?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile
> previous 10 entries
> next 10 entries
My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

October 31st, 2009


06:46 pm - I'M FREEEEEEEE !!!!
 

29 Oktober 2009   1100 Khamis

Lama tak menulis, rasa gatal pula tangan ini...

Yeaahhhhh!!!!! SIAP AKHIRNYA!!         http://www.emocutez.com

  

hampir semua meja di staff room jadi medan perang - perang skrip jawapan
 

Marking semua dah beres. Selepas seminggu berperang dengan skrip jawapan akhirnya pen purple saya berjaya menewaskan semua skrip itu . Lewat sehari saja daripada jadual. Kepala yang berat pun jadi ringan . Alhamdulillah saya berjaya mengharungi saat genting  marking dengan jayanya. Teknik marking yang saya cipta sendiri berjaya...

  

perbezaan antara mereka yang datang sekolah untuk belajar dan sedia diajar  dengan mereka yang datang sekolah tidak mahu diajar dan kurang ajar!! . Yang kurang ajar itu 'salah guru' yang mahu diajar ' inisiatif diri'
 

Saya nak raikan dengan menonton movie sabtu ini. Malangnya .... orang aras dua nak buat meeting pula. Gosh.. sori ye adeline chua, tangguh lagi. Adeline menang contest : movie with me dalam facebook. Haha.... Sorry Robin, air ticket not included .... di kuching ada cineplexkan.. pergilah lihat sendiri.

 

ngeri lihat begitu banyak skrip jawapan masih tak semak... kalau pakai toyol , cepat habisnya ni
 

Namun masih ada rakan lain yang baru saja nak mula marking ( last paper byk objektif). Yang masih menggunung atas mejapun ada. Timbang kilo sajalah ....

 

bandingkan ketinggian antara dua timbunan skrip jawapan ini... berat mata memandang berat lagi bahu memikul
errr ... kepala berfikir

Rumusan daripada marking skrip jawapan ialah - seperti diduga itulah markah yang layak buat mereka. Namun ada beberapa jawapan calon buat mulut saya ... wow!!!

Dan untuk itu, saya ada hadiah khas . Sekolah tidak akan beri hadiah khas untuk pencapaian terpencil seperti ini. Sekadar memotivasi dan memeriahkan keadaan, saya buat sendiri sama seperti tahun-tahun lalu. Apa hadiahnya? 

TUNGGUUUU !!!

Err... boring lah tak ada apa nak buat ...haha. Hmm.. rasanya saya nak tolong Lu habiskan markingnya... Kesian lihatnya dia tersadai di meja dengan exam paper jadi bantal apabila tengah hari. Student dia pandai sangat..!!!


                              http://www.emocutez.com

Current Mood: accomplishedaccomplished
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 27th, 2009


06:41 pm - PERANG SKRIP
 
Sepanjang minggu ini.


Tukang catat terpaksa stop blogging kerana sedang berperang dengan skrip jawapan.
Makin disemak makin banyak. Makin dibaca makin pening dan sakit hati.
Nantilah ... habis saya hapuskan semua skrip ini, saya kembali semula.

Hmmm... patutlah ada orang lebih suka ajar subjek yang examnya hanya objektif. Tak sampai
setengah jam dah habis semak 38 calon..!!!


Subjektif ..... FORM SIX MAKE ME SICK!!


 
!!  

tiada kaitan dengan post ..... tak ada foto berkaitan, sy letaklah yang ini.

Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: restlessrestless
Tags:

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

October 23rd, 2009


06:38 pm - HAPPY CHUNG HUA FAMILY
 

17 Oktober 2009  1630 - maghrib  Sabtu

- yaya.... saya tahu, ramai yang tertanya-tanya mana post tentang Hari Keluarga sabtu lalu. Diprivatekan atau dipasswordkan.  foto banyak sangat, jadi tunggu cuti panjang untuk upload. Nah lihatlah keceriaan warga chung hua meraikan Hari Keluarga mereka yang pertama. 

  

lokasi jamuan Hari Keluarga Pertama

Otak kreatif saya cuba berundur ke belakang sejauh mungkin untuk mengingatkan bilakah kali terakhir warga guru chung hua mengadakan hari keluarga. Hmmmm ....... tik ... tik ... tik ... ( data not found)

    

cuba teka ramuan ini untuk masak apa? 

Ada sesiapa yang ingat? Ah tak apalah. Kitakan bagai keluarga walaupun tiada satu hari untuk meraikannya. Hari Guru boleh juga dianggap Hari Keluarga ( secara rasmi). Sabtu ini juga Hari Depavali.

  

nasi dah tanak, ya kacau Nizam... kacau dan Wong jangan kacau orang sedang kacau kuah. KACAU JE! 

Dikhabarkan Hari Keluarga akan bermula jam 1700. Lah! tentu tamat masa maghrib. Jam 1814 dah maghrib. 

  

penggerak utama Chef Zakinah tersalai kepenatan tapi mulutnya tak penat beri arahan kepada para pembantu. siang, cincang, hiris, potong, kerat bla bla...

Apalah ertinya Hari Keluarga kalau tiada bab makan dan minum. Pagi lagi dapur chef Zakinah dah berasap. Dan terus berasap hingga jam 1600. Semua yang ada disitu berbau asap!

 

kuah laksa yang harum...


    

bahan utama kuah laksa ialah ikan - ini ikan jaket, yang best ialah ikan termenung ( kembung)
 

Antara menu yang disiapkan pagi ini ialah kuah laksa ... Yummy. Lihat kuah saja dah terliur. Buat sambal, siang ikan untuk dipanggang, siang ayam, potong bawang, sayur dan entah apa lagi.

   

tap! tup! tak sampai seminit tak nampak macam rupa ayam lagi

Guru lelaki juga ringan tangan untuk membantu. Masak nasi, siang ikan, cincang ayam. Rajin oooo guru lelaki di Chung Hua ni.

 

sesi food tester - cukup garam? pedas ok? , menangkap ke tidak?
 
