?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 23rd, 2009


Previous Entry Share Flag Next Entry
06:38 pm - HAPPY CHUNG HUA FAMILY
 

17 Oktober 2009  1630 - maghrib  Sabtu

- yaya.... saya tahu, ramai yang tertanya-tanya mana post tentang Hari Keluarga sabtu lalu. Diprivatekan atau dipasswordkan.  foto banyak sangat, jadi tunggu cuti panjang untuk upload. Nah lihatlah keceriaan warga chung hua meraikan Hari Keluarga mereka yang pertama. 

  

lokasi jamuan Hari Keluarga Pertama

Otak kreatif saya cuba berundur ke belakang sejauh mungkin untuk mengingatkan bilakah kali terakhir warga guru chung hua mengadakan hari keluarga. Hmmmm ....... tik ... tik ... tik ... ( data not found)

    

cuba teka ramuan ini untuk masak apa? 

Ada sesiapa yang ingat? Ah tak apalah. Kitakan bagai keluarga walaupun tiada satu hari untuk meraikannya. Hari Guru boleh juga dianggap Hari Keluarga ( secara rasmi). Sabtu ini juga Hari Depavali.

  

nasi dah tanak, ya kacau Nizam... kacau dan Wong jangan kacau orang sedang kacau kuah. KACAU JE! 

Dikhabarkan Hari Keluarga akan bermula jam 1700. Lah! tentu tamat masa maghrib. Jam 1814 dah maghrib. 

  

penggerak utama Chef Zakinah tersalai kepenatan tapi mulutnya tak penat beri arahan kepada para pembantu. siang, cincang, hiris, potong, kerat bla bla...

Apalah ertinya Hari Keluarga kalau tiada bab makan dan minum. Pagi lagi dapur chef Zakinah dah berasap. Dan terus berasap hingga jam 1600. Semua yang ada disitu berbau asap!

 

kuah laksa yang harum...


    

bahan utama kuah laksa ialah ikan - ini ikan jaket, yang best ialah ikan termenung ( kembung)
 

Antara menu yang disiapkan pagi ini ialah kuah laksa ... Yummy. Lihat kuah saja dah terliur. Buat sambal, siang ikan untuk dipanggang, siang ayam, potong bawang, sayur dan entah apa lagi.

   

tap! tup! tak sampai seminit tak nampak macam rupa ayam lagi

Guru lelaki juga ringan tangan untuk membantu. Masak nasi, siang ikan, cincang ayam. Rajin oooo guru lelaki di Chung Hua ni.

 

sesi food tester - cukup garam? pedas ok? , menangkap ke tidak?
 
Sebab mereka ini pemalu, saya ambil gambar tangan saja. Tangan halus mulus yang rajin. Dapatkah anda teka milik siapakah tangan ini?

   

lihatlah betapa ligatnya tangan mereka bekerja. zup! zap! zass! SIAP!!

    

daripada air tangan merekalah terhasilnya pelbagai juadah enak hari itu. bertuahlah siapa yang berlaki dan berbinikan kau  

Majlis jamuan diadakan di tengah padang. Ada game nanti. Harap tidak hujan. Kalau hujan , susah banyak nanti.

  

  
 

Klik sana klik sini, saya beredar. Nak tengok movie ‘Surrogate. Lama tak lihat movie.

  

sekali hayun kipas, hilang kepala Bob dalam asap! Pemandangan yang dahsyat 

  

hmmm ..... bau ayam panggang ini memang buat kecur air liur 

Petang selepas asar saya datang lagi. Dari jauh dah nampak asap tanpa api. Bob sedang memanggang daging dan bakat satay. Selalunya yang buat kerja ini ialah Fairuz. Sedap bau asap tu Bob?

   

selain ayam, dagingpun ada.... juga ikan tongkol 

Di belakang blok F, Andrew dan Edwin membakar sesuatu. Dari jauh nampak macam ‘bakar hangus tapi tak rentung’ -lemang. Tapi ini bukannya lemang. Ayam dalam buluh - ayam pansuh. Begini rupanya masakan tradisi masyarakat iban yang terkenal itu. Baunya saja dah cukup untuk menaikkan selera.

    

  

dah masak itu Edwin ..
 
   

sedap juga bau ayam ini - bau buluh!
 

Edwin terus menghirup sup/pati ayam selepas dikeluarkan dari buluh. Terangkat keningnya tanda kesedapan yang ........ sedap!

   

Anna sekadar susun makanan yang orang lain masak - dia memang cekap urusan susun menyusun ...
hahaha .... 

Dan ..... Anna.... subjek kegemaran lens kamera saya! Kau masak apa Anna? Semua itu kau masak ke?

   
 

Bersusun makanan di meja. Cukupkah ruangan dalam perut ini untuk sumbat kesemuanya. 

    

bukan bawa dulang hantaran tapi dulang berisi makanan

   

ringan sama dijinjing , berat sama di Myvikan 

Makanan mula dibawa dulang demi dulang ke tengah padang. Turut membantu, beberapa pelajar. Anda patut lihat mereka buat air. Entah berapa banyak cawan yang habis hanya untuk rasa test air itu manis atau tidak. Ah! Kalau diberi air sejukpun saya minum.

  

sekali kacau gula, sekali test. tak siapa komen , so ... oklah tu. Rambut panjang hitam dengan pakaian serba hitam menjadikan suasana petang itu bertambah misteri. Jimry buat punch. BEST AAA!!!

‘Ahli keluarga’ mula tiba beramai-ramai. Ohh ini rupanya keluarga Chung Hua. Mari mari jemput makan. Siapa malu dia lapar. Semua ada. Ayam ada, daging ada, sayur ada.Saya ambil laksa saja. Itupun dah memadai. Laksa ikan cencaru kurang kick berbanding ikan kembung.

