?

Log in

No account? Create an account
RIWAYAT AMYIR

> Recent Entries
> Archive
> Friends
> Profile
> previous 10 entries
> next 10 entries
My guestbook

Links
Christine
Bevee
Jee Hao
Tun Mahathir
Amy 2nd blog

September 28th, 2009


11:32 am - LEMBABNYAAAA!!
 
28 September 2009   0800 Ahad

Sampai di miri jam 0745. Selepas tersadai di Kuching selama dua jam. Entah apa silapnya, petugas MAS pindahkan saya ke penerbangan KLIA - Kuching. Duduklah diaiport kuching dalam keadaan mengantuk dan kelaparan. Johnatan menanti saya di Miri seperti dijanjikan. Nizam tak dapat dapat kerana sibuk menguruskan hal pindah dan kemas rumah saudaranya.

Internet tak dapat akses di rumah kerana masalah cable LAN. Gah! Sudahlah kad astro tertinggal di kampung. Internet pula tak dapat akses. Terputus hubungan daripada dunia luar buat seketika.

Curi masa di sekolah untuk entry ini. Apabila internet dah pulih, saya sambung cerita pasal raya di kampung. Tungguuuuu!!!



Tags:

 

September 24th, 2009


06:01 am - JAMUAN RAKYAT
 

22 September 2009   1100 - 1230 Selasa

Hari Raya ke-3 bersama ADUN yang tinggal sekitar Masjid Tanah.

Selain daripada imam Al Azhar di kampung saya, kawasan Masjid Tanah banyak orang hebat-hebat - ahli politik yang berasal dari sini. Hari ini tiga daripadanya akan buat rumah terbuka. Sama seperti tahun-tahun lalu. Dan diharap berterusan hinggal lepas PRU 13. 

 

bersampin dan bersongkok itulah tuan rumah

Mula-mula saya pergi ke rumah ADUN Tanjung Bidara, Datuk (Kpt) Ab Karim Sulaiman di Kampung Jeram. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan. 

Sebenarnya rumah ketiga-tiga ADUN ini tidaklah berjauhan antara satu dengan lain. Satu jalan yang sama juga.

 

Ab Karim sedia menanti di depan rumahnya dengan ahli keluarganya yang saya tak kenal itu. Memanglah dia mesra seperti dikatakan orang . Patutpun orang kampung saya senang dengan dia. Perwatakannya biasa saja macam orang lain. Cuma dia ada gelaran datuk dan kapten

   

gerai mini ala hotel menyediakan roti canai, mee mamak, kambing ( mana kambingnya?) panggang dan ayam panggang yang nyaman gila...

Satu perkara yang saya perhatinkan di rumah ini, makanan memanglah banyak. Lebih banyak berbanding tahun lalu. Kali ini menu daripada hotel terkemuka di Melaka. Ada gerai kecil untuk setiap menu.

      

Best makanannya. Saya cuma ambil nasi beriani dan dalca. Orang sebelah saya - tiada foto - makan ayam panggang hingga dua kali tambah. Melampau kau!

   

belon percuma untuk kanak-kanak. topi tikus itu sesuai dengan lelaki belon ini

ADa persembahan hiburan tradisional. Dondang sayang Melaka. Lihat video berikut. 
 


 

Lagu yang didendangkan ialah tentang kisah Hang Tuah lawan Hang Jebat. Kalaulah nyanyian ini disertakan bersama teks KOMSAS tentu tiada masalah pelajar nak faham kisah Hang Tuah lawan Hang Jebat yang bahasanya buat pusing kepala saja

 

perdana V6 terpaksa parking di rumah jiran kerana nak beri ruang pada khemah dan tetamu

Habis di rumah ini saya pergi ke rumah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusuf. Inilah orang kanan Hishamuddin. 

   

satu-satunya tempat parking ialah tepi jalan raya. memang jam habis
 

Rumahnya terletak betul-betul di selekoh  jalan masuk ke kubur. Jalan sempit ini dah sesak berkilometer jauhnya hingga ke rumah ADUN satu lagi - Amiruddin. Ya ... nama dia macam nama saya juga! Bersilat polis trafik mengawal keadaan. Yang sedang makan di khemah bergegas keluar untuk mengawal laluan kerana sebentar lagi TYT dan KM Melaka akan datang.

   
  

semua makanan jenis berat. tapi kerana masak lemak rebung campur perut yang menggoda ini, saya hadap juga. lemak rebung memang lawan dengan perut , baru terangkat telinga!

Ramai juga orang di sini. Apa yang best. Apabila saya nampak masak lemak rebung muda kegemaran saya, selera bangkit pula. Lantak lagi satu pinggan masakan enak ini. Wah! Kenyang sungguh.

 

TYT  Melaka - Khalil Yaakub baju Melayu oren dan dibelakangnya baju pink ialah Abu Seman.

Tak lama kemudian TYT sampai. Masuk ke rumah Abu Sema. Saya tunggu dia keluar untuk bersalaman tanpa minta duit raya. 