Sebab mereka ini pemalu, saya ambil gambar tangan saja. Tangan halus mulus yang rajin. Dapatkah anda teka milik siapakah tangan ini?

   

lihatlah betapa ligatnya tangan mereka bekerja. zup! zap! zass! SIAP!!

    

daripada air tangan merekalah terhasilnya pelbagai juadah enak hari itu. bertuahlah siapa yang berlaki dan berbinikan kau  

Majlis jamuan diadakan di tengah padang. Ada game nanti. Harap tidak hujan. Kalau hujan , susah banyak nanti.

  

  
 

Klik sana klik sini, saya beredar. Nak tengok movie ‘Surrogate. Lama tak lihat movie.

  

sekali hayun kipas, hilang kepala Bob dalam asap! Pemandangan yang dahsyat 

  

hmmm ..... bau ayam panggang ini memang buat kecur air liur 

Petang selepas asar saya datang lagi. Dari jauh dah nampak asap tanpa api. Bob sedang memanggang daging dan bakat satay. Selalunya yang buat kerja ini ialah Fairuz. Sedap bau asap tu Bob?

   

selain ayam, dagingpun ada.... juga ikan tongkol 

Di belakang blok F, Andrew dan Edwin membakar sesuatu. Dari jauh nampak macam ‘bakar hangus tapi tak rentung’ -lemang. Tapi ini bukannya lemang. Ayam dalam buluh - ayam pansuh. Begini rupanya masakan tradisi masyarakat iban yang terkenal itu. Baunya saja dah cukup untuk menaikkan selera.

    

  

dah masak itu Edwin ..
 
   

sedap juga bau ayam ini - bau buluh!
 

Edwin terus menghirup sup/pati ayam selepas dikeluarkan dari buluh. Terangkat keningnya tanda kesedapan yang ........ sedap!

   

Anna sekadar susun makanan yang orang lain masak - dia memang cekap urusan susun menyusun ...
hahaha .... 

Dan ..... Anna.... subjek kegemaran lens kamera saya! Kau masak apa Anna? Semua itu kau masak ke?

   
 

Bersusun makanan di meja. Cukupkah ruangan dalam perut ini untuk sumbat kesemuanya. 

    

bukan bawa dulang hantaran tapi dulang berisi makanan

   

ringan sama dijinjing , berat sama di Myvikan 

Makanan mula dibawa dulang demi dulang ke tengah padang. Turut membantu, beberapa pelajar. Anda patut lihat mereka buat air. Entah berapa banyak cawan yang habis hanya untuk rasa test air itu manis atau tidak. Ah! Kalau diberi air sejukpun saya minum.

  

sekali kacau gula, sekali test. tak siapa komen , so ... oklah tu. Rambut panjang hitam dengan pakaian serba hitam menjadikan suasana petang itu bertambah misteri. Jimry buat punch. BEST AAA!!!

‘Ahli keluarga’ mula tiba beramai-ramai. Ohh ini rupanya keluarga Chung Hua. Mari mari jemput makan. Siapa malu dia lapar. Semua ada. Ayam ada, daging ada, sayur ada.Saya ambil laksa saja. Itupun dah memadai. Laksa ikan cencaru kurang kick berbanding ikan kembung.

  

    

makanan sedap, kawasan lapang, mentari mengintai lalu di celah mendung berarak, bayu pantai menyapa mesra..... ahhh .... nikmatnya menambah lemak dan kolestrol dalam badan... .2 foto pertama memaparkan keadaan 'cahaya' sebenar  petang itu - tiada touch up.


    

lelaki baju belang merah hitam ( last photo ialah suami Lai Jai Ling) - malulah tu tak mahu lihat lens

Jamuan makan diadakan secara terbuka. Padang ini luas. Redup pula. Lepaklah di mana saja. Anak-anak nampak padang yang luas ini, mula rasa seronok. Panjang langkah kaki mereka untuk ukur padang ini. Selama ini ruang bergerak mereka terhad sekadar 20’ x 70’. Yang ini beratus meter persegi.

  

sayang ibu dan bapa kepada anaknya - makan bersuap

    

empari hong ( x-student paling glamour semasa bersekolah di chung hua, sekarang dia di koleh TDHB), nizam dan family, muslimat kecil itu berkonfratasi dengan ibunya ( anak Raja Anwar ) dan akhir sekali si kecil Qistina Damia, anak Fairuz


 

uncle ini tiada hubungan saudara dengan Faiz. gaya Bob makan seperti mahu suapkan makanan kepada uncle ini ... dan post istimewa daripada Haniken


  

makan sambil bergosip untuk mengeratkan hubungan silaturahim pada petang dewali 

Ada pula acara sukan. Siapalah punya idea suruh makan dulu sebelum aktiviti fizikal. Makanan belum lagi mendap di perut. Pengacara terkenal , Maulana masih lagi bertenaga untuk mengarahkan rakan-rakannya yang kekenyangan untuk ambil bahagian. Kau dera kami ya Maulana ...

  

test - sebelum orang lain naik, mereka test dulu
 

Terompah gergasi. Tiga pasukan mengambil bahagian. Laju aaa mereka menterompahkan diri. Saya tunggu kalau ada antara team ini tergolek. Cepatlah kau jatuh!

 

jejaka litar - G 'Queen' memulakan perlumbaan
 

    

walaupun berusaha bersungguh-sungguh namun team guru lelaki bujang berjaya sampai dulu ke garisan penamat untuk 1st round
 

Dan impian ini jadi kenyataan. Tumbang macam pokok pisang dihempap batang kelapa. Dan antara yang tertonggeng ialah Anna!! Hahaha!!

    

team 3 yang tergolek sebelum sampai garisan penamat. kaki tak sama panjang ..

    

'penumpang' belakang terlalu berat hingga tak terangkat terompah itu ..... hasilnya gedebab!!
 

Tak cukup dengan terompah gergasi , ada acara tarik pasangan di atas guni. Ada beberapa kategori ( Maulana memang bijak koordinasi benda-benda fantastik seperti ini)

    

jika orang lain hanya ditarik seorang rakan, Anna memerlukan dua orang! itulah .... makan banyak sangat tadi. kalau naik motor tentu bengkok rim! hahaha .....

