?

Log in

No account? Create an account
SEDINGIN HUJAN MEMBASAHI HATI - RIWAYAT AMYIR — LiveJournal

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile

My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

November 1st, 2009


Previous Entry Share Next Entry
08:00 am - SEDINGIN HUJAN MEMBASAHI HATI
 

31 Oktober 2009  0600 - 1200 Sabtu

  

baju tak sempat angkat , basah lagi .....
 

Hujan lebat gila sejak awal subuh. Kalau tak kerana meeting, tentu saya bungkus lagi dalam selimut. Sejukkkkkk!!! 

Menjelang jam 0700 hujan tambah lebat. Jalan depan rumah jadi sungai. Longkang sebak dengan air. Pakai motor ada alasan nak lewat datang. Sorilah kalau nak suruh harung hujan lebat macam ini .Pasti basah walaupun saya pakai baju all weather jacket - seluar hujan nipis menyerap air - pasti basah.

    

kalau kawasan ini tanah paya, boleh saya memancing depan rumah. kirim salamlah nak naik motor dalam keadaan
cuaca macam ini.
 

Dan khabarnya jalan di luak - kawasan terlembab Miri air di jalan raya naik hingga mencecah enjin motosikal kecil. Ada yang enjinnya mati tengah jalan. Nasib tak keluar . Meeting .. meeting juga, kesihatan dan keselamatan nak jaga.

  

sukar nak ambil foto hujan kerana lens fokus pada objek besar  ( bangunan sekolah) bukannya titisan hujan

Dan saya sampai ketika Mr Phang sedang 'memperkenalkan diri' kepada guru baru. Cerita lanjut ... dalam post lain.
 

  

walaupun dibasahi hujan jalur gemilang tetap berkibar megah menghadapi dugaan cuaca akibat global warming. begitu juga bendera sarawak. Hanya bendera hijau yang satu itu tewas kelemasan di mercu jaya. kena tukar kain jenis waterproof

Entah mengapa hujan macam ini mengimbau kenangan saya. Terasa satu kesayuan dan keheningan dalam hati. Susah nak diucapkan dalam kata-kata. Ada kasih tak terucap, ada cinta tak tersingkap, ada kata tak terungkap. Terpendam dalam lubuk hati yang dalam. 

  

curahilah bumi ini... bersihkannya daripada segala titik noda ... hanyutkannya ke laut, tinggalkan kenyamanan kekalkan kesegaran untuk mereka yang bersyukur ( dan tahu)
 

Ya.. RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU...

- agen suruhanjaya pemantau blog lagilah tak tau apa-apa! MUHAHA!!

 



Current Location: Malaysia, Miri
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)


> Go to Top
LiveJournal.com