Ada lagi hiburan nyanyian tradisional di sini. Kumpulan sama seperti tahun lalu. Maaf video ada error - itu Youtube cakap bukan saya. Jadi tak dapat siarkan. Tapi boleh minta saya nyanyi kalau mahu dan sanggup dengar!!

 

Meninggalkan rumah Abu Seman untuk mengharungi kesesakan teruk ke rumah ADUN Air Limau Amiruddin . Dia .... beliau ada tali persaudaraan dengan sahabat saya yang meninggal dunia itu. Dia kenal saya macam itu saja sejak sebelum terlibat dengan politik. Jadi tak hairanlah soalan pertama  diajukan kepada saya ialah ‘ kau dah kahwin. betul kau belum kahwin?’ 

Ahhhhh...... tensionnya dengar soalan ini...Bevee!

     

Di rumah ini saya tak larat nak makan lagi. Kenyang tahap buaya. Hanya mampu minum. Ambil foto berikut.

   
 

Pulang ke rumah kekenyangan. Terjejas diet harian yang tidak ambil makanan berat pada waktu tengah hari. Hingga malampun masih kenyang.

 

yang pakai baju melayu merah jambu ( betul ke) - YB Amiruddin. Yang menulis post inipun Amirrudin juga


 

siapa nak belon - mungkin wanita ini isteri kepada lelaki belon di rumah Kpt Ab Karim

Secara rasmi, Hari Raya bagi saya dah tamat.



Current Location: Malaysia, Masjid Tanah , Melaka
Current Mood: fullfull
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 22nd, 2009


10:47 pm - ASSALAMUALAIKUM ... KAMI DATANG NAK BERAYA!!
 

20 September 2009   0930 - 1230 Ahad

Jalan-jalan Hari Raya.



Rumah pertama saya kunjungi kali ini rumah sahabat lama saya. Ali Long. Dia pernah menjadi mata-mata gelap polis. Kemudian body guard kepada salah seorang bekas  menteri kabinet Mahathir. Lepas itu bodyguard kepada big boss Genting Bhd. Sekarang jadi bos sendiri di kampung dengan membuka kilang ( peh! saya dengar kata kilang pun dah cukup kagum) otak-otak dan penghasilan benih ikan keli. Hebat dia ni.

 

Ketika masih sekolah rendah dulu rumah dia dah jadi macam rumah saya. Tengok tv di situ setiap malam. Rumah saya hanya ada tv sendiri ketika di tingkatan 3. Sekarang ada 3 tv! Ingat lagi saya kepada bapanya yang saya panggil Tok Long. Kurus kering orangnya tapi dia punya suara ....... mengalahkan sarjan mejar mengajar tentera berkawad! Masa dia pindah ke kampung ini ibunya dah lama meninggal dunia.

Senang sangat nak cam dia ni .... gelap lebih sikit daripada orang lain! Tapi tok Long kulit cerah! 

 

pusara sahabat saya yang masih nampak baru walaupun 3 tahun dia meninggal dunia

Kemudian saya ke kubur sahabat baik saya yang meninggal dunia 3 tahun lalu kerana serangan jantung selepas main badminton ketika bertugas di Felda Sahabat Sabah. 

 

Ramai orang rupanya di kawasan perkuburan ini. Ada yang berdoa, membaca surah Yassin dan Al Quran. Satu yang unik tentang pusara sahabar saya ini ialah bunga di pusara ini macam tak layu sejak tiga tahun lalu. Seperti dia baru saja meninggalkan dunia ini dua atau tiga hari yang lalu. 

 

Jangan nak suspens dulu. Ini bukan cerita misteri macam di tv 3 tiap malam Jumaat. Sahabat saya hanya ada dua beradik. Pasti ibunya yang datang ke sini tiap hari atau minggu untuk membersihkan pusara anak sulung kesayangannya. Mana pergi isteri dan anak-anak sahabat ini. Itu satu cerita lain yang saya tidak akan kongsi di sini. Ada cerita tragis . Nizam , sahabatku moga rohmu di sana dicucuri rahmatNya - Amin

Pergi ke rumah ibunya tutup pula. Rupanya satu family ke Berisu. Baliklah dulu dan pergi ke Pangkalan Balak pula. Rumah ibu saudara saya.

 

alahai Pak Busu yang hanya pakai singlet pada pagi raya. Balik rumah saya cari baju kemeja lama ( nampak baru lagi) untuk berikan kepada dia. ibu saya nangis apabila lihat gambar ini err gambar Pak Busu lah

Pak Busu saya - kami sama baya - tapi dia ada pangkat bapa saudara yang dah lama menghilang kerana melanjutkan pelajaran ‘PHD’  di ‘sebuah pusat pengajian ‘ pulang untuk berhari raya. Lama tahun tak jumpa dia. Kurus benar. Sampai saya tak kenal. Teruk betullah penangan ‘serbuk putih’  celaka ini.