Guru bujang tarik guru bujang. Disebabkan pertambahan berat akibat makanan sedap, maka kadar pecutan/km/j sama seperti kancil 660cc. Yang semput pun ada!

    

boleh bayangkan kalau Haniken tarik Ernani? putus tangan Haniken ! yeh yeh!
 

Suami tarik isteri. Untunglah kalau isteri itu slim dan  seringan bulu ayam. Zooommm perginya. Macam F1.

  
  

vroommm!!! berdesup Fairuz tarik anaknya hingga melebihi had laju yang dibenarkan
 

Bapa dengan anak. Untuk lebih adil, hanya anak yang dah besar ambil bahagian. Anak Fairuz menunjukkan keberaniaan dengan mengambil bahagian dalam acara ini. Berdesup Fairuz tarik anak kecilnya ini. Sampai tak sentuh rumput.

    
 

Dek terlalu laju, ada yang keciciran anak. Cc kereta terlalu power hingga anak tak sempat nak pasang tali pinggang kaledar, guni dah pergi dulu!!!

  

alooo ... aku tahulah kau masih bujang tapi muscle kau tak cukuplah!
 

Acara akhir ialah tarik tali antara guru bujang / rasa macam bujang dengan guru belum kahwin. memang riuh acara ini. Mula-mula seperti nampak seri saja. 

    

bagai nak tercabut urat kentut tarik tali kapal ini. tukang sorak punyalah ramai. meriah ooo maghrib itu
 

Dua pasak utama edwin untuk guru dah kahwin beradu tenaga dengan Bob the destroyer, tunjang utama guru bujang. Hasilnya seperti anda lihat ini. Semput kau !

  

bob kekurangan oksigen - kalaulah dia pengsan .... masalah besar ni.
 

Menjelang muazim sedang berdiri di depan mic di masjid, penyampaian hadiah diadakan. Hadiah keropok saja.

  
 

Lepas itu saya balik. Anda perasan tak Chef hebat Zakinah tak kelihatan ssemasa acara makan-makan dan sukaneka. Dia datang semasa saya nak pulang.  

  

pelangi maghrib mengajak manusia beriman pulang ke rumah / masjid untuk solat...
 

Terima kasih Zakinah kerana menu makanan enak dan penganjuran acara Hari Keluarga buat kali pertama ( dan akhir bagi saya) dalam sejarah Chung Hua!



Current Location: Malaysia, Miri
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 22nd, 2009


10:17 pm - SUKA ATAU TIDAK DIA HADIR JUGA
 

18 Oktober 2009   dua jam tiap malam

 

Peperiksaan. Soalan. Semakan. Penilaian. Hadiah. 

Semuanya berkaitan. Setiap kali nak exam terutama semakan, saya dihantui rasa bimbang. Mengapa? Teruskan membaca.

 

kecuali meja makan, semua meja yang saya ada, dipenuhi bahan bacaan.  saya longgokkan semua 
bahan rujukan di atas meja - macam tempat pelupusan saja
 

Sejak berpuluh tahun saya buat soalan sendiri. Maksud sendiri ialah 100 % daripada otak kreatif ini. Err .... jujurnya adalah lihat sikit sana sikit sini. Kemudian pindalah mana yang patut. Bagi mereka yang pernah membaca dan menjawab soalan yang saya buat pasti mereka tahu betapa seksanya nak jawab. Seperti kata Jen Hao ‘ soalan paling luarbiasa’ hinnga dia upload dalam blognya.

 

rujuk berpuluh-puluh rencana untuk mengetahui informasi terkini. tak cukup lagi saya google
 

Berbanding dengan kebanyakan guru ( nama dirahsiakan) lain, saya ambil jalan susah untuk bina soalan. Dah berpuluh tahun hadap benda yang sama masakan tak mampu nak gubal soalan sendiridalam ayat sendiri kan? kan? Jalan mudah ialah cut n paste soalan dalam buku rujukan peperiksaan yang berlambak di pasaran. Idea untuk bina soalan ini entah mengapa datang dalam keadaan saya suci. Bukan bersuci. Misalnya semasa mandi. Selalunya semasa solat. Dan tiada semasa duduk atas mangkuk tandas!

 

tak cukup dengan itu, akhbar juga jadi bahan rujukan
 

Jadi soalan yang dibina ada ‘roh saya ‘ didalamnya. Itulah sebab saya beri petua kepada mereka yang cuba menjawab soalan supaya sebut nama saya sebanyak 7 kali jika otak jadi beku. Itu password nya. Ketawa yaaa. Pasal itu kau dapat F9. Hahaha!!!

 

sisipan estidotmy menjadi rujukan utama untuk rencana sains. sesiapa yang selalu baca akhbar Utusan Malaysia tentu tak asing lagi dengan sisipan percuma tetapi kaya informasi ini
 

Sebab buat sendiri, dapatlah soalan itu disesuaikan dengan taraf keupayaan mereka yang nak jawab. Tak guna juga buat soalan canggih gila tapi tak laku. Dan rasa seronok buat soalan ialah semua orang cuba jawab soalan yang dibina. Betul atau tidak itu belakang kira.

 

dah siap , print. banyaknya barang atas printer saya .....
 

Sejak berzaman dulu, terasa kebebasan dalam mencipta dan melahirkan idea dalam bentuk soalan. Tambah menggembirakan ada antara soalan ini keluar dalam peperiksaa sebenar. Walaupun pasti bukan 100% persamaan namun masih dalam tema yang sama.

Cuma kali ini tumpuan pada tingkatan enam. Soalan tingkatan enam lebih seronok membuatnya. Semuanya berdasarkan perkara semasa dan berlandaskan fakta. Memandangkan bahan rujuka memang lebih daripada cukup, saya tiada masalah untuk membuat rujukan. Masalahnya ialah apabila maklumat terlalu banyak, terpaksalah buat pilihan. Dan pilihan inilah yang menyebabkan soalan tersangkut di komputer atau dalam kepala. Berjam malah berhari soalan sangkut.

