jawapan ini saya fikir bernilai 10 % daripada penilaiaan KOKO peringkat kebangsaan!!
 

Lepas makan, mereka ke bilik gerakan. Sempat lagi menjenguk melalui pintu staff room yang sengaja dirapatkan. Takut kalau mereka masuk dan bertanya soalan maut kepada guru. 

    
 

Pejabat pun mereka lawati. Begitu juga dengan koridor ini.

   
 

Bilik tumpuan pastinya bilik gerakan. Tempat penting yang menentukan 80% markah anugerah KOKO nasional. Taklimat dimulakan pengetua , diikuti Mr Phang. Tayangan slaid mengiringi taklimat.

     

serius mendengar taklimat


   

mereka juga serius .... semua serius jugalah. Terasa ketegangan dalam bilik ini.
 

Turut serta dalam sesi taklimat ini ialah guru-guru lain. Terpenting ialah Johnatan yang menguruskan semua fail yang tersusun kemas itu. Berpeluh tak kau John?

 
 

Saya keluar selepas itu. Bukan hal saya untuk dengar semua taklimat dan komen penilai. Tugas saya ialah ambil foto. rasa macam dah lengkap, keluarlah. Jadi, apa-apa hal yang berlaku di dalam sana menjadi rahsia mereka yang ada di dalamnya. Ada juga beberapa guru dipanggil ke sini untuk buat penjelasan tentang fail. Berdebar dan berpeluh dibuatnya. Walaupun panel penilai kata ' jangan takut' tapi debaran tetap ada!!! Faham sajalah..

Tapi ada satu yang membanggakan saya. Semua taklimat 99% disampaikan dalam B, Melayu. Adakah kerana panel penilai berbangsa Melayu, atau ada syarat taklimat mesti dalam B. Melayu.  Kalau mereka datang ke sini pada tahun lalu, mungkin suasana sedikit berbeza.

Dari 0940 hingga hampir jam 1300 mereka di dalam. Siap minta masa tambahan. Pengawas , dan pelajar yang menanti di dewan sampai mengantuk, mereka belum juga keluar. Apa boleh buat. Mereka datang bukan buat lawatan biasa.

Untuk menghilangkan rasa boring saya ambil foto air ini. Cool kan?

    

hmmm ... ada idea besar terlintas dalam kepala apabila lihat pancuran air ini
 

Akhirnya isyarat daripada walkie talkie diterima daripada Yong di bilik gerakan mengatakan ‘ mereka dah habis”. Puh leganya. Berjanggut menanti mereka.

  

  

melihat bilik agama Islam. mereka tak tanya soalan pada Stephanie?
 

Dalam perjalanan ke dewan, rombongan penilai melalui koridor informasi. Sempat juga mereka menjenguk ke bilik agama Islam dan kaunseling.

    

 tiada siapa yang tak menoleh melihat taman kecil yang warna -warni itu 
 

Perasan tak mereka kesilapan ejaan pada pemidang besar kelab olahraga ini? Rasanya tidak.

  

'tandas ini dicuci berapa kali sehari' tanya mereka kepada pekerja sekolah yang ada di dalam tandas. saya fikirkan tiada sesiapa. jawapan kakak pencuci memuaskan hati mereka. baguslah kau kak...


    
 

Menjenguk sebentar di tandas lima bintang, gym dan bilik tarian sebelum ke dewan.  Seperti kata salah seorang panel pemilih sekolah ini ada banyak bilik untuk tiap kelab/aktiviti. Ya.... ada lagi di tingkat atas blok D. Juga dia belum lihat lagi studio saya yang tak wujud itu.

    

Sambutan diteruskan lagi di dalam dewan. Sambutan ala masyarakat Iban. nah.... kena bomohkau orang. Pasti lepas ini mereka asyik ingatkan 100% markah untuk Chung Hua!

      

menerima cenderahati daripada kelab tarian singa - patut beri angpau baru dapat cenderahati itu


  
 

Beramah mesra dengan team tarian singa. Patutlah mereka mengemas bilik ini macam nak mati..... terlalu kemas berbanding sebelumnya. Ada pelawat yang cuba pakai topeng pelawak. Ha... mimpi jumpa hantu malam nanti. Hahaha....

    

menjamu selera - jonathan bertambah pinggan !!!
 

Selepas berjam-jam berada di sini, tentu dah lapar. Hidangan istimewa daripada dapur Chef Zakinah. Macam-macam juadah. Tiga meja. Guru yang ada di situ turut menjamu selera. Tentu Zakinah hairan mengapa saya tidak mejamah hidangan itu walaupun dipelawa. 