 

bersama sepupu - tiga ratu gedik

Saya beri dia angpau RM 50. Satu-satunya orang saya beri angpau sebesar itu. Orang lain saya beri RM 10 atau RM 5 saja. Cuma dua orang itu sajalah yang dapat. Yang lain .... kirim salam saja.

 

Saudara mara sahabat saya di rumah ibunya. tiap tahun saya ke sini sejak dari tingkatan 3. yang mana satu dia offer kepada saya eh?

Kemudian berdesup pergi ke Paya Rumput untuk kali kedua. Nasib kali ini rumah itu dah penuh dengan penghuninya. Dapatlah makan soto dan sambal bali yang amat sedap . Anda patut rasa sambal Bali. Peh... makan macam itu saja tanpa ketupat atau lemangpun dah memadai. Sedapppp!!!

 

saya fikirkan 'spider man' itu baby rupanya toy kepada si kecil bertudung ini

Ada ke patut ( memang patutpun) pak saudara sahabat saya offer anak buahnya yang banyak ini kepada saya! ‘ 

‘Ha , mana kau berkenan. Tak kanlahsatu pun kau tak berkenan anak buah pakcik ini. Yang itu bagaimana?

Gahhh .... ada offer istimewa sempena Syawal pula di sini. Bagaimana agaknya reaksi dia kalau saya kata , saya dah jatuh cinta dengan gadis cina. Dan memang nak kahwin dengan gadis cina yang saya cintai ( wa lao... siapa dia itu amy? ) Tentu dia akan pet pot bong beng...... tak percaya. Percaya atau tidak ... realitinya saya memang jatuh cinta dengan gadis cina  dan ingin jadikan dia isteri saya!!!! 

Unbelieveable? Believe it!

Sebab sambal bali itu sedap sangat, saya minta sikit bawa balik.

 

Nadia n geng. Pakcik Nordin (baju coklat) dengan isteri no 3.

Di rumah adalah beberapa tetamu yang datang.

Esok sambung raya. Raya ke 3 ada tiga rumah ADUN buat rumah terbuka. Saya nak pergi ke semuanya. Makan free....!!!



Current Location: Malaysia, Masjid Tanah , Melaka
Current Mood: cheerfulcheerful
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

08:28 am - APABILA TAKBIR BERGEMA
 

20 September 2009  0800 - 0930 Ahad


 

masjid kampung londang - tahun depan ada masjid baru yang besar

ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKHBAR ALLAH HU AKHBAR

Kedengaran suara takbir memuji kuasa Ilahi dan mengucapkan rasa syukur kerana ‘hari kemenangan’ pada hari ini. 1 Syawal

 

Apa baju raya nak pakai ya. Ah... pakai saja baju tahun lalu dan tahun tahun lalu. Jimat belanja kan. Baju ‘kebajikan’ yang adik saya dapat , pakai untuk raja haji nanti. Nak beli macam mahal je , RM 155. Tapi saya pernah beli buku lebih mahal daripada itu tiap bulan tanpa rasa mahal pun. Gahh!! orang gila buku memang macam itu.

Saya bawa kamera pergi masjid. Itu kerja saya tiap tahun. Orang masjid semua kenal saya. Kalau di sekolah saya jadi jurufoto ( diberi peluang - kata agen pemantau blog yang XXXX itu) , di sini saya ada ruang untuk mengabadikan kenangan solah Aidilfitri yang mungkin terakhir di masjid ini kerana tahun depan pembinaan masjid baru akan bermula. Rakaman peristiwa ini akan jadi satu catatan sejarah bagi kampung saya. Dan saya rasa bangga kerana menjadi satu-satunya jurufoto yang mendokumentasikan sejarah kampung ini dalam bentuk foto. Bangganya aku!

   

penduduk kampung jauh dan dekat mula membanjiri masjid. rumah saya jalan di kanan hujung , lihat van putih itu

Solat Aidilfitri jam 0830. Namun jemaah dah mula membanjiri masjid sejak dari jam 0700 lagi. Masjid dekat benar dengan rumah. Jalan kaki saja. Lihatlah penduduk kampung yang datang untuk solat.

   

L - R: Nampak boroilah kau Atan, tauke otak-otak dan benih ikan keli, Ali, Pak Cik Minhat yang arwah bapanya selalu tanya saya bila nak kahwin dan bilal Rabani ( tiada kaitan dengan kumpulan nasyid) nampak seperti artis rock dengan cermin mata gelap. Beliau baru menjalani pembedahan mata. silau kalau kena cahaya mentari

Terselit antara mereka ialah rakan-rakan lama saya. Ada yang tak ditemui sejak banyak tahun.

  

melampau ni letak selipar atas bumbung masjid

Begitu ramai manusia banyak juga selipar. Sampai naik ke bumbung. Saya bawa beg plastik untuk simpan selipar dan kemudian gantung pada tiang bendera.

    

lelaki berjubah putih yang kudung tangan kanannya ialah Pakcik Bidin bekas pemandu bas dan van. semasa saya bersekolah agama di pangkalan balak, van dialah yang saya naik. sekarang dia masih memandu! hebat kan..