Ayat apa nak buat. Perkataan apa nak pilih. Boleh ke kau jawab. Kau ada info ke tentang perkara ini. Bla ... bla... bla...

Dun wori ... itu masalah saya. Masalah awak ialah nak jawab.

Jika dua tiga tahun lalu, saya selalu ditahan di hospital setiap kali ada exam, maka tahun ini dan tahun mendatang, saya ambil langkah persediaan awal supaya tak diusung ke hospital awal pagi dalam kereta sahabat saya. 

Saya semak jawapan ketika saya rasa ada mood. Tak semak jawapan pada waktu malam - selepas jam 2200. Dan menghepikan diri dengan blog, fb serta ASTRO. Dan nampaknya calon seperti memahami masalah ini dengan menghantar kertas jawapan yang amat mudah dibaca, disemak dan dinilai seperti ini! TQ! TQ! TQ!

   

sedih ada, geram ada, gembirapun ada lihat skrip jawapan seperti ini. bukan semua orang jenis super atau perdana



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: satisfiedsatisfied
Tags:

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

October 21st, 2009


06:31 pm - MEMORY BOOK
 

12 Oktober 2009  Isnin

Apa kau buat dengan gambar yang diambil Amy? Buat tangkal ke?

 

projek terkini - memory book
 

Setakat ini ada lebih 80 GB foto telah  saya ambil selama dua tahun. Itu tak termasuk imej yang didelete kerana dah habis nilai . Mana-mana yang masih disimpan dianggap mempunyai nilai istimewa merentasi masa. Yang ‘for my eyes only’ pun banyak juga.

  

foto sempena sambutan kemerdekaan ke 52 merupakan tema memory book ini. jalur putih kiri atas foto ialah reflection cahaya luar. kulit buku ini jenis glossy
 

Foto peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejak 6 tahun lalu masih saya simpan sebagai catatan sejarah. Dua tahun pertama saya menggunakan video untuk membuat rakaman semua peristiwa. Video ini masih tersimpan dalam format asalnya, DV. Tunggu bajet yang cukup untuk menukarkannya kepada bentuk DVD atau yang lebih ‘power’ lagi. Tentu banyak kenangan lama yang dapat dilihat dalam video ini. Semua imej di dalamnya memang tiada salinan di mana-mana tempat. 

  

versi kecil ini RM 79 yang mengandungi 80 foto
 

Dua tahun berikutnya saya mula menggunakan kamera yang ada sekarang untuk merakamkan pelbagai aktiviti sekolah dan diri sendiri. Imej itu kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk cetakan foto komik. Setakat ini ada lebih 110 helaian komik foto yang telah disiapkan. Tugas membuat komik foto amat leceh dan memerlukan masa yang banyak. Sampai sakit tulang belakang. Jadi saya cari cara lain.



komik foto - untuk siapkan satu page saja ambil masa hampir 2 jam ( kalau buat tanpa henti)
 

Tahun ini saya memulakan projek blog dengan memuatkan foto yang saya ambil sebagai bahan sokongan. Lebih 5 000 foto telah saya uploadkan dalam blog ini. Lepas upload ada imej yang saya delete forever. Manakala yang masih mempunyai nilai sentimental, sejarah, sensasi ,komersil saya simpan dalam HDD.

  

susunan foto lebih kreatif berbanding slip on album
 

Dan sekarang saya dah jumpa satu lagi teknologi yang membolehkan foto dalam simpanan ditatap oleh orang lain. Memory book. Setiap satu album memory book mengandungi 100 foto. Harganya RM 99. Berpatutan! InsyaAllah sedikit demi sedikit semua imej yang selama ini terperap dalam Apple dan HDD akan dicetak dalam bentuk memory book untuk tatapan umum. Setiap memory book ada temanya sendiri.

Tema dalam perancangan ialah Brassband di Italy dan Spain, Best of Consert Sekolah, My Family, Best of Chung Hua ( guru, pelajar, aktiviti) dan My Love ( ini for my eyes only dan teman terpilih).

 

edisi khas seperti ini hanya untuk tujuan tertentu - NOT FOR SALE

Namun projek paling besar yang dirancang ialah koleksi 999 atau 1 000  atau 1001 foto 5R dalam bentuk frame yang besarrrrrr!!!!!! . Saya nak gantung di dinding rumah saya. Not for sale!!




Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: boredbored

(psssstttt!!1 ulasan pembaca | syyyyyyhh!!Ada pesanan untuk saya?)

October 20th, 2009


06:03 pm - BB BUSY
 

Tiap hujung minggu 2009   0800  Sabtu

 

buah hati saya - BB
 

Antara rutin saya pada tiap pagi Sabtu atau Ahad ialah gunting akhbar. Selepas balik bersarapan mee kolok di pasar, saya menghadap akhbar yang berlonggok  ini.

Jika bagi kebanyakan orang, selepas membaca akhbar, mereka akan simpan, buat bungkus buah, sapu tahi ayam, Bapa saya buat sarung nangka daripada akhbar. Tapi saya, gunting keratan rencana dan foto menarik buat koleksi.

  

beginilah bersepahnya rumah jika saya mula proses gunting rencana dan foto akhbar. dan sedia mengganggu tugas ini ialah makhluk yang sedang jilat bulu itu yang nampak saja saya bersila dia dah landing dulu
 

Satu hobi yang tiada kena mengena dengan tugas. Saja suka-suka. Hobi cikgu bodoh, kata ibu saya! . Hahaha!

   

ini buku koleksi keratan cerita lucu dan aneh - masih tak siap juga
 

Keratan rencana dan foto akan dilekatkan pada kertas lain dan dijadikan buku. Setakat ini lebih daripada
1 000 muka surat dah siap. Tapi belum binding lagi. 

 

koleksi sisipan akhbar yang masih tak binding lagi
 

Sisipan seperti ini, dijilidkan sendiri. Nampak lebih kemaskan? Bertambah lagi koleksi bahan bacaan dan rujukan di rumah ini. Mana nak simpan lagi ya.