  

    

makanan sedap, kawasan lapang, mentari mengintai lalu di celah mendung berarak, bayu pantai menyapa mesra..... ahhh .... nikmatnya menambah lemak dan kolestrol dalam badan... .2 foto pertama memaparkan keadaan 'cahaya' sebenar  petang itu - tiada touch up.


    

lelaki baju belang merah hitam ( last photo ialah suami Lai Jai Ling) - malulah tu tak mahu lihat lens

Jamuan makan diadakan secara terbuka. Padang ini luas. Redup pula. Lepaklah di mana saja. Anak-anak nampak padang yang luas ini, mula rasa seronok. Panjang langkah kaki mereka untuk ukur padang ini. Selama ini ruang bergerak mereka terhad sekadar 20’ x 70’. Yang ini beratus meter persegi.

  

sayang ibu dan bapa kepada anaknya - makan bersuap

    

empari hong ( x-student paling glamour semasa bersekolah di chung hua, sekarang dia di koleh TDHB), nizam dan family, muslimat kecil itu berkonfratasi dengan ibunya ( anak Raja Anwar ) dan akhir sekali si kecil Qistina Damia, anak Fairuz


 

uncle ini tiada hubungan saudara dengan Faiz. gaya Bob makan seperti mahu suapkan makanan kepada uncle ini ... dan post istimewa daripada Haniken


  

makan sambil bergosip untuk mengeratkan hubungan silaturahim pada petang dewali 

Ada pula acara sukan. Siapalah punya idea suruh makan dulu sebelum aktiviti fizikal. Makanan belum lagi mendap di perut. Pengacara terkenal , Maulana masih lagi bertenaga untuk mengarahkan rakan-rakannya yang kekenyangan untuk ambil bahagian. Kau dera kami ya Maulana ...

  

test - sebelum orang lain naik, mereka test dulu
 

Terompah gergasi. Tiga pasukan mengambil bahagian. Laju aaa mereka menterompahkan diri. Saya tunggu kalau ada antara team ini tergolek. Cepatlah kau jatuh!

 

jejaka litar - G 'Queen' memulakan perlumbaan
 

    

walaupun berusaha bersungguh-sungguh namun team guru lelaki bujang berjaya sampai dulu ke garisan penamat untuk 1st round
 

Dan impian ini jadi kenyataan. Tumbang macam pokok pisang dihempap batang kelapa. Dan antara yang tertonggeng ialah Anna!! Hahaha!!

    

team 3 yang tergolek sebelum sampai garisan penamat. kaki tak sama panjang ..

    

'penumpang' belakang terlalu berat hingga tak terangkat terompah itu ..... hasilnya gedebab!!
 

Tak cukup dengan terompah gergasi , ada acara tarik pasangan di atas guni. Ada beberapa kategori ( Maulana memang bijak koordinasi benda-benda fantastik seperti ini)

    

jika orang lain hanya ditarik seorang rakan, Anna memerlukan dua orang! itulah .... makan banyak sangat tadi. kalau naik motor tentu bengkok rim! hahaha .....

Guru bujang tarik guru bujang. Disebabkan pertambahan berat akibat makanan sedap, maka kadar pecutan/km/j sama seperti kancil 660cc. Yang semput pun ada!

    

boleh bayangkan kalau Haniken tarik Ernani? putus tangan Haniken ! yeh yeh!
 

Suami tarik isteri. Untunglah kalau isteri itu slim dan  seringan bulu ayam. Zooommm perginya. Macam F1.

  
  

vroommm!!! berdesup Fairuz tarik anaknya hingga melebihi had laju yang dibenarkan
 

Bapa dengan anak. Untuk lebih adil, hanya anak yang dah besar ambil bahagian. Anak Fairuz menunjukkan keberaniaan dengan mengambil bahagian dalam acara ini. Berdesup Fairuz tarik anak kecilnya ini. Sampai tak sentuh rumput.

    
 

Dek terlalu laju, ada yang keciciran anak. Cc kereta terlalu power hingga anak tak sempat nak pasang tali pinggang kaledar, guni dah pergi dulu!!!

  

alooo ... aku tahulah kau masih bujang tapi muscle kau tak cukuplah!
 

Acara akhir ialah tarik tali antara guru bujang / rasa macam bujang dengan guru belum kahwin. memang riuh acara ini. Mula-mula seperti nampak seri saja. 

    

bagai nak tercabut urat kentut tarik tali kapal ini. tukang sorak punyalah ramai. meriah ooo maghrib itu
 

Dua pasak utama edwin untuk guru dah kahwin beradu tenaga dengan Bob the destroyer, tunjang utama guru bujang. Hasilnya seperti anda lihat ini. Semput kau !

  

bob kekurangan oksigen - kalaulah dia pengsan .... masalah besar ni.
 

Menjelang muazim sedang berdiri di depan mic di masjid, penyampaian hadiah diadakan. Hadiah keropok saja.

  
 

Lepas itu saya balik. Anda perasan tak Chef hebat Zakinah tak kelihatan ssemasa acara makan-makan dan sukaneka. Dia datang semasa saya nak pulang.  

  

pelangi maghrib mengajak manusia beriman pulang ke rumah / masjid untuk solat...
 

Terima kasih Zakinah kerana menu makanan enak dan penganjuran acara Hari Keluarga buat kali pertama ( dan akhir bagi saya) dalam sejarah Chung Hua!



Current Location: Malaysia, Miri
Tags:

(psssstttt!! | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com