Masjid ini bertambah kecil dengan jemaah seramai ini. Setiap inci penuh dengan manusia. Tiap tahun saya balik, ada saja renovation pada masjid ini. Hilanglah wajah asal masjid yang kenal sejak tahun 70-an lagi. 

   

Bumbung masjid ini rendah sangat hingga sukar nak ambil foto dari aras atas. Pantulan flash ‘harsh’ kerana rapat dengan siling.

Dari belakang saya ke depan, ke ruang solat utama. Tentu ramai mata melihat saya dan tertanya-tanya “ siapalah orang itu’ atau “ wartawan surat khabar mana pula dia ni”

 
 

imam 1, Yaakob dah tersandar ketika membaca takbir - tak apa imam, kan kita ada imam 3 yang lebih muda dan bertenaga. penerangan tentang pembangunan kampung oleh pengerusi JKKK

Cikgu Jasni - AJK Masjid beri saya ruang untuk ambil foto di sini. Kali ini ada imam baru. Imam tiga , Zaidi lepasan universiti Al Azhar menjadi imam solat Hari Raya. Dah dua anak kampung lepasan Al Azhar di sini. Yang seorang lagi menjadi imam di Kuala Sungai Baru. FYI: kelulusan Al Azhar, universiti paling tua di dunia ini (  1000 tahun) sama tarafnya dengan graduan lulusan Oxford, Cambridge mahupun UM. Nilainya cukup tinggi dalam kalangan masyarakat kampung. Alhamdulillah. Lepas ini imam , katib , bilal yang dah semakin senja itu bolehlah berehat. Pengganti mereka dah ada.

 

PELAPIS : imam 3 lulusan Al Azhar Mesir - Zaidi agak gugup sedikit semasa menyampaikan khutbah Hari Raya buat kali pertama. Rugilah orang di belakang yang tak dapat lihat siapa imam mereka ini

Kalau saya balik kampung nanti, apa pula jawatan yang mereka sediakan untuk saya ?

 

Kutipan derma  daripada jemaah.

Pengerusi JKKK memberi penerangan tentang pembangunan masjid baru yang akan dimulakan pada tahun depan dengan perbelanjaan RM 5 juta. Itupun kalau dapat. Reka bentuk masjid adalah seperti foto di bawah

     

jauh beza masjid ini dengan masjid asal yang saya kenali zaman kanak-kanak dulu.

Ada dua aras. Aras satu dewan solat untuk 1 000 jemaah. Aras bawah ( basement) parking kereta - 60 - 70 lot), bilik mesyuarat, bilik imam, garden dengan fountain . Bunyi macam cantik saja. Kawasan pembinaan betul-betul depan rumah saya. 

   

Lihatlah jemaah yang melimpah sampai ke tepi jalan ini. Harap foto ini dapat dihantar ke Jabatan Agama Islam Negeri Melaka sebagai bukti bahawa kampung Londang memang memerlukan masjid baru dengan segera. ASAP!. Saya ada idea bagaimana nak dapat masjid baru dengan segera. Minta wakil rakyat (ADUN ) kawasan ini mati dulu. Kemudian ada election. Tentu peruntukan mencurah masuk untuk mengambil hati pengundi.  Minta lah apa saja. Minta jambatan, dapat jambatan. Minta jalan baru, dapat jalan bertar. Minta lampu jalan, esok dah siap pasang . Masalahnya ADUN itu masih sihat dan belum mahu mati. Aahhhhhh!!

 

Ketika saya ambil foto jemaah wanita - adalah JKKK yang minta, mereka nampak terkejut dengan cahaya flash. Serentak dengan itu, semuanya berpaling menoleh ke belakang! Gaaahh!! malunya. Bayangkan wajah-wajah bertudung putih dengan anak mata terbuka luas merenung ke arah saya! Kalau malam tentu saya lari langkah seribu. Tak biasalah direnung begitu ramai makcik, tokcik, nenek, wan, amoi, gadis, janda .......   . Hahaha!!!

          

Habis solat, bermaafanlah kita. Hapuskan segala dosa lama ( yang ringan saja). kalau anda tidak pernah lihat lelaki sama lelaki berpelukan, lihatlah foto di atas. Siap dengan air mata sekali. 



Foto rasmi JKKK Kampung Londang dalam dewan solat. Seingat saya ini kali pertama mereka bergambar begini selepas solat Hari Raya. Dan saya bangga menjadi orang pertama/ jurufoto yang mengabadikan kenangan ini!



Apabila masjid dah lengang, kutipan derma dihitung. Banyaknya duit!!!



bapa saya - baju biru - bergambar kenangan. kanan sekali rakan sekolah , Shaari sebelah kiri bapa saya Abang Yat - kira saudara sebelah nenek bapa saya

 



Current Location: Malaysia, Masjid Tanah , Melaka
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 20th, 2009


05:32 am - MENGEJAR SYAWAL



19 September 2009  Menjelang syawal

 

Esok raya dah. Memang pasti. Kiraan falak memang tidak pernah tersasar. Apa yang dibuat sehari sebelum syawal? Yang pasti hari ini saja, empat kali saya keluar ke pasar. 