 

weh! tepilah sikit ... nanti aku gunting misai kau pula

Proses gunting akhbar ini mudah. Tapi jadi sukar kerana ada makhluk kecil berbulu ini suka sangat lepak depan saya, duduk baring di atas akhbar yang saya gunting. Nak ajak bermanja . Tapi tak kena tempat.

  

nak ambil hati ... garulah perut dan badannya yang gebu itu.  steam je mata dia
 

Ditolak tepi, dia datang lagi. Angkat letak tempat lain, dia datang lagi. Tak dilayan, dia akan gigit akhbar ini lepas geram. Jadi, saya layan jugalah peneman sunyi ini.

     

kalau lambat layan, dia akan golek-golek manja
 

Oh ya... namanya BB. Sebutan seperti Bevee!!!. Kucing jantan berbulu gebu dan berbadan lembut macam arnab. Suara tak keluar macam kucing ... ek ek ek... saja. Sekali bunyi panjang kemudian tak ada bunyi lagi. Perut je bergerak!  Akua agaknya dia ni!


    

BB bermain dengan DD dalam timbunan akhbar. Mengapa kucing suka main dengan akhbar?


http://www.emocutez.com                                          http://www.emocutez.com

Current Location: Uganda
Current Mood: ditzyditzy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 19th, 2009


09:01 pm - KENYALANG TERBANG TAK TINGGI
 

19 Oktober 2009   0650 Isnin


 

dua pasang kenyalang transit di sini pada Jumaat dan Isnin 
 

Sabtu lalu sewaktu Hari Keluarga , Andrew bertanya kepada saya sama ada saya nampak burung kenyalang hinggap di atas pokok tinggi ( apa nama tah) di tepi pagar sekolah.

Saya dengar dia sebut burung helang. Dialog seterusnya jadi macam iklan hari raya .....

burung helang?

kenyalang!!

burung apa?

burung kenyalang!

Burung kenyalang di bandar? Wah! ajaib. Selain daripada kenyalang di bulatan tengah bandar miri, saya hanya pernah lihat kenyalang di zoo sahaja. Sayang tak dapat ambil foto burung itu.

  

hanya biasa kelihatan di kawasan hutan bukannya di bandar - melawat saudara dia agaknya
 

Namun tuah menyebelahi saya pagi ini. Mahathir datang dan beritahu burung itu ada lagi. Tanpa buang masa ,saya terus capai kamera dan berlari macam dikejar pengetua ke tingkat atas blok F. Dari penjuru mata saya dapat melihat empat ekor burung besar sedang relax di kemuncak pokok hiasan ini. Yeah! Peluang keemasan ini tak akan dilepaskan. 

    

ikon negeri sarawak di puncak pokok di Chung Hua - petanda baik ni

Pendek nafas dibuatnya ketika sampai di aras 3. Dan inilah antara foto yang dirakamkan . Cantik aaa burung ini secara live! Mungkin empat ekor ini adalah pasangan suami isteri atau kekasih.

   

perhatikan benda bulat di hujung paruhnya - biji buah ini yang mungkin menarik minat pasangan kenyalang untuk hinggap di pokok ini. tapi pokok ini ada buahke atau memang burung ini bawa bekalan makanan sediri?
 

Tak puas hati dengan hasil foto - angle tak sesuai ..... nampak sikit gelap. Saya turun dan rakamkan foto dari bawah pula.

   

take a break - breakfast
 

haa...barulah cantik sikit. Pelajar dan guru yang lalu pun berhenti nak lihat apa pula yang si amy buat. Empari Hong yang hantar isterinya juga berhenti, keluarkan kamera untuk rakamkan foto kenyalang ini. Pemandang an ini amat jarang dilihat. Cuma kamera Empari taklah secanggih kamera saya!! Cinonit je....

   

morning kiss?
 

Selepas itu dua ekor daripadanya terbang pergi. Kalau boleh saya nak tunggu lagi. Tapi kena awasi exam pula. Apa agaknya petanda yang dibawa oleh burung berempat ini?

  

nampak hebat apabila membuka sayapnya yang besar itu
 

Chung Hua akan mendapat tuah? 

Pssssttt .... kenyalang ... kalau kau nak buat sarang , kau pergi ke bumbung dewan tau. Nanti sekolah ini akan jadi tumpuan pelancong. Siapa nak tengok kau, kami charge RM 1. Boleh bisnes.

Flying safe!!!

 

datang lagi aaa!!!
 

Inilah burung paling cool pernah saya lihat di sekolah selain burung but-but di belakang dewan ini. Kata ibu saya kalau ada burung bersarang atau tinggal di sekitar pokok di rumah kita , itu tandanya rumah kita 'sejuk' - ada bawa rahmat.
 

   

rasanya kawasan sekolah dah jadi santuari burung. lebih baik burung daripada haiwan buas seperti gajah, harimau mahupun babi hutan datang lepak di sini!



Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 18th, 2009


08:04 am - PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
 

Tiga minggu lalu  0615 Selasa


 

tak panjang jodoh kaki saya dengan kasut ini
 

Selepas bersiap untuk ke sekolah, saya melangkah ke pintu. Dan .... eh mana kasut aku? Laaa ... baru saya perasan bahawa kasut saya dah tiada. Imbas kembali apa berlaku semalam. Saya perasan kasut itu ada di muka pintu pada sebelah petang. Tapi tak perasan pula sama ada kasut itu amsih ada pada sebelah malam.

Sah! Memang sah ada makhluk bernama pencuri yang berminat dengan kasut RM 119 itu ( 40% diskaun) yang dibeli Mei lalu. Tak guna! bla bla ( censored - banyak kata sumpah seranah). Pergi jahanamlah kau pencuri... biar mati kena langgar kereta kau!

Nasib ada satu lagi kasut biasa. kalau tak mungkin saya ke sekolah pakai selipar saja. 

