?

Log in

No account? Create an account
DI MANA KASUT ANDA? - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 31st, 2009


Previous Entry Share Next Entry
10:52 pm - DI MANA KASUT ANDA?
 

30 Oktober 2009  1315 Jumaat

http://www.emocutez.com

Ingat lagi kisah anjing hitam yang hobinya curi kasut itu. Nah inilah anjingnya. Tengok matanya. Memang jelas nakal.

Kalau kau masuk rumah aku siap kau.

   

si hitam ini sedang memantau rumah mana yang ada kasut ...
 

Pagi khamis lalu sebelah kasut ( kasut mahal ke murah?) staff mate - Falina turut jadi mangsa si hitam ini. Dilarikan hingga hujung jalan. Nasib dapat jumpa. Kau dah samak kasut itu Falina?

    

inilah kerja dia tiap hari... meronda cari kasut busuk
 

Dan ketika balik solat Jumaat, saya ternampak si hitam ini sedap mengunyah kasut milik entah siapa. Macam bagus je rasa kasut itu. Sedap agaknya baunya!


 

mangsa terkini minggu ini - siapalah yang punya
 

Saya ambil dan letakkan atas  tembok ini. Saja nak lihat apa berlaku. Si hitam ini sekadar berlegar-legar tepi jalan. Pura-pura terberak dan kencing. Tapi matanya tetap pada kasut itu.

  
 

Menjelang petang kasut itu dah hilang... Bertuah kau hitam!

http://www.emocutez.com mengapalah saya tak berjiran dengan pongee

 



Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com