Disebabkan semua orang balik ke kampung maka pekan pun jadi bandar raya. Jalan dah sempit dengan kereta. Pasar sesak dengan manusia. 

Saya ke bandar Melaka. hantar jaket untuk dijahit zip. Beli baju mahal tapi zip macam cap ayam saja. RM 35. Melawat ke kedai kasut dan baju. Satu apapun tak beli. Sekarang bukan masa nak shopping. Tunggu hujung tahun. Tapi masuk ke MPH terbang RM 31. Beli apa lagi kalau bukan buku. Yakjuj dan Makjuj rahsia di sebalik gunung. Lama mengidam nak bel buku ini. 

Sepanjang jalan banyak gerai jual daging seperti ini.

   


Petang itu , ini yang saya buat. Kerja tetap dan berpencen. Buat sarung ketupat.
 Marilah belajar bersama dengan saya buat sarung ketupat. Kalau tak jadi, beli saja yang dah siap dengan ketupatnya sekali. Malulah kalau ada gadis yang tak tahu anyam ketupat! Nak belajar ...Bevee?


  

      
 

 

Mami masak rendang. Dia punya masakan tak boleh kacau. Nanti tak sedap.

 

resepi turun temurun dari generasi ke generasi. tak payah lihat buku resepi, semua dalam kepala

Menjelang mahrib Pak Cik Bujang ( nama dia memang Bujang walaupun dah bercucu) datang hantar lemang. Hehe... lantaklah kalau banyak kolestrol atau lemak. Lemang memang sedap makan dengan rendang. Nak sikit Doris?



5 batang lemang yang masih panas dan berbau harum - bau lemang!

Dan inilah makanan pada hari akhir Ramadhan menjelang Syawal. 

 

kedingpun tak sabar hendak makan juadah enak menjelang petang Raya. Ini kucing paling tua yang masih hidup. 

Malam itu diisytiharkan esok - Ahad adalah Hari Raya. Sama ada anak bulan nampak atau tidak, tetap raya. Malaysia menggunakan kiraan hisab ( falak) dan rukyah ( lihat anak bulan). Di sebabkan Malaysia sentiasa berawan dan mendung kedua-dua kaedah memang sesuai. Lainlah di negara Arab yang langitnya tiada awan -gurun pasir- memang mudah nak lihat anak bulan.

Macam mana agaknya rupa anak bulan? Mungkin macam ini. 

 


animasi anak bulan

ha besar betul anak mak bulan. Melampau kau kalau tak nampak


 

SELAMAT HARI RAYA DARIPADA SAYA KEPADA SEMUA YANG BACA POST INI. MAAF ZAHIR BATIN. KALAU NAK DUIT RAYA SILA BERI NO AKAUN.

P/S : agen suruhanjaya pemantau blog , kau tak layak dapat duit raya, kalau kau datang sini ... aku tak layan. kalau nak kena baling dengan buluh lemang ...mailah!


Current Mood: cheerfulcheerful
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 19th, 2009


09:42 am - BALIK KAMPUNG
 

18 September 2009   1000  Jumaat

 

Hari balik ke kampung. Jumaat telah diisytiharkan cuti khas yang tak perlu diganti. Namun alasan diberi agak ‘lucu’ - membolehkan ibu bapa meracang perjalanan. Gah! Saya dah rancang perjalanan ini sejak Mac yang  lalu. Begitu juga dengan rakan yang lain. Kalau kampung terletak di negeri yang sama dengan tempat bertugas, lainlah ceritanya. 

Tak adakah sesiapa yang duduk semeja dengan Menteri kabinet ada lihat kalendar dan memikirkan kemungkinan yang wujud akibat perayaan utama jatuh pada Ahad? 

Sebelum pulang saya ke market ikan dulu. Ibu saya pesan carikan ikan tenggiri dan adik saya pula mahu ketam besar. Ketam dan ikan untuk bawa balik? Hehe... pekan tempat saya terkenal dengan harga barangan yang lebih mahal daripada bandar Melaka. Bukannya ada loji minyak atau kampung jutawan di situ. Tapi harga jualan di pasar memanglah mahal. Melampau!

Benda ini kalau dicari memang tiada. Sisik ikan tenggiripun tiada. Saya beli udang besar dan kepala ikan - mami suka sangat kepala ikan. 

Balik rumah rebus. Kemas barang sambil tunggu sahabat baik, Nizam ambil saya untuk ke aiport jam 0945.

Pendek cerita - sampai KLIA dengan selamat dengan ratusan penumpang yang lain. Rupanya adik dah sampai sejam awal. mami paksa dia pergi awal. Sebab awal sangat dia lepak di stesen Petronas KLIA. Begitu juga dengan ramai ‘penunggu ‘ lain,. Parking di KLIA - RM 8. Mahal oooo. Parking di Petronas....free.

Dalam perjalanan pulang ikut lebuh raya .... ini yang berlaku.