  

pemandangan biasa depan rumah - kasut sukan hanya sebelah. mustahil sipemakainya terlucut kasut ini semasa berlari ..... atau dia lari lintang pukang dikejar anjing! pasti anjing hitam itu punya kerja. curi kasut untuk asah gigi dan kukunya. aku dendam kau anjing!!!!!
 

Sebelum itu glove saya juga hilang sebelah. Sah dicuri anjing hitam rumah depan. Dulu stoking saya dilarikan anjing itu. Juga sebelah. Kau anjing tak ada benda lain nak buat toys! Kalau saya berjiran dengan Bevee, apa pula yang sipongge ambil untuk buat main?

Tapi Allah maha adil dan maha pemurah. Esoknya saya dihampiri jonathan. Katanya berapa banyak saya nak charge foto yang saya berikan kepada unit dokumentasi? 

  

glove baru
 

Hmmm ..... RM 70!. Saya suka no 7. Dia menghilang sebentar, Muncul kembali dan berkata ...” Setuju”. Yeaahhh ..... bestlah kau John!

Esoknya, saya ke bilik gerakan dan Jonathan beri saya bukan RM 70 tapi RM 80!. Kau memang memang bestlah John!  Sedia berkhidmat ( dengan bayaran!) any time.... untuk projek akan datang.

 

perlindungan tangan daripada terik mentari, kesejukan pagi dan objek terbang di jalan raya
 

Apa yang saya buat dengan duit itu? Beli glove baru berharga RM 70. Nak beli kasut ..... kena tambah duit sendiri pula. Setiap kali lihat glove ini saya akan ingat Jonathan!



Current Location: Timor Leste
Current Mood: happyhappy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 17th, 2009


08:25 pm - HARI GEMBIRA
 

12 Oktober 2009   0830 Isnin


 

kotak kecil yang menjelma dengan ajaibnya!
 

Ada sesuatu yang saya harap-harapkan sejak minggu lalu. Dan hari ini harapan itu jadi kenyataan. Sungguuuuuuhhh hepi! apabila melihat satu bungkusan kecil di atas meja.

  

perkataan paling mahal ialah 'kakak yang beli'. Ah masih ingat dan sayang dia dengan saya!
 

Ketawa kecil membaca mesej yang disertakan dengan hadiah kecil ini. Gosh! berapa banyak tie yang saya ada untuk digantung pada hanger ini. Tie merah ini saya pakai sejak setahun lalu. Hadiah daripada Bevee. Dan saya akan pakai tie ini - orang lain boring lihat bukan hal saya - sampai bila-bila. Mungkin sampai pencen!!!

  

tie hanger - panjangkan sikit tangkainya boleh buat penggaru belakang badan
 

Inilah satu-satunya pemberian Bevee yang amat dekat pada hati saya. 

 

siapa lagi yang pernah terfikir hendak beli benda ini melainkan Bevee. saya asyik beli buku saja..
 

P/S - sms dalam phone itu bukan kes salah hantar ke? Saya masih menanti hingga kini.



Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

October 15th, 2009


09:00 pm - 6 JAM YANG GENTING
 

13 Oktober 2009   0800 - 1410 Selasa

  

hanya menanti tetamu datang
 

Hari yang ditunggu dah tiba. Selepas dua tahun membuat perancangan, penyelidikan, penambahbaikan, pelaburan dan entah apa lagi persiapan sulit yang saya tak tahu, maka hari penentuan dah tiba. Hari paling genting dalam sejarah moden dunia - dunia sekolah ini saja.

    

perbarisan hormat siap sedia menanti
 

Siapakah agaknya yang paling berdebar-debar, tidur tak lena,makan tak lalu dan mandi tak basah semenjak dua menjak ini. Anda boleh fikir sendiri. Saya rasa OK je!

 

video man dari tv 10 mengabadikan lawatan ini untuk dokumentasi
 

Sejak awal pagi lagi, persiapan akhir dilakukan sana sini. Macam amoi cantik nak pergi dating. Touch up sana touch up sini pada wajah yang dah memang sedia cantik.

Ada 5 panel penilai daripada beberapa negeri yang akan datang. Kedatangan mereka ini bagai menyambut kedatangan menteri. Hanya yang tiada ialah karpet merah dan bunga manggar ( ops.... dah ditiadakan atas arahan kabinet)

    
 

Tepat jam 0818 mereka datang. Di sambut mesra pihak sekolah dan pengawas. Ketua pelajar dan pengawas memperkenalkan diri dan barisan kaunselor yang lain. 

        

pakaian brassband menarik perhatian mereka kerana tak pasti kelab.persatuan apa. Pn Soh memang pandai memilih  Barisan kaunselor bersalaman dengan panel penilai

Tanpa melengah-lengahkan masa mereka dibawa melawat sekitar sekolah dengan tumpuan pada lokasi aktiviti KOKO. Seperti di padang sekolah, bilik gerakan sukan, pusat latihan gemilang Yu Lan.

  

sambil berjalan, Mr Phang dan Pengetua memberi penerangan tentang aktiviti koko sekolah. Info perlu penuh di dada sebelum mampu memberi penerangan yang meyakinkan. Jawapan juga tak boleh pakai tembak!!


  

malah kaunselor yang jadi pengiring juga telah dibekalkan dengan informasi khusus supaya dapat menjawab soalan cepumas yang ditanya. Memanglah 'saat genting' ketika itu. Suspens  oooo .

Sambil berjalan dan mendengar taklimat secara langsung daripada pihak sekolah, En Jamil    bertanyakan soalan-soalan maut kepada mereka. Kebanyakan soalan bermula dengan kata ‘berapa’. Memandangkan skrip jawapan telah dihafal sejak sekian lama, jawapan tahap A+ mampu diberi kepada panel penilai tersebut. Ini bukan kes soala bocor!