  

hidangan buah tempatan seperti tarap - semenanjung mana ada buah itu ... err ada ke tak?
 

“Janganlah merajuk”, katanya. 

Bukan merajuk tapi saya memang tidak ambil makanan berat pada tengah hari. Hingga hari ini, saya belum ambil nasi sejak kembali cuti Raya. Beraspun dah lama tak beli! Hahaha!

  

shoot yang saya nantikan sejak lama ialah kepala bawah kaki atas. dapat juga akhirnya


      
 

Sambil makan, mereka dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti  nyanyian, wushu, koir diiringi orkestra Cina, sajak, tarian India dan Cina. 

  

shi ming mirip doll
 

Entah mengapa Winnie dan Shi Ming nampak lebih cantik pula hari ini.

Makan sudah, tugaspun sudah. Apa pula? Pertunjukkan terbuka brassband , tarian singa dan gendang di gelanggang bola keranjang. Nah! hebat tak Chung Hua? Tambah lagi point ya En Jamil!!


        

Sori ye singa, mereka tak dapat beri angpau. Mereka datang nak beri point yang amat berharga. Dengan point dan pengiktirafan bertahap nasional, lebih banyak angpau kita akan dapat.
 

Selepas persembahan tarian singa, En Meor mengambil kesempatan memalu gendang. Saya fikir dia saja suka-suka. Tapi bunyi tingkah paluannya memang ada persamaan dengan rentak dan irama yang dimainkan pelajar sebentar tadi. Walaupun paluannya hanya sebentar tapi cukup untuk mengagumkan mereka yang ada. Hebat juga dia ni. Naik lagi point kita ...

  

bakat en Meor memalu gendang mendapat pujian ..


  
 

Sewaktu melangkah masuk ke bilik tetamu VIP, saya dapat mendengar luahan rasa kagum mereka dengan susunan ratusan piala kecil besar di dalamnya. Berkilat-kilat dan memancar-mancar walaupun lampu tak terang! Terutama piala MSSM Miri yang besar itu. Mereka baca MSSM sebagai MISS. Tak hairanlah soalan mereka -”Ada menang miss Miri ke? Kelam di di situ.

 
 

Banyak gambar yang diambil di sini. baguslah. Tambah lagi point kami nanti apabila laporan di bawa ke kementerian untuk keputusan akhir. Potret besar mendiang Dato’ Lee Teck Fook juga menarik perhatian. Saya dapat rasakan aura ratusan piala di dalam bilik ini telah menimbulkan kekaguman dalam hati  mereka tentang betapa cemerlang dan hebatnya sekolah ini sejak sekian lama. Sebelum ini mereka hanya membaca fail untuk membuat peinilaian. Sekarang mereka sedang menatap hasilnya.

    

calon PMR mengambil kesempatan menyaksikan persembahan yang berakhir tepat jam 1400. mereka ada paper akhir pada petang itu
 

Persembahan terakhir sebelum mereka beredar ialah season drum. 

    

perhatikan isyarat ibu jari en Jamil....ada harapan nampaknya... tapi kenalah tunggu hitam dan putih dulu.
 

Akhirnya mereka pergi juga. Sempat lagi bersalaman dan memberi ucapan selamat. Ucapan akhir yang jelas kedengaran kepada kami dan barisan kaunselor daripada ketua penilai KOKO iaitu En Jamil ialah ..

“AWAK PUNYA POINT SUDAH NAIK”

  

barulah boleh bernafas lega dan buka blazer!!
 

Dapatkah anda meneka maksud tersirat?

FYI - kepada pelajar chung hua yang membaca post ini perlu diketahui bahawa anugerah yang ingin kita menangi ini mempunyai prestij yang cukup tinggi pada peringkat nasional. Bukan calang-calang sekolah yang mendapat pencalonan untuk kategori ini. Sekolah MRSM, Sekolah Sains dan berasrama penuh sekalipun belum tentu menang mahupun dicalonkan. Bagi sebuah sekolah harian biasa seperti kita, pencalonan saja sudah cukup membanggakan kita. Kalau menang , itu satu bonus yang amat besar. Kemenangan ( insyaAllah) ini adalah untuk kita juga. Tentu anda ada saham dalam penganugerahan ini nanti - walaupun sekadar 'melukut di tepi gantang atau atas pagar'


UP! UP! CHUNG HUA!!
WAT NEXT DUD!!



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: satisfiedsatisfied
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com