    

Sesaknya lebuhraya. Sejauh mana memandang. Lebuh raya tiga lorong jadi empat lorong. Trafik merangkak tapi lancar.  Rupanya ada beberapa kemalangan yang berlaku di depan.

       
 

Beberapa kereta tersadai di tepi lebuh raya. Bumper tertanggal, body kemek. Orang pun tiada. Harap tiada yang mati menjelang perjalanan balik di kampung. Di tengah jalan terdapat beberapa tompokan kaca. Kaca lampu agaknya. Kalau dah bergerak merangkak-rangkak, brek sikit saja bontot dah kena cium. Tentulah kena berhenti nak lihat kerosakan. Akibatnya trafik terhenti. Kalau ada tiga empat eksiden macam ini? Tak hairanlah trafik sejauh mata memandang.

 

nampak mat rempit yang naik motor itu? dia memandu lebih laju daripada kereta saya walaupun jalan licin akibat hujan lebat. Hebat sungguh dia!

Rasaya ada baiknya sikap pemandu Mesir jadi teladan. Tahukah anda hampir semua kereta di Mesir ada scratch dan kemek? Kalau parking kereta tak sah kalau tak cium bumper atau bontot kereta yang lain. Dan yang baiknya mereka tak marah. Dianggap biasa saja kalau ada kereta lan gesel hingga calar kereta anda. Best kan? 

Cubalah buat disini...mati kau.

Sepanjang jalan kampung ada saja jualan lemang dan daging. Begitu banyak lemang di bakar hingga merangsang selera bapa saya untuk makan lemang. Itulah yang saya cari di bazar ramadhan masjid tanah pada petang itu. Nasib ada satu gerai yang jual.

p/s: talian broadband di sini slowlah. Itu yang lambat update. Streamyx dah mati di rumah ini.
bukan shj internet slow, nak hantar smspun sesak talian - mcm di lebuh raya juga



Current Location: Malaysia, Masjid Tanah , Melaka
Current Mood: happyhappy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 18th, 2009


08:34 am - 16 SEPT
 

16 September 2009  0700 -0820  Rabu

Dua peristiwa besar berlaku pada tarikh ini tiap tahun. Yang paling diingati ialah Penubuhan Malaysia yang juga tarikh penutupan Bulan Sambutan Kemerdekaan. Satu lagi tarikh yang sepi ingatannya ialah Hari Angkatan Tentera.

 

barisan  hamper menunggu pemenang

Selepas sebulan menyambut bulan kemerdekaan dengan diserikan pelbagai aktiviti, hari ini penamatnya. Penyampaian hadiah. Banyak acara yang dilangsungkan sepanjang bulan ini. Seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, main congkak, kuiz sejarah dan geografi, melukis, tulis esei dan sajak. Dan aktiviti paling ketara pembabitan pelajar ialah keceriaan kelas. 

Ini lah foto sekitar penyampaian hadiah. 

 
  

Disebabkan sambutan hangat yang diberikan pelajar tingkatan 4 , maka empat hadiah utama diberikan kepada 4S2, 4S3, 4S5. 4S6. Saya fikir nak buat satu album khas yang memuatkan foto menarik keceriaan kelas sebagai koleksi peribadi. Terlalu banyak ‘ciptaan’ yang dihasilkan pelajar. Sayang kalau tidak diabadikan dalam bentuk foto album. Majalah sekolah memang tak keluar imej ini. 

  

trio deklamasi mendeklamasikan sajak nukilan penyair tetap dan berpencen - Ahmad Nizam. 
Eh! guru sains dan mathpun boleh tulis sajak juga! Sajak sains patriotik...

Ada tiga kelas yang tak layak diberi apapun penghargaan dalam pertandingan keceriaan. Peralihan, tingkatan 3 - sibuk exam sejak sebulan dan tingkatan 6 - tak tahu apahal.

        
 

Majlis diserikan dengan nyanyian koir lagu patriotik daripada 4S3 iaitu pemenang pertandingan.

     


maulana turut menyumbangkan suara merdunya hingga mengatasi suara kumpulan koir!

Dan bagi melengkapkan album yang akan saya buat, saya abadikan kejayaan 4S5 dengan dua hamper yang mereka menangi. Tak sia-sia hasil usaha dan penat lelah mereka memerah idea bagi menghasilkan keceriaan yang paling ‘top’ pada pandangan saya. Sayang tiada kategori Johan. kalau ada pasti 4S5 akan menang tanpa disangkal lagi. Tahniah kepada mereka! 

 


Penghargaan kepada penaja biskut, makanan ringan dan apa jua yang ada dalam hamper itu. Juga kepada semua guru daripada Jabatan Kemanusiaan yang memungkinkan sambutan ini diadakan. Tahun depan kita buat yang lebih grand dan vogue lagi!

   

 

Melihat mereka mengunyah Munchy dan jacob’s .... saya punya mana? Puji bagai nak rak tak dapat apapun! 