    

memerhatikan latihan atlet dari tepi padang sambil mendengar taklimat yang disampaikan. Lihatlah betapa kagumnya mereka


      

"lepas latihan mereka berehat di sini ya. sambil lihat ikan", tanya salah seorang daripada mereka


     

"adakah atlet ini juga cemerlang dalam akademik?"
"ada", kata Mr Thoo. "Itu, Judy Yong sekarang di UM dalam jurusan jururawat", sambil menunding ke arah banner Judy yang tergantung megah ( foto itu saya yang ambil)


  

diperkenalkan dengan barisan guru penasihat brassband dan kelab tarian/ kebudayaan Cina
 

Di bilik brassband dan kebudayaan mereka nampak begitu kagum dengan koleksi budaya yang ada di sana. Begitu lama mereka di situ hingga boring saya menanti bersama dengan anggota brassband yang bersedia untuk ‘mengejutkan’ tetamu tersebut. FYI - bilik yang saya nyatakan ini terletak di atas bangunan kantin. Mungkin ramai tak tahu kerana tiada papan tanda tentang kewujudan bilik ini diletakkan di luar.

      

tertarik dengan kepelbagaian warna dan costum, mereka mengabadikan kenangan
 

Mereka melihat aset ratusan ribu ringgit yang ada di dalam bilik ini. Sebenarnya saya baru saja melangkah masuk ke sini semalam. Tak tahu pula tentang bilik aircond yang cukup kuat ini. Sejuk lah! Patutlah ada banyak aktiviti angkat rak dan almari di sini beberapa minggu lalu. rupanya ada projek rahsia.

        

kagum dengan kelengkapan muzik yang bernilai ratusan ribu ringgit. juta ringgit kata mereka!
tapi awas , bilik ini dilengkapi dengan pelbagai sensor yang tidak kelihatan ...


  

dua piala kebanggaan brassband daripada penyertaan antarabangsa di Italy dan Spain
 

Pelawat dihiburkan dengan dua lagu. Rancak lagu ini. Hingga ada yang terikut-ikut dengan dentuman dan tiupan alat muzik dimainkan brassband. Nampak mereka kagum dengan pencapaian bertahap dunia  anggota brassband yang masih muda belia ini.

  

Ga Li disangka guru oleh mereka sedang memimpin persembahan muzik ini


      
  

Saya tinggalkan mereka melihat slaid dan ke bilik guru. Kerja dah selesai.

  

beredar untuk bersarapan pagi


  

laksa sarawak dan roti bakar 
 

Selepas satu jam melihat dua kegiatan KOKO barulah mereka keluar untuk bersarapan di bilik tetamu. Hidangannya ialah laksa sarawak Satu kelainan dengan pelbagai jenis laksa di semenanjung seperti laksa p.pinang dan johor.

    

brsarapan dan menandatangani buku pelawat
 

Azmira mempersudikan diri untuk disoal siasat . Soalan tiada kena mengena dengan KOKO. Soalannya - apa perasaan apabila ditempatkan di Miri, berapa lama di sini, dah kahwin ke belum, mana suami, kenapa tak nak balik ...bla ..bla...  . Saya blah ke staff room sebelum mereka tanya saya. Saya lebih lama di sini berbanding Azmira dan orang aras dua kecuali Mr Thoo.

  

'entah mengapa saya macam dah bersedia nak ditempatkan di Miri'
'saya ada dapat tukar ke tempat lain tapi saya tolak' 
jawapan ini saya fikir bernilai 10 % daripada penilaiaan KOKO peringkat kebangsaan!!
 

Lepas makan, mereka ke bilik gerakan. Sempat lagi menjenguk melalui pintu staff room yang sengaja dirapatkan. Takut kalau mereka masuk dan bertanya soalan maut kepada guru. 

    
 

Pejabat pun mereka lawati. Begitu juga dengan koridor ini.

   
 

Bilik tumpuan pastinya bilik gerakan. Tempat penting yang menentukan 80% markah anugerah KOKO nasional. Taklimat dimulakan pengetua , diikuti Mr Phang. Tayangan slaid mengiringi taklimat.

     

serius mendengar taklimat


   

mereka juga serius .... semua serius jugalah. Terasa ketegangan dalam bilik ini.
 

Turut serta dalam sesi taklimat ini ialah guru-guru lain. Terpenting ialah Johnatan yang menguruskan semua fail yang tersusun kemas itu. Berpeluh tak kau John?

 
 

Saya keluar selepas itu. Bukan hal saya untuk dengar semua taklimat dan komen penilai. Tugas saya ialah ambil foto. rasa macam dah lengkap, keluarlah. Jadi, apa-apa hal yang berlaku di dalam sana menjadi rahsia mereka yang ada di dalamnya. Ada juga beberapa guru dipanggil ke sini untuk buat penjelasan tentang fail. Berdebar dan berpeluh dibuatnya. Walaupun panel penilai kata ' jangan takut' tapi debaran tetap ada!!! Faham sajalah..

Tapi ada satu yang membanggakan saya. Semua taklimat 99% disampaikan dalam B, Melayu. Adakah kerana panel penilai berbangsa Melayu, atau ada syarat taklimat mesti dalam B. Melayu.  Kalau mereka datang ke sini pada tahun lalu, mungkin suasana sedikit berbeza.

Dari 0940 hingga hampir jam 1300 mereka di dalam. Siap minta masa tambahan. Pengawas , dan pelajar yang menanti di dewan sampai mengantuk, mereka belum juga keluar. Apa boleh buat. Mereka datang bukan buat lawatan biasa.

Untuk menghilangkan rasa boring saya ambil foto air ini. Cool kan?

    

hmmm ... ada idea besar terlintas dalam kepala apabila lihat pancuran air ini
 

Akhirnya isyarat daripada walkie talkie diterima daripada Yong di bilik gerakan mengatakan ‘ mereka dah habis”. Puh leganya. Berjanggut menanti mereka.

  

  

melihat bilik agama Islam. mereka tak tanya soalan pada Stephanie?
 

Dalam perjalanan ke dewan, rombongan penilai melalui koridor informasi. Sempat juga mereka menjenguk ke bilik agama Islam dan kaunseling.

    

 tiada siapa yang tak menoleh melihat taman kecil yang warna -warni itu 
 

Perasan tak mereka kesilapan ejaan pada pemidang besar kelab olahraga ini? Rasanya tidak.

  

'tandas ini dicuci berapa kali sehari' tanya mereka kepada pekerja sekolah yang ada di dalam tandas. saya fikirkan tiada sesiapa. jawapan kakak pencuci memuaskan hati mereka. baguslah kau kak...


    
 

Menjenguk sebentar di tandas lima bintang, gym dan bilik tarian sebelum ke dewan.  Seperti kata salah seorang panel pemilih sekolah ini ada banyak bilik untuk tiap kelab/aktiviti. Ya.... ada lagi di tingkat atas blok D. Juga dia belum lihat lagi studio saya yang tak wujud itu.

    

Sambutan diteruskan lagi di dalam dewan. Sambutan ala masyarakat Iban. nah.... kena bomohkau orang. Pasti lepas ini mereka asyik ingatkan 100% markah untuk Chung Hua!

      

menerima cenderahati daripada kelab tarian singa - patut beri angpau baru dapat cenderahati itu


  
 

Beramah mesra dengan team tarian singa. Patutlah mereka mengemas bilik ini macam nak mati..... terlalu kemas berbanding sebelumnya. Ada pelawat yang cuba pakai topeng pelawak. Ha... mimpi jumpa hantu malam nanti. Hahaha....

    

menjamu selera - jonathan bertambah pinggan !!!
 

Selepas berjam-jam berada di sini, tentu dah lapar. Hidangan istimewa daripada dapur Chef Zakinah. Macam-macam juadah. Tiga meja. Guru yang ada di situ turut menjamu selera. Tentu Zakinah hairan mengapa saya tidak mejamah hidangan itu walaupun dipelawa. 

  

hidangan buah tempatan seperti tarap - semenanjung mana ada buah itu ... err ada ke tak?
 

“Janganlah merajuk”, katanya. 

Bukan merajuk tapi saya memang tidak ambil makanan berat pada tengah hari. Hingga hari ini, saya belum ambil nasi sejak kembali cuti Raya. Beraspun dah lama tak beli! Hahaha!

  

shoot yang saya nantikan sejak lama ialah kepala bawah kaki atas. dapat juga akhirnya


      
 

Sambil makan, mereka dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti  nyanyian, wushu, koir diiringi orkestra Cina, sajak, tarian India dan Cina. 

  

shi ming mirip doll
 

Entah mengapa Winnie dan Shi Ming nampak lebih cantik pula hari ini.

Makan sudah, tugaspun sudah. Apa pula? Pertunjukkan terbuka brassband , tarian singa dan gendang di gelanggang bola keranjang. Nah! hebat tak Chung Hua? Tambah lagi point ya En Jamil!!


        

Sori ye singa, mereka tak dapat beri angpau. Mereka datang nak beri point yang amat berharga. Dengan point dan pengiktirafan bertahap nasional, lebih banyak angpau kita akan dapat.
 

Selepas persembahan tarian singa, En Meor mengambil kesempatan memalu gendang. Saya fikir dia saja suka-suka. Tapi bunyi tingkah paluannya memang ada persamaan dengan rentak dan irama yang dimainkan pelajar sebentar tadi. Walaupun paluannya hanya sebentar tapi cukup untuk mengagumkan mereka yang ada. Hebat juga dia ni. Naik lagi point kita ...

  

bakat en Meor memalu gendang mendapat pujian ..


  
 

Sewaktu melangkah masuk ke bilik tetamu VIP, saya dapat mendengar luahan rasa kagum mereka dengan susunan ratusan piala kecil besar di dalamnya. Berkilat-kilat dan memancar-mancar walaupun lampu tak terang! Terutama piala MSSM Miri yang besar itu. Mereka baca MSSM sebagai MISS. Tak hairanlah soalan mereka -”Ada menang miss Miri ke? Kelam di di situ.

 
 

Banyak gambar yang diambil di sini. baguslah. Tambah lagi point kami nanti apabila laporan di bawa ke kementerian untuk keputusan akhir. Potret besar mendiang Dato’ Lee Teck Fook juga menarik perhatian. Saya dapat rasakan aura ratusan piala di dalam bilik ini telah menimbulkan kekaguman dalam hati  mereka tentang betapa cemerlang dan hebatnya sekolah ini sejak sekian lama. Sebelum ini mereka hanya membaca fail untuk membuat peinilaian. Sekarang mereka sedang menatap hasilnya.

    

calon PMR mengambil kesempatan menyaksikan persembahan yang berakhir tepat jam 1400. mereka ada paper akhir pada petang itu
 

Persembahan terakhir sebelum mereka beredar ialah season drum. 

    

perhatikan isyarat ibu jari en Jamil....ada harapan nampaknya... tapi kenalah tunggu hitam dan putih dulu.
 

Akhirnya mereka pergi juga. Sempat lagi bersalaman dan memberi ucapan selamat. Ucapan akhir yang jelas kedengaran kepada kami dan barisan kaunselor daripada ketua penilai KOKO iaitu En Jamil ialah ..

“AWAK PUNYA POINT SUDAH NAIK”

  

barulah boleh bernafas lega dan buka blazer!!
 

Dapatkah anda meneka maksud tersirat?

FYI - kepada pelajar chung hua yang membaca post ini perlu diketahui bahawa anugerah yang ingin kita menangi ini mempunyai prestij yang cukup tinggi pada peringkat nasional. Bukan calang-calang sekolah yang mendapat pencalonan untuk kategori ini. Sekolah MRSM, Sekolah Sains dan berasrama penuh sekalipun belum tentu menang mahupun dicalonkan. Bagi sebuah sekolah harian biasa seperti kita, pencalonan saja sudah cukup membanggakan kita. Kalau menang , itu satu bonus yang amat besar. Kemenangan ( insyaAllah) ini adalah untuk kita juga. Tentu anda ada saham dalam penganugerahan ini nanti - walaupun sekadar 'melukut di tepi gantang atau atas pagar'


UP! UP! CHUNG HUA!!
WAT NEXT DUD!!



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: satisfiedsatisfied
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

> previous 10 entries
> next 10 entries
> Go to Top
LiveJournal.com