 



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: jubilantjubilant
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 17th, 2009


03:30 am - TUGASAN AKHIR
 

14/15 September 2009    0800 - 1120  Isnin / Selasa


 

Sesi fotografi untuk kelas. Tahun ini Broadway sibuk sangat. jadi kami panggil studio lain. Ada dua station untuk sesi ini. Cepat juga siap. 

    


Masalah dalam menguruskan sesi ini ialah kerjasama daripada pelajar yang terlibat. Punyalah sukar nak gerakkan mereka supaya berada di kerusi yang disediakan. Rasa macam nak angkat seorang demi seorang dan susun mereka macam susun buah catur! Kena pula kelas jom pergi kl ( pinjam istilah Pn Sulan). Lagggiiiiilllllah leceh. Bengang saja pembantu jurufoto mengeluarkan arahan. 

    
 

reka bentuk pesawat yang mengejutkan mana-mana jurutera aeronatik dan aerodinamik di JPL NASA, Boeing malah di Yuri Gagarin Space Center. 4S4 memang hebat dan kreatif!

Tingkatan 4S4 sanggup usung Boeing Dreamliner mereka untuk sesi fotografi ini. Siapa kata Boeing polestrine tidak boleh terbang?

  

submarine ini saja yang tak diusung - tak ada air tak boleh jalan

Ada satu peristiwa buat saya panas hari itu. Sedang duduk melayan Red Diva dengan Apple di bangku depan dolphin tiba-tiba satu curahan air membasahi kepala saya dan kawasan sekitar. Celaka! Pandang ke atas. Pasti dari aras tiga. Saya pun maki mereka yang dah tak kelihatan. Satu suara melaung ‘bukan kami ....Alvin!! Saya jeling  dari ekor mata dan nampak satu wajah selamba badak sedang tercongok macam burung merpatidi aras 3. Gah! Memang cam sangat muka seposen itu. Malas nak jadi macam orang gila serbu naik ke sana. 

 

nanti saya emailkan imej high resolution  untuk simpan dalam FB. Ambil sikit daging Brother Bob itu Abby!

Dua minit kemudian, tin minuman pula terbang ke bawah. Tak Guna!!! . Saya sumpah lagi. Kuranglah sikit pahala puasa pagi itu kerana sumpah seranah ini. Bayangkan kalau curahan air ( tak tahu air bersih atau tidak) dan tin minuman hinggap ke kepala entah siapa. Tentu ada hati yang berasap dan terbakar. 

Next time balinglah kerusi ke atau meja. Bolehlah aku baling dari aras tiga  lepas itu. Dasar anak tak tahu adab!!!

 


Terima kasih kepada Jie Min dan Albert Tie kerana mengendalikan sesi ini dengan jayanya. Saya calonkan untuk dapat pingat nanti.

 



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: geekygeeky

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 16th, 2009


09:56 pm - 8 ATAU 20
 

12 September 2009   1945- 2110  Sabtu

 

WARNING:Agen suruhanjaya pemantau blog dilarang baca post ini. Tiada kaitan langsung dengan kehidupan kau. Dan paling penting - kau tak solat apapun!!!

Sambung pasal tarawikh di Masjid Luak.

Sejak masjid baru ini siap dibina, inilah kali pertama saya solat tarawih di sini. Surau di maktab lebih dekat. Situlah saya pergi selalu - ponteng pun ada!

Ramai juga jemaah di sini. 4 saf penuh. Selepas salam baru saya perasaan di sebelah saya adalah Fauzi. Dia tak ke majlis berbuka di sekolah. Terlupa tarikh yang tepat katanya. Ah! berbuka dengan isteri lebih afdal. Kesian tinggalkan isteri sendirian di rumah. Kita makan sedap, dia makan makanan beli di bazar ramadhan.

Selepas 8 rakaat, jemaah mula bertaburan. Ramai balik. Saf yang padat hingga 4 barisan sepanjang ruangan solat hanya tinggal dua. Lebih menarik yang masih tinggal ialah golonga veteran termasuk imamnya. Yang muda remaja belia, lesap. Balik awal. Ahhhh.... kalau yang veteran, usia lebih 60 tahun masih tahan solat hingga 21 rakaat, malulah pada yang lebih muda. Orang muda memang bijak mengambil kesempatan. 21 atau 8. Pilihlah 8. Sikit bilangannya.

Teringat di kampung sebelum saya meninggalkannya seabad yang lalu. Solat tarawih 21 rakaat. Imamnya arwah Hj Yassin. Laju bacaannya.  Pantas gerakkannya juga. Siapa lambat memang tertinggallah. Usianya ketika itu rasanya 60+ an. Tapi tenaganya untuk mengimamkan solat tarawih 21 rakaat selama sebulan memang menakjubkan. Dari mana dia dapat semua tenaga itu? Orang yang  masih muda beliapun dah tewas pada rakaat ke 8. Dia selamba saja.

Dan lebih bagus adalah TIADA seorangpun yang meninggalkan masjid pada rakaat ke 8. Semua terus solat hingga tamat. Ketika jam menunjukkan pukul 10 malam.  Tapi kini, tinggal kenangan. Solat tarawih hanya 8 rakaat. Alasan.... makmun dah tak larat dan imam beransur senja. Aikh! zaman kopi tongkat Ali dan power root masih tak cukup tenaga? Kena makan kopi POWEEERR!! nampaknya

Ah.... nostalgia malam ramadhan ketika zaman budak-budak masih segar dalam ingatan.

Enty ini tiada foto: saya sibuk solat!!



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: calmcalm
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

September 14th, 2009


03:20 am - IFTAR LAILATUL QADAR
 

12 September 2009  1730 - 2130 Sabtu

 

Pelbagai acara telah dilaksanakan di dewan dato’ Lee Teck Fook sejak dewan itu belum diberi nama khas, hanya ada tiang, bumbung dan lantai hinggalah berkarpet dan beraircond. Penyampaian hadiah, majlis makan malam, perhimpunan biasa hingga luarbiasa, pameran, pertandingan indoor, sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya ( sekali je), penyampaian hadiah ....... panjang senarainya, Tapi peristiwa yang satu ini amat jarang diadakan. Apa bendanya itu? Nah ini yang saya maksudkan.

 

Dewan Dato’ Lee Teck Fook menjadi dewan sembahyang jemaah untuk maghrib, Isya’ dan tarawikh pada bulan ramadhan al Mubarak. Hehe... dah Islam kau dewan. Bolehlah masuk syurga sama nanti ya. Sejak karpet biru terhampar di sini pada 2004, saya dah membayangkan keadaan macam dalam masjid. Luas dan lapang. Cuma kedudukan dewan tak ikut arah kiblat . Itu saja.

  
 

Syukur juga dengan adanya lantai kayu gelanggang badminton menjadi tapak untuk solat. kalau tiada, tentu nampak macam tak bersih saja. Salat jemaah diimamkan oleh Ustaz Hamim, guru dari SMK Agama yang juga bekas guru di sini. Hujung tahun lalu dia ke SMK Agama. Nampak masih sama macam dulu. Kurus. hehe..

 

  
   

Dimulakan dengan bacaan Yassin, kemudian berbuka puasa, solat mahgrib dan solat hajat. Lihatlah antara wajah yang hadir pada malam itu. Ada lagi di bilik makan sedang menyiapkan juadah. Ada juga yang datang lepas mahgrib. Yang lain tidak dapat hadir kerana tuntutan keluarga. Maklumlah, inikan bulan Ramadhan. Berbuka bersama keluarga pun sama afdhalnya dengan berbuka di sini - lebih lagi rasanya.

Solat hajat khas untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan penting tahun ini. Lihatlah betapa murah hati guru-guru kau mendoakan kejayaan kau semua. Tapi kalau tak baca buku, tak jadi juga..... Moga berjaya - yang studylah.

 

Lepas solat magrib, barulah makan betul ( pinjam istilah Raja Anwar). Lihatlah rezeki yang Allah berikan kepada hambanya yang menunaikan rukun Islam ke 3 ini. Banyakkkkkkk!!!! . Terima kasih kepada guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang turut sama menyediakan hidangan enak ini sejak dari pagi.

  

    

Saya ambil mee. Nasi ni tolak tepi kalau berbuka. Sahur nanti baru cari nasi. Mana ya minuman panas. Tiada pula. minumlah oren ni. Dan antara wajah-wajah pada malam ini ialah ini. Ooooo.... kau puasa yang Anna.  Tak tahu pula kau minat berpuasa. Ahamdulillah. Mustahillah Raja Anwar tak jemput teman sekaunselingnya Pn Wong dan Jimrny sama untuk majlis ini. 

 

Mereka ini juga menyumbangkan tenaga dalam majlis iftar ini Terima kasih ya.
ooooo.... patutlah Anna nampak makin slim sekarang - puasa rupanya dia!! hehe kau paparazi siapa tu?


Semuanya ada di sini.Dan dua pelajar perempuan yang mengendalikan sistem siaraya juga ada. Sama berbuka puasa. Ahhh... muhibbah sungguh. Dan sebelum balik, muncul pula Hazwandy. Katanya dia baru saja landing di Miri sebelum maghrib. Berjaya juga kau sambung belajar ya Wandy!

 

   

Banyak makanan. saya ambil sikit untuk bawa balik. Bubur cha cha dan rendang ayam. Makan dengan nasi beriani yang dibeli petang tadi. Mengidam nasi beriani pula hari ini.  


Mudah-mudahan doa dan hajat para jemaah pada malam ini dikabulkan Allah hendaknya. Err ada sesiapa tujukan doa khas untuk sekolah ini dan pengerusinya?

Sebelum isya’ saya di Masjid Luak untuk solat tarawikh. Ada cerita lain pula di sini.



Current Location: Malaysia, Miri
Current Mood: happyhappy
Tags:

(psssstttt!!Ada pesanan untuk saya?)

> previous 10 entries
> next 10 entries
> Go to Top
LiveJournal.com